Bobbey Ah Fang Suan

YB Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah untuk Nabawan dan beragama Kristian.[1] Beliau adalah mantan Naib Presiden UPKO, Sabah.[2] Pada tahun 2023, beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN) atas sebab pengalaman politik beliau yang sudah memberi sumbangan banyak pada Sabah selepas mengesahkan untuk menyertai parti itu pada 5 Februari 2023.

Yang Berhormat Datuk

Bobbey Ah Fang Suan

PGDK (Sab); JSM
Ahli Dewan Negara Malaysia
Dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Sabah
Memegang jawatan
5 Januari 2021
Berkhidmat dengan Noraini Idris
Didahului olehAbdul Ghani Mohamed Yassin
Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah
untuk Nabawan
Dalam jawatan
2004–2020
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehAbdul Ghani Mohamed Yassin
Butiran peribadi
Sekutu gabungan
politik lain
GAGASAN (Ahli sejak 2023)
BERSATU (2020-2022)
BERSATU (2019-2020)
UPKO (-2019)

Politik sunting

Barisan Nasional sunting

Beliau adalah antara pemimpin PDS, kemudian UPKO di Sabah sehingga 2019. Selepas Barisan Nasional mengalami kekalahan pada PRU 14, UPKO telah bertindak untuk keluar dari gabungan parti Barisan Nasional.[3]

Pakatan Harapan sunting

Beliau kemudiannya telah menyertai BERSATU, sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan.[4]

Perikatan Nasional sunting

Pada Pilihan raya negeri Sabah 2020, beliau tidak mempertahankan kerusi DUN Nabawan dan Perikatan Nasional telah mencalonkan Abdul Ghani Mohamed Yassin untuk bertanding.

Beliau telah dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Sabah untuk menggantikkan Abdul Ghani Mohamed Yassin sebagai Ahli Dewan Negara Malaysia yang tamat tempoh penggalnya pada 4 Januari 2021.[5]

Gabungan Rakyat Sabah sunting

Pada tarikh 10 Disember 2022, beliau dan rakan seperjuangannya telah sebulat suara untuk meninggalkan Perikatan Nasional dan BERSATU Sabah selepas Mesyuarat Khas Gabungan Rakyat Sabah yang diadakan pada 9 Disember 2022 di Pejabat GRS, Kota Kinabalu. Beliau dan rakan-rakan seperjuangannya menyertai parti lama yang ditubuhkan pada tahun 2013, iaitu Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN).[6][7] Selepas menyertai parti tempatan berkenaan, beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN) pada 5 Januari 2023.[8][9]

Keputusan pilihan raya sunting

Dewan Undangan Negeri Sabah[10][11]
Tahun Konstituensi Undian % Lawan Undian % Jumlah mengundi Majoriti Keluar mengundi
1994 N40 Kemabong, P162 Kinabatangan Rubin Balang (PBS) 3,521 59.22% Bobbey Ah Fang Suan (PDS) 2,371 39.87% 6,018 1,150 81.70%

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Maklumat calon DUN Nabawan, Sabah
  2. ^ Naib Presiden UPKO umum keluar parti
  3. ^ UPKO umum keluar BN, wujud kerajaan campuran dengan Warisan
  4. ^ 5 Ahli Parlimen, 8 ADUN dari Sabah serah borang BERSATU
  5. ^ DUN lulus pemilihan Bobbey sebagai Ahli Dewan Negara
  6. ^ https://www.astroawani.com/berita-politik/hajiji-ketuai-parti-gagasan-rakyat-sabah-404103
  7. ^ https://www.utusan.com.my/nasional/2023/02/hajiji-kini-presiden-gagasan-rakyat-secara-rasmi/
  8. ^ https://www.astroawani.com/berita-politik/hajiji-ketuai-parti-gagasan-rakyat-sabah-404103
  9. ^ https://www.utusan.com.my/nasional/2023/02/hajiji-kini-presiden-gagasan-rakyat-secara-rasmi/
  10. ^ "14th General Election Malaysia (GE14 / PRU14) – Results Overview". election.thestar.com.my.
  11. ^ "N.43 KEMABONG". SPR Dashboard. 26 September 2020. Dicapai pada 26 September 2020.