Karakuri ningyo ialah boneka bergerak atau automaton Jepun dari kurun ke-18 hingga kurun ke-19. Perkataan `karakuri` bererti "alat mekanik untuk mengusik, menipu atau memeranjatkan orang". Ia membayangkan ilmu silap mata tersembunyi atau satu unsur misteri. Dalam bahasa Jepun, ningyō (人形) ditulis sebagai dua askara terpisah yang bererti orang (人) dan bentuk (形). Ia boleh diterjemahkan sebagai boneka, dan juga sebagai anak patung atau patung ukiran.[1] Gerak isyarat anak patung itu merupakan satu bentuk hiburan.

Sebuah automata (robot) karakuri, kira-kira dalam tahun 1800. Muzium British.
Karakuri penghidang teh dengan peranti (mekanisme), kurun ke-19. Muzium Sains Kebangsaan Tokyo.
"Karakuri-Zui" ("Ikhtisar Berajah Alat-alat Mekanik"), oleh Hosokawa Hanzō, 1796. Muzium British.

Terdapat tiga jenis karakuri utama yang wujud: Butai Karakuri (Karakuri pentas) digunakan dalam teater. Zashiki Karakuri (Karakuri alas duduk) adalah kecil dan dimainkan di dalam bilik. Dashi Karakuri digunakan dalam pesta-pesta keagamaan, dalam pesta-pesta itu boneka-boneka ini digunakan untuk mempersembahkan pengkisahan legenda dan mitos tradisional.

Boneka-boneka ini memberi pengaruh kepada teater No, Kabuki dan Bunraku.

Zashiki Karakuri sunting

Contoh paling biasa bagi mekanisme zashiki karakuri masa kini ditunjukkan dalam gambar di sebelah kanan. Ia adalah robot penghidang teh yang mula bergerak ke hadapan apabila cawan teh diletakkan di atas piring yang berada di tangannya. Ia digunakan dalam situasi apabila tuan rumah menghidangkan teh kepada tetamu dalam majlis teh. Ia bergerak lurus bagi jarak tetap dengan menggerakkan kakinya jika ia berjalan dan kemudian ia menundukkan kepalanya. Ini menandakan bahawa teh tersebut adalah untuk diminum, dan anak patung itu berhenti apabila cawan dialihkan dari piring yang dipegangnya. Apabila cawan diletakkan kembali di atas piring, robot itu mengangkat kepalanya, berpusing ke belakang dan kembali ke tempat asalnya. Lazimnya ia dijana oleh spring luka terbuat daripada tulang ikan paus, dan gerakan-gerakannya dikawal oleh satu set sesondol dan tuas.

Trivia sunting

Pada tahun 2002, Mazda Motor Corporation adalah pengeluar motor pertama yang menggunakan konsep karakuri untuk mekanisme tempat duduk belakang berlipat ke atas Mazda6 H/B dan Estate. Operasi sebuah tuas tunggal menyebabkan sandaran tempat duduk itu melipat turun dengan merendahkan secara serentak kusyen tempat duduk. Ini menjadikan petak penumpang belakang kereta diubah kepada ruang yang mampat dan rata sepenuhnya dalam beberapa saat - dengan kata lain, operasi ini boleh jadi lebih rumit dan memakan lebaih banyak masa dan tenaga. Mazda terus memajukan konsep karakuri dalam sektor kenderaan dengan model-model baru diperkenalkan.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Jane Marie Law, Puppets of Nostalgia - The Life, Death and Rebirth of the Japanese Awaji Ningyo Tradition, 1977, Princeton University Press

Pautan luar sunting