Frances Elizabeth Holberton (7 Mac 1917 - 8 Disember 2001) ialah salah seorang daripada enam pengaturcara asli komputer digital elektronik pertama, ENIAC. Lima lagi pengaturcara ENIAC ialah Jean Bartik, Ruth Teitelbaum, Kathleen Antonelli, Marlyn Meltzer, dan Frances Spence. Holberton merupakan penemu dalam proses penyahkutuan komputer.[1]

Betty Holberton
Kelahiran
Frances Elizabeth Snyder

(1917-03-07)7 Mac 1917
Meninggal dunia8 Disember 2001(2001-12-08) (umur 84)
PendidikanUniversiti Pennsylvania
PekerjaanAhli sains komputer
MajikanMoore School of Engineering
Universiti Pennsylvania
Remington Rand
National Institute of Standards and Technology
David Taylor Model Basin
Terkenal keranaENIAC
PasanganJohn Vaughan Holberton
Anak-anakPriscilla Holberton
Pamela Holberton
AnugerahWomen in Technology International Hall of Fame

Kehidupan awal dan pendidikan sunting

Holberton lahir dengan nama Frances Elizabeth Snyder di Philadelphia, Pennsylvania pada tahun 1917. Holberton belajar bidang kewartawanan kerana kurikulum dalam kewartawanan memaksa beliau dapat pergi lebih jauh.[2] Kewartawanan juga merupakan salah satu dari sedikit bidang yang terbuka bagi kerjaya wanita pada tahun 1940-an.[3] Pada hari pertama kuliah di Universiti Pennsylvania, profesor matematik Holberton bertanya adakah beliau tidak akan lebih baik di rumah membesarkan anak-anaknya.[3]

Kerjaya sunting

 
Holberton (depan kanan) mengaturcara komputer ENIAC di Philadelphia, Pennsylvania, di gedung BRL 328 (1940-an/1950-an)

Semasa Perang Dunia II, Tentera Darat Amerika Syarikat perlu melalui lintasan balistik, sehingga banyak wanita dipekerjakan untuk tugas ini dan Holberton ialah salah seorang daripadanya. Beliau dipekerjakan oleh Moore School of Engineering untuk bekerja sebagai "computor" dan dipilih menjadi salah seorang daripada enam wanita untuk mengaturcara ENIAC. Beliau tergolong sebagai orang yang "subprofesional", Holberton bersama dengan Kay McNulty, Marlyn Wescoff, Ruth Lichterman, Betty Jean Jennings, dan Fran Bilas, mengaturcara ENIAC untuk melalui lintasan balistik secara elektronik di Makmal Penyelidikan Balistik (BRL), Tentera Darat AS.

Pada awalnya, keran ENIAC dirahsiakan, maka wanita hanya dibenarkan untuk bekerja dengan cetak biru dan diagram kawat untuk mengaturcaranya. Sepanjang bekerja di ENIAC, beliau memiliki banyak idea produktif yang datang kepadanya semalaman, beliau berbincang pada pengaturcara lain dengan menyatakan bahawa beliau "memecahkan lebih banyak masalah dalam tidurnya daripada orang lain yang bangun."[4]

ENIAC dilancarkan pada 15 Februari 1946, di Universiti Pennsylvania.[5][6] Harganya sekitar $ 487.000, atau setara dengan $7.195.000 pada tahun 2019.[6]

Setelah Perang Dunia II berakhir, Holberton bekerja di Remington Rand dan Biro Standarisasi Nasional. Beliau ialah Ketua Cabang Penyelidikan Pengaturcaraan dan Makmal Matematik Terapan di David Taylor Model Basin pada tahun 1959. Beliau membantu mengembangkan UNIVAC, mereka panel kawalan yang dapat menempatkan pad kekunci numerik di sebelah papan kekunci dan meminta jurutera untuk dapat menggantikan luarab hitam Univac dan menggantinya dengan krem kelabu yang menjadi warna universal komputer saat itu.[7]

Holberton ialah salah seorang dari penulis sistem pengaturcara generatif pertama (SORT/MERGE). Holberton menggunakan timbunan permainan untuk membangunkan pohon keputusan untuk fungsi seperti binari, dan menulis kod menggunakan sepuluh pemacu pita untuk membaca dan menulis data yang diperlukan semasa proses tersebut.[8] Beliau juga menulis paket analisis statistik pertama, yang digunakan untuk Sensus AS 1950.

Pada tahun 1953 beliau dilantik sebagai penyelia pengaturcaraan lanjutan di makmal Matematik Gunaan Tentera Laut Amerika Syarikat di Maryland, di mana Holberton tinggal sehingga 1966.[4] Holberton bekerja dengan John Mauchly untuk membangunkan set instruksi C-10 untuk BINAC, yang dianggap sebagai prototaip dari semua bahasa pengaturcaraan moden. Beliau turut serta dalam pembangunan piawaian awal untuk bahasa pengaturcaraab COBOL dan FORTRAN bersama Grace Hopper.[9] Kemudian, sebagai pegawai Biro Piawaian Nasional, beliau sangat aktif dalam dua semakan pertama piawaia bahasa pemrograman Fortran ("FORTRAN 77" dan "Fortran 90").

Kematian sunting

Beliau meninggal pada 8 Disember 2001 di Rockville, Maryland pada usia 84 tahun, kerana penyakit jantung, diabetis, dan komplikasi akibat angin ahmar yang dideritanya dari beberapa tahun sebelumnya.[4][10] Beliau meninggalkan suaminya John Vaughn Holberton dan dua anak perempuan, Pamela dan Priscilla.[4]

Penghargaan sunting

Pada tahun 1997 beliau merupakan satu-satunya wanita dari enam pengaturcara ENIAC yang menerima Anugerah Augusta Ada Lovelace, iaitu anugerah tertinggi yang diberikan oleh Persatuan Wanita dalam Perkomputeran.[11] Pada tahun 1997, beliau menerima Anugerah Perintis Komputer IEEE dari Persatuan Komputer IEEE kerana membangunkan penjana sort-merge yang menurut IEEE, "menginspirasi gagasan pertama tentang kompilasi."[11] Pada tahun yang sama, beliau dimasukkan dalam Dewan Kemasyhuran Antarabangsa Wanita dalam Teknologi, bersama dengan pengaturcara ENIAC asal yang lain.[11]

Legasi sunting

Sekolah Holberton, sekolah berasaskan projek untuk teknikal peranti mudah alih yang terletak di San Francisco, ditubuhkan pada tahun 2015 bagi menghormatinya. Pada tahun 2010, sebuah filem dokumentari berjudul "Top Secret Rosies: The Female "Computers" of WWII" dikeluarkan. Filem ini berkisarkan pada wawancara mendalam dari tiga pengaturcara wanita, yang berfokus pada sumbangan patriotik yang mereka buat sepanjang Perang Dunia II. Pasukan ENIAC ialah inspirasi di sebalik filem dokumentari pemenang anugerah 2013 "The Computers". Filem dokumentari yang dibuat oleh Kathy Kleiman dan Projek Pengaturcaraan ENIAC ini, menggabungkan rakaman sebenar pasukan ENIAC dari tahun 1940-an dengan wawancara dengan anggota pasukan wanita semasa merefleksikan waktu mereka bekerja bersama di ENIAC. Filem ini ialah filem dokumentari pertama dari tiga lainnya, selain bahagian dua dan tiga masing-masing diberi judul "The Coders" dan "The Future-Maker".[1]

Bacaan lanjut sunting

  • Stanley, Autumn (1933). "Chapter 5 Daughters of the Enchantress of Numbers and Grandma COBOL". Mothers and Daughters of Invention: Notes for a Revised History of Technology. The Scarecrow Press Inc. m/s. 460. ISBN 978-0-8135-2197-8.
  • Ceruzzi, Paul E. (2003). "Chapter 3 The Early History of Software, 1952-1968". A History of Modern Computing. MIT Press. m/s. 89–90. ISBN 978-0-262-53203-7.
  • Norberg, Arthur (2002). "Part 4 Software as Labor Process". History of Computing - Software Issues. Springer. m/s. 159. ISBN 978-3-540-42664-6.

Rujukan sunting

  1. ^ a b Abbate, Janet (2012), Recoding Gender: Women's Changing Participation in Computing, MIT Press, m/s. 32, ISBN 9780262018067
  2. ^ "Betty Holberton Video". ovguide.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-05. Dicapai pada 2012-06-05.
  3. ^ a b Gay, Martin (10 April 2018). Recent Advances and Issues in Computers. Greenwood Publishing Group. ISBN 9781573562270 – melalui Google Books.
  4. ^ a b c d Lohr, Steve (Dec 17, 2001). "Frances E. Holberton, 84, Early Computer Programmer". NYTimes. Dicapai pada 16 December 2014. Frances Elizabeth Holberton, one of the first computer programmers, whose contributions to software over the years ranged from an early data-sorting program to helping develop the business programming language Cobol, died on Dec. 8 at a nursing home in Rockville, Md. She was 84.
  5. ^ "ENIAC Programmers Project". ENIAC Programmers Project.
  6. ^ a b "On Computers: historical development of computers". internetlooks.com.
  7. ^ Levy, Claudia (December 15, 2001). "Frances Holberton, 84; Pioneer Programmer of Early Computers". Los Angeles Times.
  8. ^ Beyer, Kurt (2012). Grace Hopper and the Invention of the Information Age. London, Cambridge: MIT Press. m/s. 198. ISBN 9780262517263.
  9. ^ Fritz, W. Barkley (1996). "The Women of ENIAC" (PDF). IEEE Annals of the History of Computing. 8 (3): 17. doi:10.1109/85.511940.
  10. ^ "Computer pioneer Betty Holberton dies at 84". Government Computer News. January 7, 2002. Dicapai pada 2008-06-07. Frances “Betty” Snyder Holberton, a pioneer in programming languages and other aspects of computing, died Dec. 8 in Rockville, Md. She was 84.
  11. ^ a b c "ENIAC Programmers Project - Email List". 12 December 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 December 2008.

Pautan luar sunting