Bilionair di negara-negara yang menggunakan sistem penamaan bilangan skala pendek ialah seseorang yang memiliki nilai bersih sekurang-kurangnya satu bilion (1.000.000.000 atau seribu juta) unit matawang tertentu, biasanya matawang utama seperti Dolar Amerika Syarikat, Euro atau Pound sterling. Selain itu, seorang senti-bilionair ialah seorang bilionair seratus bilion dolar (100.000.000.000), yang pertama kali dicapai pada 2017 oleh Jeff Bezos, pengasas Amazon, dengan nilai bersih $ 112 bilion dalam laporan yang dikeluarkan pada awal 2018.[1][2] Majalah perniagaan Amerika Syarikat, Forbes setiap tahun membuat senarai global bilionair Amerika Syarikat dan versi Internet yang diperbaharui secara waktu sebenar.[3] Tokoh perniagaan Amerika Syarikat John D. Rockefeller menjadi bilionair pertama (dalam matawang $) yang disahkan di dunia pada 1916 dan masih memegang gelaran orang terkaya kedua dalam sejarah.[4]

Setakat 2018, terdapat lebih dari 2.200 bilionair (dalam mata wang $) di seluruh dunia, dengan hasil kekayaan lebih dari $ 9,1 trilion,[5] meningkat dari sebelumnya $7,67 trilion pada 2017.[6][7] Menurut laporan Oxfam 2017, lapan bilionair terkaya memiliki kekayaan gabungan sebanyak setengah dari kekayaan seluruh manusia di dunia.[8][9]

Statistik sunting

Jadual di bawah ini mencantumkan statistik yang berkaitan dengan bilionair, termasuk jumlah bilionair yang diketahui dan nilai bersih individu terkaya di dunia sejak 2008. Data untuk setiap tahun berasal dari senarai bilionair 'Forbes' tahunan dalam matawang Dolar Amerika Syarikat. Data sejak 2018 juga mencakupi bancian bilionair dari Wealth-X yang biasanya menampilkan angka yang lebih tinggi daripada 'Forbes'.

Tahun Jumlah
bilionair
Hasil kekayaan
bilionair yang diketahui
Jumlah bilionair Orang terkaya
di dunia
Nilai bersih
orang terkaya
A.S. China Rusia India
2019[10][11] 2.153-2.604 $8,6-$8,7 trilion 609-705 285-324 98-102 82-106 Jeff Bezos $131 bilion
2018[5][6] 2.208-2.754 $9,1-$9,2 trilion 585-680 338-372 96-111 117-119 Jeff Bezos $133 bilion
2017[7] 2.043 $7,71 trilion 565 319 106 101 Jeff Bezos $99,6 bilion
2016 1.810 $6,48 trilion 540 251 75 90 Bill Gates $75 bilion
2015[12] 1.826 $7,05 trilion 536 213 88 88 Bill Gates $79,2 bilion
2014[13] 1.645 $6,4 trilion 492 152 111 56[14] Bill Gates $78 bilion
2013[15] 1.426 $5,4 trilion 442 122 110 Carlos Slim $73 bilion
2012[16] 1.226 $4,6 trilion 425 95 96 Carlos Slim $73 bilion
2011[17] 1.210 $4,5 trilion 413 115 101 Carlos Slim $74 bilion
2010[18] 1.011 $3,6 trilion 404 89 62 Carlos Slim $53,5 bilion
2009[19] 793 $2,4 trilion 359 28 32 Bill Gates $40 bilion
2008[20] 1.125 $4,4 trilion 470 87 Warren Buffett $62 bilion

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Communications, Forbes Corporate. "Forbes' 32nd Annual World's Billionaires Issue". Forbes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-04-07.
  2. ^ "Jeff Bezos Is Worth $112 Billion, Overtaking Bill Gates as the Richest Man in the World". Maxim (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-04-07.
  3. ^ Miller, Matthew; Kroll, Luisa (10 March 2010). "Bill Gates No Longer World's Richest Man". Forbes. Dicapai pada 7 June 2010.
  4. ^ O'Donnell, Carl (11 July 2014). "The Rockefellers: The Legacy Of History's Richest Man". Forbes. Dicapai pada 7 January 2014.
  5. ^ a b "Number of billionaires worldwide surged to 2,754 in 2017". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 18 May 2018.
  6. ^ a b Kroll, Luisa (March 6, 2018). "Forbes Billionaires 2018: Meet The Richest People On The Planet". Forbes. Dicapai pada March 6, 2018.
  7. ^ a b Kroll, Luisa; Dolan, Kerry A. "Forbes 2017 billionaires list: Meet the richest people on the planet". Forbes. Dicapai pada 12 March 2018.
  8. ^ Ratcliff, Anna (16 January 2017). "Just 8 men own same wealth as half the world". Oxfam. Dicapai pada 16 January 2017.
  9. ^ Mullany, Gerry (16 January 2017). "World's 8 Richest Have as Much Wealth as Bottom Half of Global Population". The New York Times. Dicapai pada 17 January 2017.
  10. ^ "Billionaires 2019". Forbes. 5 March 2019. Dicapai pada 13 March 2019.
  11. ^ Dhiraj, Amarendra (2019-05-16). "Top 15 countries with the most billionaires, ranked". Business Insider. Dicapai pada 2019-11-25.
  12. ^ "Inside The 2015 Forbes Billionaires List: Facts And Figures". Forbes. 2 March 2015. Dicapai pada 3 March 2015.
  13. ^ "Billionaires". Forbes. 3 March 2014. Dicapai pada 17 March 2014.
  14. ^ "Indian Billionaires 2014: Big Winners, Big Losers". Forbes. 3 March 2014. Dicapai pada 9 August 2015.
  15. ^ "Inside The 2013 Billionaires List". Forbes. 25 March 2013. Dicapai pada 20 October 2014.
  16. ^ "Forbes World's Billionaires 2012". Forbes. 7 March 2012. Dicapai pada 20 October 2014.
  17. ^ "World's Billionaires 2011: A Record Year In Numbers, Money And Impact". Forbes. 9 March 2011. Dicapai pada 1 April 2012.
  18. ^ "Bill Gates No Longer World's Richest Man". Forbes. 10 March 2010. Dicapai pada 1 April 2012.
  19. ^ "The World's Billionaires". Forbes. 11 March 2009. Dicapai pada 1 April 2012.
  20. ^ "World's Billionaires". Forbes. 5 March 2008. Dicapai pada 1 April 2012.

Bacaan lanjut sunting