Bola Kampung ialah sebuah siri animasi buatan Malaysia yang dihasilkan oleh Animasia Studios, mengisahkan keghairahan sekumpulan kanak-kanak luar bandar dalam bermain bola sepak dan impian mereka untuk mewakili sekolah mereka dalam sukan berkenaan.

Bola Kampung
GenreAnimasi, Sukan
PenciptaAnimasia Studios
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bahasa Indonesia
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina
Bilangan musim5
Penerbitan
Penerbit eksekutifAdnan Mansor
Tempoh siaran30 minit per episod
Penyiaran
Saluran asalTV1 (musim 1-4)
Disney Channel Asia (musim 1-4)
Cartoon Network Asia
TV3(Cuti Sekolah May 2013)
ntv7
8TV
TV9
Astro Ceria
TV2
Format gambar4:3
Siaran asal2006 – sekarang
Pautan luar
Laman sesawang

Siri Bola Kampung asalnya dibikin dan disiarkan dalam bahasa Malaysia di RTM1, tetapi kini juga dialih suara ke bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain dengan membawa tajuk Football Kids untuk tayangan oleh Disney Channel di 16 buah negara sejak akhir tahun 2007, selaku terbitan "buatan MSC Malaysia" terulung yang mencapai pasaran antarabangsa.[1] Sehingga hari ini, Bola Kampung sudah disiarkan empat musim di kaca televisyen Malaysia. Pada tahun 2011, siri Bola Kampung diperbaharui dengan siri Bola Kampung X yang ditayangkan perdana di Cartoon Network mulai 4 Jun.[2]

Plot sunting

Bola Kampung mengisahkan sekumpulan kanak-kanak yang tinggal di Kampung Gong Lechar, daerah Pohon Bambu, yang menggilai bola sepak, itupun hanya bermain kerana minat semata-mata. Ini berubah apabila pengetua sekolah mereka dan jurulatih bola sepak baru, Abdul Rahman, menubuhkan sebuah pasukan bola untuk bertanding di kejohanan antara sekolah. Iwan, iaitu watak utama siri Bola Kampung, menjadi pemimpin pasukan bola sepak sekolahnya ini, namun ditentang oleh bapanya yang, ironik sekali, pernah bermain dalam pasukan bola sepak kebangsaan, gara-gara tidak mahu anaknya mengalami nasib malang seperti dirinya. Namun, dengan sokongan kawan karibnya Azizul dan Sabok, Iwan berjaya meredah segala rintangan, sekaligus menjadi nadi pasukan. Bersama-sama, Iwan dan rakan-rakannya bertarung dengan cabaran yang mendatang untuk mencapai impian masing-masing.[3]

Watak sunting

Iwan
Watak utama Bola Kampung ini adalah seorang yang periang dan mempunyai impian untuk mewakili pasukan negara. Bermain di posisi tengah, dia sering membuat hantaran tepat dan berbahaya. Peminat cilik Zinedine Zidane ini dianggap sebagai "nadi utama" pasukannya.
Fauzi
Berkenalan Iwan ketika cuti sekolah. Selepas itu pemain yang mewakili daerah Pohon Meranti berjumpa lagi bersama Iwan di atas padang. Pemain ini juga dikenali sebagai arkitek. Dia memiliki skil yang tinggi dan kemampuan sepakan percuma yang baik. Dia bermain di bahagian tengah iaitu posisi yang sama bersama Iwan.
Sabok
Seorang kawan karib kepada Iwan. Kelebihannya sebagai pemain sayap kanan merupakan kebolehannya mengawal bola dengan kedua-dua belah kaki. Dia bijak mencipta peluang di hadapan gol dengan menggelecek pertahanan lawan. Dia dianggap sebagai "pakar" mengambil sepakan percuma.
Azizul
Kekuatannya sebagai pemain sayap kiri adalah larian laju dan hantaran tepat. Kakinya yang kuat dipercayai adalah sumbangan kerja-kerja membantu bapanya di sawah bendang.
Kumar
Dia selalu risau akan tahap kemahiran dan kebolehannya menjaring gol. Ini, di samping saiz badannya yang besar, menjadikannya kurang menyengat sebagai penyerang. Oleh itu dia terpaksa bekerja keras untuk meraih tempat dalam kesebelasan utama.
Santokh
Seorang yang kuat ego dan amat kompetitif. Dia percaya yang dirinya adalah yang terbaik dan tidaka akan bertolak ansur dengan sesiapa yang menentangnya. Mempunyai bakat yang hebat, dia amat digeruni oleh pemain pertahanan dengan larian pantas dan rembatan derasnya.
Szeto
Reputasi Szeto sebagai salah seorang penjaga gol terbaik di daerah Pohon Bambu adalah hasil daripada dedikasi menolong bapanya mengopek kelapa setiap hari.
Ah Hock
Walaupun rakan baik kepada Santokh, namun Ah Hock yang berhati baik ini selalu membenarkan keputusannya dipengaruhi oleh Santokh. Dia adalah pemain yang biasa sahaja kemabhirannya.
Amad dan Amid
Pasangan kembar dalam pasukan ini bermain di posisi pertahanan bersama-sama. Mereka sangat agresif dan mempunyai semangat juang yang tinggi. Kebolehan di udara dan terjahan keras menjadikan mereka antara pemain pertahanan yang terbaik di daerah.
Nasha
Dia adalah anak kepada Tok Ketua (ketua kampung), seorang rakan baik Iwan dan juga sentiasa dinasihati Iwan apabila dia dilanda kebuntuan dan sebagainya. Dia meminati bola sepak dan percaya bahawa usaha tanpa mengerti jemu akan membawa hasil yang lumayan.
Iskandar
Pemain dari Mahakarma pada musim 1 dan berpindah ke Jayapati pada musim 2.Dia suka bermain konsol PSP yang ditunjukkan pada musim 5.Dia juga mempunyai seorang sepupu yang kaya bernama Jalil,muncul pada musim 4 dan mendedahkan dirinya yang juga pemain Perak selepas bercakap dengan Zaki melalui telefon membuatkan Iskandar terlalu marah kepadanya.
Chin dan Chun
Pasangan kembar cuma posisi mereka berlainan.Chin memegang posisi pertahanan manakala Chun memegang posisi penjaga gol.Mereka membuat kemunculan sulung pada musim 2.Pada musim 5,Chin mengalami rabun jauh disebabkan menonton TV terlalu dekat dan membaca buku dalam gelap.:

Watak persaingan sunting

Zaki
Muncul pada musim 2 dan merupakan pemain Pohon Meranti.Dia selalu bermusuh dengan semua orang terutamanya Fauzi.Dia membuat kemunculan semula pada musim 5.

Episod sunting

Ringkasan siri sunting

MusimEpisodTayangan asal
Tayangan pertamaTayangan terakhirRangkaian
1132006 (2006)2006 (2006)TV1
2132007 (2007)2007 (2007)

Rujukan sunting

  1. ^ "Malaysia-made animation series Football Kids to debut on Disney Channel". OnScreen (Asia). 2007-10-12. Dicapai pada 2008-08-16.
  2. ^ Bola Kampung returns with X factor[pautan mati kekal], ParenThots, 30 Mei 2011. Dicapai pada 6 Jun 2011.
  3. ^ Sinopsis Bola Kampung[pautan mati kekal]

Pautan luar sunting