Bisu adalah ketidakupayaan bertutur disebabkan oleh masalah pertuturan.

Punca sunting

Mereka yang bisu secara fizikal mungkin memiliki masalah dengan bahagian tubuh manusia yang diperlukan untuk pertuturan manusia (seperti tekak, pita suara, paru-paru, mulut, atau lidah, dan lain-lain). Seseorang yang bisu sering dikaitkan dengan pekak sebagai orang yang tidak dapat mendengar sejak lahir mungkin tidak boleh menyuarakan perkataan dengan betul (lihat pekak dan bisu), tetapi bisu merujuk kepada orang yang boleh mendengar tetapi tidak boleh bercakap. Sebab-sebab lain termasuk kecacatan intelek dan autisme. Seseorang boleh dilahirkan bisu, atau menjadi bisu kemudiannya akibat kecederaan atau penyakit. Kelaziman sifat bisu akibat semua perkara adalah atas kadar sebanyak 0.8 orang bagi setiap 1,000.

Trauma atau kecederaan kepada kawasan Broca otak boleh menyebabkan sifat bisu.

Bisu juga mungkin disebabkan oleh suatu kejadian trauma teruk dalam kehidupan seseorang. Walau bagaimanapun, ini biasanya bersifat sementara sahaja.

Variasi sunting

Bisu terpilih merujuk pada masalah berkait dengan kerisauan sosial di mana seseorang gagal bercakap atau bertutur dalam keadaan mencetus kerisauan atau tekanan tetapi mampu berturtu dengan lancar dalam keadaan tenang biasa.

Bisu Akinetik merujuk kepada tidak mampu bercakap (bisu) dan bergerak (akinesia). Ini merupakan hasil kecederaan "frontal lobe" otak hadapan yang teruk.

Menangani bisu sunting

Sesetengah orang bisu menyesuaikan diri dengan menggunakan mesin yang mengetarkan pita suara mereka, membenarkan mereka bertutur. Yang lain mempelajari bahasa isyarat bagi berhubung. Era komputer turut membantu perhubungan, melalui talifon pintar dan internet.

Rujukan sunting