Bolosan merupakan peranti dalam jam yang memindahkan tenaga kepada unsur 'penjaga masa' ("tindakan impuls") sambil membolehkan sesetengah ayunannya dikira ("tindakan menyelak"). Tindakan impuls memindahkan tenaga kepada penjaga masa dalam jam (iaitu bandul atau roda pengimbang) untuk mengganti tenaga yang hilang akibat geseran dalam kitarannya agar penjaga masa itu terus mengayun. Bolosan dipacu oleh daya daripada pegas gegelung atau beban terampai yang dipancarkan melalui pawai gear jam itu. Jumlah tenaga tersimpan, tenaga hilang dan kecekapan pemindahan kepada penjaga masa menentukan jangka masa jam itu berjalan selepas dikunci.

Sistem bolosan rentak mati yang dipakai oleh kebanyakan jam bandul. Klik gambar untuk melihat animasi.

Bolosan melepaskan gigi gear supaya beralih dari ragam "terselak" kepada ragam "dipacu" sehingga cabang yang bertentangan menolak satu lagi gigi gear untuk menyelak semula gear tersebut. Bunyi detikan jam terhasil dari pawai gear yang terhenti apabila bolosan menyelak. Pawai gear tersebut dipecutkan dan dinyahpecutkan pada setiap detikan jam. Tindakan menyelak yang dilakukan oleh bolosan ini membolehkan setiap kitaran penjara masa itu diambil kira. Dalam setiap kitaran, bolosan membenarkan satu pawai gear untuk maju atau bolos sedikit-sedikit. Kemajuan berkala ini menyebabkan jarum jam bergerak maju pada kadar yang sekata. Tindakan lepas selak ini menggunakan kebanyakan tenaga dar spring atau beban apabila jam itu berfungsi dengan betul.

Catatan sunting

Bacaan lanjut sunting

  • Denn, Mark, "The Tourbillon and How It Works", IEEE Control Systems Magazine, June 2010, IEEE Control Systems Society, DOI 10.1109/MCS.2010.936291.

Pautan luar sunting