Biofilem merupakan sekumpulan bakteria yang melekat pada permukaan dan diliputi oleh bahan matrik polimer ekstraselular. Komuniti bakteria di dalam biofilem boleh terdiri daripada satu spesis atau campuran pelbagai spesis yang juga dikenali sebagai "konsortium". Pembentukan biofilem terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu:

  1. Perlekatan awal
  2. Pembentukan koloni mikro
  3. Pembentukan struktur 3-dimensi
  4. Kematangan dan pemisahan