Bolak-balik angkasa lepas Columbia

Bolak balik angkasa Columbia (Designasi Kenderaan Pengorbit NASA: OV-102) merupakan bolak balik angkasa pertama dalam armada orbit NASA yang berjaya dilancarkan. Misi pertamanya, STS-1 dilaksanakan pada 12 April sehingga 14 April, 1981. Pada 1 Februari, 2003 semasa misi ke-28, Columbia telah meletup di ruang udara Texas semasa hendak memasuki semula atmosfera, dan membunuh kesemua tujuh anak kapalnya.

Bolak-balik angkasa lepas Columbia
Columbia sedang dipindahkan ke pad pelancaran 39A sebelum dilancarkan pada STS-107
Columbia
OV-102
Gelaran Kenderaan Pengorbit:OV-102
Negara:Amerika Syarikat
Anugerah kontrak:26 Julai, 1972
Dinamakan selepas:Robert Gray’s Columbia Rediviva
Penerbangan Pertama:STS-1
12 April, 1981 - 14 April, 1981
Penerbangan Terakhir:STS-107
16 Januari, 2003 – 1 Februari, 2003
Bilangan Misi:28
Anak Kapal:160
Masa dihabis di angkasa:300.74 hari
Bilangan orbit:4,808
Jarak Perjalanan :125,204,911 batu (201,497,772 km)
Bilangan Satelit diatur:8
Berlabuh diMir:0
Berlabuh di ISS:0
Status:Musnah 1 Februari, 2003

Sepanjang sejarahnya, Columbia telah melakukan 28 penerbangan, menghabiskan masa selama 300.74 hari di angkasa, melakukan 4,808 kali orbit dan terbang sejauh 201,497,772 km, termasuk misi terakhirnya.

Galeri sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting