Bot torpedo adalah sebuah kapal tentera laut yang agak kecil dan laju yang direka untuk membawa torpedo ke dalam pertempuran. Rekaan pertama ialah merempuh kapal musuh dengan bahan letupan spar torpedo, dan rekaan kedua pula ialah torpedo Whitehead yang meluncur sendiri. Ia dicipta untuk melawan kapal tempur dan lain-lain kapal yang perlahan dan bersenjata berat dengan menggunakan kelajuan, ketangkasan, dan kekuatan senjata torpedo mereka. Beberapa bot torpedo yang murah menyerang secara "beramai-ramai" boleh mengatasi keupayaan kapal yang lebih besar untuk melawan mereka yang menggunakan meriam besar yang lembab. Sebuah armada bot torpedo yang murah boleh membuat ancaman kepada armada kapal utama yang jauh lebih besar dan lebih mahal, walaupun hanya di kawasan pesisir di mana saiznya yang kecil dan bebanan bahan api yang terhad mengekang mereka.

Serangan bot torpedo ke atas kapal bermeriam tengah Chile Almirante Cochrane semasa Perang Saudara Chile 1891.

Penciptaan bot torpedo laju pada akhir abad ke-19 merupakan kebimbangan yang serius bagi era ahli strategi tentera laut. Sebagai tindak balas, tentera laut yang mengendalikan kapal-kapal besar memperkenalkan kapal-kapal yang lebih kecil untuk melawan bot-bot torpedo, dilengkapi meriam tembak laju yang ringan. Kapal ini, yang dipanggil "kapal pembinasa bot torpedo" dan kemudiannya diringkaskan "kapal pembinasa", menjadi lebih besar dan mengambil lebih banyak peranan, membuat serangan torpedo serta mempertahankannya, dan akhirnya melawan kapal selam dan kapal terbang. Kesudahannya kapal pembinasa menjadi kapal perang jenis permukaan utama dalam era peluru berpandu.

Dalam zaman moden, konsep lama kapal kombatan yang sangat kecil ini, laju, dan murah dengan senjata serangan padu telah diambil alih oleh "kapal serang laju".

Lihat juga sunting

Sejarah bot torpedo yang terpilih sunting

Bibliografi sunting

  • Campbell, Thomas, R. "Hunters of the Night: Confederate Torpedo Boats in the War Between the States" Burd Street Press, 2001.
  • Jentschura, Hansgeorg. Warships of the Imperial Japanese Navy, 1869-1945. United States Naval Institute, Annapolis, Maryland; 1977. ISBN 0-87021-893-X.
  • Lyon, David. The First Destroyers. Chatham Publishing, 1 & 2 Faulkner's Alley, Cowcross Street, London, Great Britain, 1996. ISBN 1-55750-271-4.
  • Olender, Piotr. Russo-Japanese Naval War 1904-1905, Vol. 2, Battle of Tsushima. Published by Stratus s.c., 2010. Sandomierz, Poland. ISBN 978-83-61421-02-3.
  • Preston, Anthony. "Destroyer", Bison Books (London) 1977. ISBN 0-600-32955-0.
  • Spanish American War The Spanish–American War Centennial Website. 2007. USS OLYMPIA. 4 Nov.-Dec. 2007.

Pautan luar sunting