Boccia ialah sejenis sukan bola yang dikhususkan bagi orang kelainan upaya. Nama sukan ini terbit daripada istilah Latin bagi "bola" – bottia.[1] Sukan ini dimainkan oleh para atlet dengan kecacatan ketara, dan dipertandingkan dalam kejohanan tempatan hingga tahap antarabangsa, dan merupakan salah satu sukan-sukan yang dipertandingkan dalam Sukan Paralimpik. Pada awalnya, sukan ini dikhususkan kepada atlet dengan palsi serebrum, tetapi kini dimainkan oleh atlet dengan sebarang kecacatan pada kemahiran motor badan. Boccia menjadi sukan Paralimpik sejak 1984, dan setakat 2020, 75 buah pertubuhan boccia negara telah menyertai pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang ada.[2] Kini, boccia dikawal oleh Persekutuan Sukan Antarabangsa Boccia (BISFed). Bersama dengan goalball, sukan boccia hanya dipertandingkan dalam sukan Paralimpik tanpa penganjuran serupa dalam sukan Olimpik.

Boccia
Badan induk tertinggiBISFed
Ciri-ciri
Jantina bercampurYes
JenisLuar atau dalam
Kemunculan
Sukan ParalimpikWujud sejak temasya 1984

Cara bermain sunting

Boccia dimainkan secara individu, beregu atau bertiga. Semua acara melibatkan campuran jantina. Tujuan permainan ini ialah untuk melemparkan bola kulit - berwarna merah atau biru sedekat mungkin dengan bola sasaran putih (jack). Jack dilemparkan terlebih dahulu, kemudian dua bola biasa pertama dimainkan (pemain yang melemparkan jack didahulukan), selepas itu pasukan dengan bola paling jauh dari jack pergi seterusnya dalam usaha sama ada untuk mendekati jack atau menjauhkan bola lawan dari bola sasaran. Dengan cara ini, setiap pusingan akan berlanjutan sehingga satu pihak memainkan semua bola mereka, dan pada masa itu, pihak lawan akan memainkan bola yang tersisa. Bola boleh digerakkan dengan tangan dan kaki atau jika kecacatan pesaing teruk, dengan alat bantuan. Pada akhir perlawanan, pengadil mengukur jarak bola yang paling dekat dengan jack lalu memberikan mata dengan sewajarnya - satu mata bagi setiap bola yang lebih dekat dengan jack berbanding bola terdekat lawan. Pasukan/pemain dengan jumlah mata tertinggi pada akhir permainan diangkat sebagai pemenang. Sekiranya kedua-dua pasukan mempunyai jumlah mata yang sama setelah semua hujung dimainkan, permainan pemecah seri akan dimainkan untuk menentukan pemenang.

Bilangan pusingan dan bola di setiap hujung bergantung kepada jenis perlawanan. Persaingan individu terdiri daripada empat pusingan dan enam bola per pemain per pusingan, sementara pertandingan beregu memiliki empat pusingan dan enam bola per pasangan per pusingan (tiga per pemain tunggal). Persaingan berpasukan memiliki enam pusingan, dan enam bola setiap pasukan bagi setiap pusingan (dua per pemain).

Dalam acara berpasangan dan berpasukan, pemain simpanan dibenarkan. Antara pusingan, pemain simpanan boleh menggantikan pemain sedia ada, tetapi hanya satu penggantian dibenarkan sepanjang setiap permainan.[3]

Boccia dimainkan di gelanggang berukuran 12.5 m × 6 m dengan 2 m ruang kosong berbatas di sekitarnya. Permukaan gelanggang adalah rata dan licin - biasanya gelanggang bola keranjang kayu dan/atau bola tampar, tetapi kadang-kadang lantai permukaan rumput yang keras juga dijadikan tapak perlawanan. Kawasan lontaran dibahagikan kepada enam kotak lontaran segi empat tepat, dan para atlet mesti berada di dalam kotak itu sepenuhnya semasa bermain. Di gelanggang, terdapat garis berbentuk V di mana jack mesti melintasi agar lontaran menjadi sah. Hujung gelanggang mempunyai ‘bekas bola mati’ di mana bola diletakkan jika dilemparkan melangkaui tempoh pusingan, di luar kawasan permainan atau jika atlet melanggar peraturan semasa lemparannya. Tanda pangkah menandakan kedudukan di mana jack mesti diletakkan jika menyentuh atau melintasi garis sempadan atau ketika pemecah seri. Bola itu sendiri terbuat daripada kulit dan sedikit lebih besar daripada bola tenis, dengan jisim sekitar 275 gram dan berlilitan 270 mm. Bola-bola ini tersedia dalam pelbagai tahap kelembutan dan kekerasan dan dipilih dengan sengaja untuk melaksanakan strategi yang diinginkan dalam pertandingan.

Pengelasan sunting

Setiap atlet boccia mesti memiliki kelainan upaya badan dan terpaksa berkerusi roda oleh kerana palsi serebrum atau penyakit serupa seperti distrofi otot. Darjat kecacatan para atlet dinilai sebelum dikelaskan berdasarkan piawaian yang ditetapkan untuk memastikan para atlet dapat bertanding dengan lawan-lawan yang setaraf. Pengelasan atlet sukan boccia adalah seperti yang berikut:[4][5]

  • BC1 – Pemain hilang upaya pada seluruh badan. Pemain membaling bola dengan tangan atau kaki, dan mungkin perlu bertanding dengan bantuan luar yang duduk di luar gelanggang untuk menstabilkan kerusi atlet serta mengambil pola atas keperluan atlet.
  • BC2 – Pemain hilang upaya pada seluruh badan. Pemain membaling bola dengan tangan, dan tidak dibenarkan memperoleh bantuan luar.
  • BC3 – Pemain hilang upaya gerakan semua lengan dan kaki secara ketara, dan tidak atau kurang berupaya memegang atau melepaskan bola ke gelanggang walaupun mungkin boleh menggerakkan lengan, dan mungkin sebaliknya memerlukan peralatan bantuan untuk menghantar bola. Mereka boleh bertanding dengan pembantu, tetapi pembantu mesti membelakangkan diri daripada gelanggang serta tidak melihat pertandingan yang berlangsung.[6]
  • BC4 – Pemain hilang upaya gerakan semua lengan dan kaki secara ketara, tetapi boleh menghantar bola ke gelanggang. Mereka tidak dibenarkan bermain dengan bantuan luar.

World Championship sunting

Edition Year Host City Country Events
1 1986 Gits   Belgium
2 1990 Assen   Belanda
3 1994 Sheffield   United Kingdom
4 1998 New York City   Amerika Syarikat
5 2002 Póvoa de Varzim   Portugal
6 2006 Rio de Janeiro   Brazil
7 2010 Lisbon   Portugal
8 2014 Beijing   Republik Rakyat China
9 2016 Beijing   Republik Rakyat China *
10 2018 Liverpool   United Kingdom
  • 1990 World Games for Disabled
  • 2016 Boccia World Individual Championships (only Individual)

World Cup sunting

Edition Year Host City Country Events
1 1991 Coimbra   Portugal
2 1995 Sydney   Australia
3 1999 Mar del Plata   Argentina
4 2003 Christchurch   New Zealand
5 2007 Vancouver   Kanada
6 2011 Belfast   Republik Ireland
  • After 2011 havent World Cup and start World Open.

World Open sunting

Edition Year Host City Country Stages
1 2014 Various Various 2
2 2015 Various Various 3
3 2016 Various Various 3
4 2017 Various Various 3
  • 2014 : Montreal , Póvoa de Varzim
  • 2015 : Poznan , Seoul , Cali
  • 2016 : Montreal , Dubai , Póvoa de Varzim
  • 2017 : Bangkok , Kansas City , Seville

Asia and Oceania Championships sunting

Edition Year Host City Country Events
1 2001 Hong kong   Hong Kong 7
2 2005 Kuala Lumpur   Malaysia 7
3 2009 Hong kong   Hong Kong 7
Edition Year Host City Country Events
1 2013 Sydney   Australia
2 2015 Hong kong   Hong Kong *
3 2017 Hong kong   Hong Kong

African Championships sunting

Up to 2017 was not held.

American Championships sunting

Edition Year Host City Country Events
1 2002
2 2005
3 2009 Montreal   Kanada
4 2013 Kansas   Amerika Syarikat
5 2015 Montreal   Kanada *
6 2017 Cali   Colombia
  • 2015 Team and Pairs

European Championships sunting

Edition Year Host City Country Events
1 1993 Antwerp   Belgium
2 1997 Porto   Portugal
3 2001 Teplice   Republik Czech
4 2005 Póvoa de Varzim   Portugal
5 2009 Póvoa de Varzim   Portugal
6 2013 Póvoa de Varzim   Portugal
7 2015 London   United Kingdom *
8 2017 Póvoa de Varzim   Portugal
  • 2015 Team and Pairs

Regional Open sunting

  • Boccia at the 2010 Asian Para Games
  • 2014 Boccia Asian Continental Cup/ 2014 Asian Para Games
  • 2015 Boccia European Continental Cup, Catalonia
  • 2015 Boccia Americas Continental Cup/ 2015 ParapanAm Games
  • 2017 Poznan Regional Open Championships
  • 2017 Montreal Regional Open Championships
  • 2017 Dubai Regional Open Championships
  • 2017 Sant Cugat Regional Open Championships

Medals sunting

https://resultsapg.hangzhou2022.com.cn/rds/sports/BOC/historyMedal?index=7

Medals by NPC - World Championships

As of 19 SEP 2023

World Championships 2006 - 2022

Rank NPC Men Women Mixed Total Rank by total

G S B Tot G S B Tot G S B Tot G S B Tot

1 KOR - Republic of Korea 1 1 8 2 3 13 8 2 4 14 1

2 THA - Thailand 1 2 3 4 4 1 9 5 4 3 12 =2

3 GBR - Great Britain 1 1 1 1 2 5 3 10 3 6 3 12 =2

3 POR - Portugal 1 1 2 1 1 2 5 2 9 3 6 3 12 =2

5 BRA - Brazil 1 1 2 3 2 7 3 3 2 8 6

6 HKG - Hong Kong, China 2 2 3 5 8 3 7 10 5

7 CHN - People's Republic of China 2 3 2 7 2 3 2 7 7

8 AUS - Australia 1 1 1 1 1 1 1 3 2 2 1 5 10

9 GRE - Greece 2 1 3 2 1 3 =12

9 SVK - Slovakia 1 1 1 1 2 2 1 3 =12

11 COL - Colombia 1 1 1 1 1 1 2 1 3 4 11

12 JPN - Japan 1 1 2 1 1 1 2 3 1 2 3 6 =8

12 ESP - Spain 1 2 3 6 1 2 3 6 =8

14 IRL - Ireland 1 1 2 1 1 2 =14

15 ARG - Argentina 1 1 1 1 =17

15 NZL - New Zealand 1 1 1 1 =17

17 CRO - Croatia 1 1 1 1 =17

17 ESA - El Salvador 1 1 1 1 =17

17 HUN - Hungary 1 1 1 1 =17

20 CAN - Canada 2 2 2 2 =14

20 NED - Netherlands 2 2 2 2 =14

22 BEL - Belgium 1 1 1 1 =17

22 CZE - Czech Republic 1 1 1 1 =17

22 GER - Germany 1 1 1 1 =17

22 SGP - Singapore 1 1 1 1 =17

Total 4 4 4 12 4 4 4 12 31 31 31 93 39 39 39 117

Legend:

-: Equal sign (=) indicates that two or more NPCs share the same rank by total.

G - Gold; S - Silver; B - Bronze; Tot - Total

Rujukan sunting

  1. ^ "Boccia - factfile". www.bbc.co.uk/bitesize. Dicapai pada 13 September 2021.
  2. ^ "Boccia | IPC". Paralympic.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-07. Dicapai pada 2013-05-25.
  3. ^ "Boccia New Zealand — Boccia New Zealand". Boccia.org.nz. Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-12-11. Dicapai pada 2013-05-25.
  4. ^ Classes & Classification Diarkibkan 20 Julai 2008 di Wayback Machine, Boccia Australia
  5. ^ About Boccia Diarkibkan 15 Mei 2012 di Wayback Machine, GB Boccia Federation
  6. ^ [1] "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada February 16, 2011. Dicapai pada March 25, 2009.CS1 maint: archived copy as title (link) CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)