Bombacaceae ialah nama botani pada aras famili dan, sebagaimana dengan semua nama botani, pembatasan dan taraf taksonnya berbeza-beza mengikut sudut pandangan taksonomi. Nama familinya berdasarkan genus Bombax.

Bombacaceae
Pengelasan saintifik

Penyelidikan filogeni terkini menunjukkan bahawa Bombacaceae, sebagaimana dibataskan secara tradisi, bukannya suatu kumpulan monofili. Bombacaceae tidak diakui oleh Kumpulan Filogeni Angiosperma pada aras famili, tetapi kebanyakan taksonnya diolah sebagai subfamili Bombacoideae dalam famili Malvaceae sensu lato (lihat juga Sterculiaceae dan Tiliaceae). Hubungan yang rapat antara Bombacaceae dan Malvaceae telah lama diketahui tetapi sehingga baru-baru ini, famili-famili tersebut telah dikekalkan sebagai kumpulan-kumpulan yang berasingan dalam kebanyakan sistem pengelasan, dan masih diasingkan dalam banyak sumber rujukan.

Menurut takrif tradisi, famili Bombacaceae termasuk kira-kira 30 genus dengan kira-kira 250 spesies pokok tropika. Sebilangannya mempunyai lilit yang besar, dan digelarkan "pokok botol". Banyak spesies bertumbuh menjadi pokok-pokok yang besar, dengan Ceiba pentandra merupai pokok yang tertinggi dengan ketinggian sebanyak 70 meter. Banyak daripada genus-genus Bombacaceae memainkan peranan komersil yang penting, dan menghasilkan kayu balak, buah-buahan atau serat yang berguna. Famili ini terkenal untuk sebilangan kayu keras komersil yang paling lembut, khususnya balsam (Ochroma lagopus). Durio zibethinus, sejenis spesies pokok durian, amat termasyhur untuk rasanya yang lebih baik daripada baunya. Pada suatu masa, serat kapuk digunakan untuk membuat pelampung keselamatan. Baobab (Adansonia spp.) merupakan ikon yang penting di beberapa bahagian Afrika, Australia dan Madagascar, disebabkan batangnya yang amat kuat. Ciri pokok ini merupakan mekanisme untuk menyimpan air dengan lebih berkesan.

Genus sunting

Rujukan sunting