Bones adalah sebuah siri drama jenayah yang telah memulakan tayangan perdananya di saluran Fox Network pada 13 September 2005, dan berakhir pada 28 Mac 2017, ditayangkan selama 246 episod selama dua belas musim. Rancangan ini berdasarkan sains forensik, dengan setiap episod menumpukan kepada fail kes FBI mengenai misteri di sebalik mayat yang dibawa oleh Ejen Khas FBI Seeley Booth kepada pasukan forensik antropologi iaitu Dr. Temperance "Bones" Brennan. Emily Deschanel melakonkan watak Bones, bersama David Boreanaz sebagai Ejen Khas Seeley Booth. Pelakon-pelakon lain termasuklah Michaela Conlin, T. J. Thyne, Eric Millegan, Jonathan Adams, Tamara Taylor, John Francis Daley dan John Boyd.

Bones
FormatProsedur polis
Drama-komedi
PenciptaHart Hanson
Dibintangi oleh
Emily Deschanel
David Boreanaz
Michaela Conlin
T. J. Thyne
Eric Millegan
Jonathan Adams
Tamara Taylor
John Francis Daley
John Boyd
Penggubah lagu tema
The Crystal Method
PenggubahPeter Himmelman
Sean Callery
Negara asal Amerika Syarikat
BahasaBahasa Inggeris
Bilangan musim12
Bilangan episod246
Penerbitan
Penerbit eksekutifHart Hanson
Barry Josephson
Stephen Nathan
Ian Toynton
Carla Kettner
Jonathan Collier
Michael Peterson
Randy Zisk
PenerbitKathy Reichs
Emily Deschanel
David Boreanaz
Gene Hong
LokasiLos Angeles, California, A.S.
Washington, D.C.
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Josephson Entertainment
Far Field Productions
20th Century Fox Television
Syarikat pengedaran
20th Television
Penyiaran
Saluran asalFox
Format gambarHDTV 720p
Siaran asal13 September 2005 (2005-09-13) – 28 Mac 2017 (2017-03-28)
Pautan luar
Laman sesawang

Dicipta oleh Hart Hanson, siri ini berdasarkan ahli antropologi forensik, Kathy Reichs, yang juga penerbit rancangan ini. Watak Bones, dinamakan sempena Temperance Brennan, watak protagonis dalam novel jenayah Reichs. Bones adalah sebuah terbitan bersama Josephson Entertainment, Far Field Productions dan 20th Century Fox television.[1]

Pelakon dan watak sunting

Watak utama sunting

Pelakon Watak Penampilam
Emily Deschanel Dr. Temperance "Bones" Brennan Musim Pertama - kini
David Boreanaz Special Agent Seeley Joseph Booth Musim Pertama - kini
Micheala Conlin Angela Pearly Gates Montenegro Musim Pertama - kini
T.J. Thyne Dr. Jack Stanley Hodgins Musim Pertama - kini
Tamara Taylor Dr. Camille Saroyan Musim Kedua - kini
John Francis Daley Dr. Lance Sweets Musim Ketiga - kini (pelakon jemputan dalam musim kedua)
Eric Millegan Dr. Zackary Uriah Addy Musim Pertama - Ketiga, (pelakon jemputan dalam musim seterusnya)
Jonathan Adams Dr. Daniel Goodman Musim Pertama

Rujukan sunting

  1. ^ "Fox Broadcasting Company: Bones".