William "Bill" Weasley (lahir 29 November 1970) adalah watak rekaan dalam siri Harry Potter karya J. K. Rowling. Bill adalah anak sulung kepada Arthur dan Molly Weasley, serta abang kepada Charlie, Percy, Fred dan George, Ron, dan Ginny. Nama Bill berkemungkinan merupakan singkatan daripada Bilius, iaitu nama dari adik ayahnya; seperti kebiasaan keluarga-keluarga ahli sihir yang memberikan nama dari salah satu keturunan sebelumnya.

Watak Harry Potter

Richard Fish sebagai Bill Weasley dalam Harry Potter and the Prisoner of Azkaban.
William "Bill" Weasley
Jantina Lelaki
Warna rambut Merah
Warna mata -
Rumah Gryffindor
Sekolah Hogwarts
Keturunan Sihir
Dilakonkan oleh Richard Fish
Kemunculan pertama Harry Potter And The Deathly Haloow Bahagian 1&2 (pertama kali disebut dalam Harry Potter and the Philosopher's Stone, muncul dalam gambar Harry Potter and the Prisoner of Azkaban)

Bill bersekolah di Hogwarts sejak 1982 hingga 1989, dan menjadi seorang Pengawas dan kemudian Ketua Pelajar. Kemudian, beliau bekerja di Bank Gringotts di Mesir sebagai seorang Penghapus Sumpahan.

Templat:Spoiler Dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, Bill kembali ke England untuk berkhidmat dengan Kumpulan Phoenix sambil bekerja di Bank Gringotts England. Setelah setahun mengenali Fleur Delacour dan banyak memberikan "kelas peribadi" bahasa Inggeris, Bill melamar Fleur dan diterimanya. Dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan, Bill dan Fleur telah bertunangan, dan pada musim panas sebelum Harry dan Ron memasuki tahun keenam mereka di Hogwarts, Bill membawa tunangnya tinggal di rumahnya untuk lebih mengenali keluarganya.

Sebelum peristiwa pertarugan dalam [Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan|buku keenam]] berlangsung, Bill digambarkan sebagai seorang yang tampan (dalam buku keempat, dikatakan bahawa Fleur memerhatikan Bill dengan "penuh perhatian"), memiliki rambut merah panjang yang diikat seperti ekor kuda, dan memakai anting-anting besar dengan taring.

Harry memandang Bill sebagai seorang yang tidak akan kelihatan ganjil dalam konsert rock, dan Harry agak tertanya-tanya mengapa Bill (yang merupakan bekas pelajar Hogwarts yang hebat, pengawas, dan Ketua Pelajar) sangat berbeza dengan Percy. Penampilan Bill yang "tidak normal" sering membuat ibunya putus asa, sedangkan yang lain mampu menerimanya dengan baik terutamanya Ginny yang sangat mengaguminya.

Sebagai ahli Kumpulan Phoenix, Bill bertempur hebat dalam Pertempuran di Hogwarts, tetapi mengalami kecederaan yang teruk. Serigala jadian Fenrir Greyback menggigitnya, walaupun ketika itu sedang dalam bentuk manusia, dan berkemungkinan akan menyebabkan pencemaran yang belum diketahui. Menurut Remus Lupin, yang juga adalah seorang serigala jadian, kesan gigitan itu mungkin tidak akan membuatkan Bill menjadi serigala jadian sepenuhnya, walaupun ia mungkin akan tetap menunjukkan sifat-sifat serigala dalam dirinya. Keadaan fizikal yang sudah nampak jelas adalah Bill kini lebih menyukai stik daging lembu yang setengah masak, dan wajah yang dengan parut yang dalam. Perancangan perkahwinannya dengan Fleur Delacour tidak berubah. Fleur menyatakan bahwa dia tidak keberatan dengan parut itu (juga mengatakan bahawa selama ini dia menganggap yang orang Inggeris memasak stik terlalu matang). Dia juga menyatakan bahawa kecantikannya sahaja sudah cukup untuk dirinya dan Bill. Sikap ini membuatkan keluarga Bill lebih menghormati Fleur yang sebelumnya kurang bersetuju dengan perkahwinan mereka; terutama yang perempuan. Templat:Endspoiler

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting