Blogger (perkhidmatan)

Blogger ialah sebuah perkhidmatan penerbitan dan perkongsian sesuatu. blog yang diasaskan oleh Pyra Labs, dan diambil oleh Google pada tahun 2003.

Sejarah sunting

  • Pada 23 Ogos 1999, Blogger dilancarkan oleh Pyra Labs, dan menjadi salah satu pelayan penerbitan blog pertama di dunia.
  • Pada Februari 2003, Pyra Labs diselia oleh Google. Pengambilalihan oleh Google tersebut membuat sejumlah ciri premium Blogger yang sebelumnya dikomersialkan oleh Pyra Labs menjadi pelayan yang bebas sepenuhnya untuk pengguna. Sekitar setahun kemudian, salah satu pengasas Pyra Labs, Evan Williams, mengundurkan diri dari Google.
  • Pada 2004, Google membeli Picasa; lalu menyepadukannya dengan pelayan Blogger sehingga pengguna Picasa dapat menerbitkan koleksi foto miliknya ke laman blog yang dimilikinya di Blogger.
  • Pada 9 May 2004, Blogger memperkenalkan beberapa perubahan dasar pada sistem terbitan blognya, meliputi penggunaan templat CSS (Cascading Stylesheet), halaman arkib individual untuk masing-masing posting, ulasan, dan posting melalui email.
  • Pada 14 Ogos 2006, Blogger meluncurkan versi terbaru (masih dalam tahap beta) dengan nama kod “Invaders”. Versi terbaru ini memindahkan pengguna pelayan Blogger ke pelayan milik Google, selain menambahkan beberapa ciri baru.
  • Mei 2007, seluruh layanan Blogger secara rasmi telah dipindahkan dan dikendalikan di pelayan milik Google.

Rekabentuk sunting

Seiring dengan pemindahan pelayan Blog ke server Google, beberapa ciri baru diperkenalkan, meliputi pengaturan label, antarmuka penataan templat dengan cara heret-dan-letakkan (drag-and-drop), keizinan pembacaan blog, dan menambah suap web yang baru.

Integrasi sunting

  • Toolbar Google memiliki ciri “BlogThis!” yang membenarkan toolbar pengguna dengan Akaun Blogger untuk meletakkan pautan langsung ke blog mereka.
  • Blogger mendukung layanan Google AdSense sebagai sebuah cara bagi pemilik blog untuk mendapatkan pendapatan dari blog mereka.
  • Blogger menawarkan sokongan blog ramai-pengarang, yang memungkinkan pengguna membuat sebuah blog untuk kelompok (kumpulan blog).
  • Blogger menawarkan ciri pengubahan templat, yang mengizinkan pengguna mengubah rekabentuk templat blog sesuai dengan keinginan mereka. Bagi pengguna yang memiliki kemampuan memprogram atau pemahaman kod CSS, ciri ini amat berguna karena membolehkan mereka merancang rekabentuk blog miliknya sendiri, antara lain dengan menambahkan sejumlah menu, dan kolum.

Pautan luar sunting