Bandaraya Persekutuan Bonn (Sebutan bahasa Jerman: [ˈbɔn]  ( dengar)) ialah sebuah bandar raya Jerman di tebing Sungai Rhine di negeri North Rhine-Westphalia, dengan penduduk lebih 300,000 orang. Kira-kira 24 km (15 bt) di selatan tenggara Cologne, Bonn berada dibahagian paling selatan wilayah Rhine-Ruhr, kawasan metropolitan terbesar Jerman, dengan lebih 11 juta penduduk.

Bonn
Bendera Bonn
Jata Bonn
Bonn is located in Bumi
Bonn
Bonn (Bumi)
Koordinat: 50°44′02.37″N 7°5′59.33″E / 50.7339917°N 7.0998139°E / 50.7339917; 7.0998139Koordinat: 50°44′02.37″N 7°5′59.33″E / 50.7339917°N 7.0998139°E / 50.7339917; 7.0998139
NegaraJerman
NegeriNort Rhine-Westphalia
Wilayah pentadbiranCologne
DaerahDaerah urban
FoundedAbad pertama SM
Pentadbiran
 • Datuk BandarAshok-Alexander Sridharan (CDU)
Keluasan
 • Jumlah141.06 km2 (54.46 batu persegi)
Penduduk
 (2017-12-31)[1]
 • Jumlah325,490
 • Kepadatan2,300/km2 (6,000/batu persegi)
Zon waktuCET/CEST (UTC+1/+2)
Poskod
53111–53229
Kod dail0228
Pendaftaran kenderaanBN
Laman sesawangwww.bonn.de

Oleh kerana kompromi politik berikutan penyatuan semula Jerman, negara Jerman mengekalkan keberadaan yang besar di Bonn. Bonn adalah pusat pemerintahan kedua Presiden, Canselor, Bundesrat dan pusat utama enam kementerian kerajaan persekutuan dan 20 badan berkuasa persekutuan. Gelaran unik Bandaraya Persekutuan (Jerman: Bundesstadt) mencerminkan kepentingan status politiknya di Jerman.[2]

Diasaskan pada abad pertama Sebelum Masihi (SM) sebagai penempatan Roman, Bonn merupakan salah satu bandar tertua Jerman. Dari tahun 1597 hingga 1794, Bonn adalah ibu kota Elektorat Cologne, dan tempat kediaman ketua-ketua biskop dan Putera-elektor Cologne. Komposer Ludwig van Beethoven telah dilahirkan di Bonn pada tahun 1770. Dari tahun 1949 hingga 1990, Bonn merupakan ibu negara sementara ("pusat sementara institusi Persekutuan") Jerman Barat, dan perlembagaan sekarang Jerman, iaitu Hukum Asas, telah diisytiharkan di bandar ini pada tahun 1949. Dari tahun 1990 hingga 1999, Bonn berfungsi sebagai pusat kerajaan – tetapi bukan lagi ibu negara – Jerman bersatu.

Ibupejabat Deutsche Post DHL dan Deutsche Telekom, dua-dua syarikat yang disenaraikan DAX, berada di Bonn. Bandar ini adalah kediaman bagi Universiti Bonn dan sejumlah 20 institusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN), termasuk ibupejabat Sekretariat UN Framework Convention Climate Change (UNFCCC), Sekretariat UN Convention to Combat Desertification (UNCCD), dan program Sukarelawan UN.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ "Bevölkerung der Gemeinden Nordrhein-Westfalens am 31. Dezember 2017" (dalam bahasa Jerman). Landesbetrieb Information und Technik NRW. Dicapai pada 2018-09-21.
  2. ^ Bundestag, Deutscher. "Deutscher Bundestag: Berlin-Debatte / Antrag Vollendung der Einheit Deutschlands, Drucksache 12/815". webarchiv.bundestag.de (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 2017-02-19.
  3. ^ http://www.unbonn.org/organizations

Bibliografi sunting

Lihat juga: Bibliography of the history of Bonn

Pautan luar sunting