Bit (gabungan perkataan binary digit[1] "digit perduaan") merupakan unit asas dan terkecil mewakili maklumat yang disimpan dan dihantarkirimkan dalam bidang pengkomputan dan teori maklumat digital;[2] ia boleh mengambil nilai 0 atau 1. Sebagai contoh, nombor "10010111" adalah bernilai sepanjang 8 bit. Seturutan 8 unit bit ini menghasilkan 1 bait.[2] Bit juga merupakan unit ukuran, muatan maklumat satu digit perduaan. Simbol unit maklumat ini ialah bit, dan juga b (tidak rasmi); unit ini juga dikenali sebagai shannon[3] dengan simbol Sh.

Kuantiti bit
Awalan SI Awalan perduaan
Nama
(Simbol)
Piawai
SI
Jarang
diguna
Nama
(Simbol)
Nilai
kilobit (kb) 103 210 kibibit (Kibit) 210
megabit (Mb) 106 220 mebibit (Mibit) 220
gigabit (Gb) 109 230 gibibit (Gibit) 230
terabit (Tb) 1012 240 tebibit (Tibit) 240
petabit (Pb) 1015 250 pebibit (Pibit) 250
eksabit (Eb) 1018 260 eksbibit (Eibit) 260
zetabit (Zb) 1021 270 zebibit (Zibit) 270
yotabit (Yb) 1024 280 yobibit (Yibit) 280

Teori maklumat menggunakan digit tabii yang seumpama dipanggil nat (atau nit), begitu juga bidang Pengkomputan kuantum yang menggunakan qubit yakni satu cebisan maklumat dengan kebarangkalian benar.

Rujukan sunting

  1. ^ Mackenzie, Charles E. (1980). Coded Character Sets, History and Development. The Systems Programming Series (ed. 1). Addison-Wesley Publishing Company, Inc. m/s. x. ISBN 978-0-201-14460-4. LCCN 77-90165. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 November 2016. Dicapai pada 22 Mei 2016. [1]
  2. ^ a b G. S. Rao, A. K. Rao, Ng Chee Aun & Cheng Yok San (1991). "bit". Kamus Komputer Sekolah Menengah. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. m/s. 9. ISBN 967-65-1306-7.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  3. ^ "Units: B". Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mei 2016.

Pautan luar sunting