Bimaristan ialah satu perkataan Parsi (بیمارستان bīmārestān) yang bererti hospital, gabungan Bimar- daripada Parsi Tengah (Pahlavi) vīmār atau vemār, bermakna "sakit" dan -stan sebagai akhiran lokasi dan tempat. Semasa Zaman Kegemilangan Islam, perkataan "Bimaristan" digunakan untuk merujuk kepada hospital dalam erti kata moden, suatu institusi di mana mereka yang sakit boleh pergi untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan daripada kakitangan berkelayakan. Dari segi ini, pakar perubatan Muslim merupakan yang pertama membezakan hospital dengan pelbagai bentuk kuil penyembuhan, hospis, rumah sakit otak dan rumah pesakit kusta, yang sebenarnya pada waktu purba lebih merupakan tempat mengasingkan mereka yang sakit dan gila daripada masyakat "berbanding memberikan perkhidmatan merawat yang sebenarnya." Oleh itu hotel Bimaristan zaman pertengahan ini kini dianggap sebagai "hospital pertama" dalam erti kata moden perkataan ini.[1] Hospital awam,[2] hospital sakit jiwa[3] dan sekolah perubatan[4] yang pertama juga diperkenalkan oleh pakar perubatan Muslim zaman pertengahan.

Nota sunting

  1. ^ Françoise Micheau, "The Scientific Institutions in the Medieval Near East", m/s. 991–2 Missing or empty |title= (bantuan), dalam (Morelon & Rashed 1996, pp. 985–1007)
  2. ^ Peter Barrett (2004), Science and Theology Since Copernicus: The Search for Understanding, m/s. 18, Continuum International Publishing Group, ISBN 0-567-08969-X.
  3. ^ Ibrahim, B. Syed PhD. "Islamic Medicine: 1000 years ahead of its times". Journal of the Islamic Medical Association. 2002 (2): 2–9 [7–8].
  4. ^ A Short History of the Arab Peoples, 1969, ISBN 0340044411, dicapai pada 2010-01-25 Text "Sir Glubb" ignored (bantuan); |first= missing |last= (bantuan)