Binokular atau teropong terdiri daripada dua teleskop yang dipasang sejajar ke arah titik yang sama membolehkan pemerhati menggunakan kedua-dua matanya (secara dwimata) untuk melihat objek yang berjarak jauh.

Reka bentuk dalaman binokular prisma Porro yang biasa

Tidak seperti teleskop biasa (yang bersifat ekamata), teropong memberikan penggunanya imej tiga dimensi: kedua-dua pandangan yang diberikan kepada setiap mata pemerhati dengan pandangan yang berbeza bergabung menghasilkan suatu penglihatan yang tampak mendalam.


Penggunaannya sunting

Kegunaan biasa sunting

 
Teropong yang digerakkan dengan memasukkan duit ke dalam mekanismenya.

Banyak lokasi tarikan pelancong mempunyai teropong yang digerakkan dengan kemasukan syiling bagi membenarkan pengunjung melihat tarikan-tarikan yang ada dengan lebih dekat.

Pengkajian burung sunting

Hobi yang agak popular ini biasanya akan menggunakan binokular sebagai alat yang utama, biasanya dengan magnifikasi 7x hingga ke 10x.

Dalam aktiviti memburu sunting

Para pemburu biasanya menggunakan teropong untuk mencari haiwan buruan yang barangkalinya agak jauh dilihat dengan mata kasar. Pemburu paling biasa menggunakan teropong bermagnifikasi 8x dengan cahaya dan cukup besar objektif untuk menumpukan cahaya dalam persekitaran yang bercahaya rendah.[1]

Dalam bidang ketenteraan sunting

Teropong mempunyai sejarah pengunaan yang panjang dalam bidang ketenteraan. Binokular bereka bentuk Galileo digunakan dengan meluasnya hingga ke akhir abad ke-19, di mana teropong jenis prisma porro lebih cenderung digunakan. Teropong yang dihasilkan untuk kegunaan tentera lebih tahan lasak berbanding teropong biasa, di mana susunan fokal bertumpunya dibina agar ia tidak mudah rapuh malah ia memberi kemudahan untuk perlindungan kalis cuaca. Set-set prisma dalam binokular tentera mempunyai salutan aluminium yang lebih banyak sebagai memastikan ciri-ciri pantulan teropong-teropong ini tidak mudah hilang meskipun terdedah kepada persekitaran yang basah.


Terdapat juga binokular-binokular yang direka khas untuk kegunaan di laut sama ada untuk orang awam mahupun untuk tentera.  Model-model yang mudah dibawa biasanya akan bermagnifikasi 5× to 7× dengan set prisma yang begitu besar serta kanta mata yang selesa untuk pengguna.


Rujukan sunting

  1. ^ Michael Schoby, Mike Schoby, Successful Predator Hunting, Krause Publications Craft – 2003, pages 108-109

Pautan luar sunting