Teluk Botany

(Dilencongkan dari Botany Bay)

Teluk Botany (bahasa Inggeris: Botany Bay) atau Kamay[3][4] ialah sebuah teluk lautan terbuka[2] terletak di pesisiran 13 km (8 bt) selatan Daerah Pusat Perniagaan Sydney, New South Wales, Australia. Botany Bay mempunyai sumbernya di pertemuan of the Sungai Georges di Taren Point dan Sungai Cooks di Kyeemagh dan mengalir 10 km (6 bt) ke timur sebelum bertemu muaranya, Laut Tasman, titik tengah antara La Perouse dan Kurnell.

Botany Bay
Sting Ray Harbour[1]
sebuah teluk lautan terbuka[2]
Gambar Sydney dari udara menunjukkan Botany Bay di latar depan.
Nama asal: kelimpahan tumbuh-tumbuhan[1]
Negara Australia
Negeri New South Wales
Kawasan Metropolitan Besar Sydney
Kawasan-kawasan perbandaran Bayside, Randwick, Sutherland
Punca utama Georges River
 - lokasi Taren Point
 - koordinat 34°0′35.994″S 151°7′47.6394″E / 34.00999833°S 151.129899833°E / -34.00999833; 151.129899833
Sumber kedua Sungai Cooks
 - lokasi Kyeemagh
 - koordinat 33°56′57″S 151°10′06″E / 33.94917°S 151.16833°E / -33.94917; 151.16833
Muara Laut Tasman
 - lokasi Kurnell
 - koordinat 33°59′52.7994″S 151°13′58.8″E / 33.997999833°S 151.233000°E / -33.997999833; 151.233000
Panjang 10 km (6 mi)
Kedalaman 11.4 m (37 ft)
Isi padu 440,815.8 m3 (15,567,263 ka3)
Lembangan 54.9 km2 (21 sq mi)
Kawasan 39.6 km2 (15 sq mi)
Laman web: NSW Environment & Heritage webpage

Jumlah kawasan tadahan teluk adalah lebih kurang 55 km2 (21 bt2). Walaupun kecetekan relatifnya, teluk itu berfungsi sebagai pelabuhan laut kargo utama Sydney, bertempat di Port Botany, dengan kemudahan dikendalikan oleh Sydney Ports Corporation. Dua landasan Lapangan Terbang Sydney memanjang ke teluk. Taman Negara Botany Bay terletak di tanjung utara dan selatan teluk itu. Kawasan di sekitar teluk itu secara umumnya diuruskan oleh Roads and Maritime Services.

Tanah bersebelahan dengan Botany Bay telah diduduki beribu-ribu tahun oleh orang-orang peribumi Tharawal dan Yura (Eora) dan puak-puak yang berkaitan . Pada 29 April 1770, teluk ini menyaksikan tapak pendaratan pertama James Cook atas kapal HMS Endeavour beliau di daratan Australia, selepas pelayaran meluas beliau di New Zealand. Kemudian British merancang Botany Bay sebagai tapak untuk jajahan tahanan. Daripada rancangan-rancangan ini datangnya kediaman Eropah Australia pertama di Sydney Cove. Walaupun penempatan keseksaan itu dengan serta-merta beralih ke Sydney Cove, untuk beberapa waktu di Britain pengangkutan ke "Botany Bay" merupakan metonim untuk pengangkutan ke mana-mana kawasan penempatan tahanan Australia.

Sejarah sunting

Sejarah orang asli sunting

Bukti arkeologi dari pantai Botany Bay telah menghasilkan bukti penempatan peribumi asli sejak 5000 tahun. Masyarakat peribumi Yura atau Eora ini duduk di kawasan yang dijadikan asas petempatan Sydney. Orang-orang yang hidup di antara Sungai Cooks dan Sungai Georges ialah puak Bidjigal; di pantai selatan teluk ini ialah puak Gweagal;[5] while on the northern shore it was the Kameygal clan.[6] Artifak telah dipungut dalam pelayaran pertama Cook di Botany Bay iaitu perisai kulit kayu yang ditinggalkan oleh seorang anggota suku kaum Orang Asli. Objek yang sangat jarang ditemui kini dalam koleksi Muzium British dan menjadi tajuk program dalam siri radio BBC, A History of the World in 100 Objects (Sebuah Sejarah Dunia dalam 100 Objek).[7]

Sejarah British sunting

 
Isaac Smith menjadi orang Eropah pertama menjejakkan kaki di bumi Australia timur, Cook memberitahunya: "Terjun, Isaac" selepas bot kapal menyentuh pantai di Botany Bay.
 
Botany Bay, cat air 1788 oleh Charles Gore

Leftenan James Cook pertama kali mendarat di Kurnell, di tebing selatan Botany Bay, pada hari Ahad 29 April 1770, semasa mengemudi jalan ke pantai timur Australia di atas kapal, HMS Endeavour. Pendaratan Cook menandakan permulaan minat Britain dalam Australia dan akhirnya penjajahan yang baru di 'benua selatan’ ini.[8] Pada mulanya nama Sting Ray Harbour (yang bermaksud "Pelabuhan Ikan Pari) telah digunakan oleh Cook dan pemelihara jurnal lain dalam ekspedisi itu, sempena ikan pari yang mereka tangkap di sana.[9] Nama itu juga dicatatkan pada carta Admiralti.[10] Log Cook untuk 6 Mei 1770 merekodkan "Banyaknya jenis ikan ini yang terdapat di tempat ini menyebabkan saya memberikan nama Stingrays Harbour". Walau bagaimanapun, dalam jurnal yang disediakan kemudian dari log itu, Cook menulis pula:(sic) "Banyaknya tumbuh-tumbuhan yang Encik Banks dan Dr. Solander dijumpai di tempat ini menyebabkan saya memberikan nama Botanist Botany Bay".[10]

Lapan belas tahun kemudian, pada tahun 1788, Gabenor Arthur Phillip membawa HMS Supply bersenjata berlayar ke dalam teluk itu pada 18 Januari. Dua hari kemudian kapal-kapal Armada Pertama selebihnya tiba untuk menubuhkan tanah jajahan keseksaan seperti yang dirancang. Walau bagaimanapun, tanah itu dengan cepat dikenalpasti tidak sesuai untuk penempatan kerana air tawar yang tidak mencukupi; Phillip juga percaya pengkalan berpaya itu akan menyebabkan tanah jajahan menjadi tidak sihat. Phillip mengambil keputusan untuk berpindah ke pelabuhan semula jadi yang sangat baik di Port Jackson di belah utara.[11]

Pada pagi 24 Januari, ekspedisi penerokaan Perancis oleh Jean-François de Galaup, comte de Lapérouse telah dilihat di luar Botany Bay. Pada 26 Januari, Supply meninggalkan teluk itu untuk bergerak ke atas ke Port Jackson dan berlabuh di Sydney Cove. Pada petang 26 Januari, kapal-kapal Armada Pertama selebihnya tiba di Sydney Cove.

Pada tahun 1789, Kapten John Hunter meninjau Botany Bay selepas balik dari Tanjung Harapan, selepas berdagang gandum. Bekalan air tawar di kawasan itu membawa kepada pengembangan penduduk pada abad ke-19.

Mercu tanda sunting

 
Monumen di La Perouse.

Lapangan Terbang Sydney, lapangan terbang paling sibuk di Australia, terletak di sebelah barat laut Botany Bay. Tanah telah ditambak dari teluk untuk memanjangkan landasan utara-selatan yang pertama dan membina landasan kedua untuk selari dengannya.

Terminal kontena pertama di Pelabuhan Botany, di sebelah timur lapangan terbang, telah siap dibina dalam tahun 1970-an, dan merupakan terminal kontena yang terbesar di Sydney. Terminal kontena kedua telah siap dibina dalam tahun 1980-an dan kemudahan penyimpanan cecair pukal juga terletak di bahagian utara dan selatan teluk itu. Terminal kontena ketiga telah disiapkan pada tahun 2011 dan dijadual beroperasi pada 2013. Sekarang yang keempat sedang diwujudkan di Sydney. Terminal ini akan dibina sebagai terminal terbesar, mengatasi terminal yang pertama dibina pada 1970-an.

Tanah di sekitar tanjung teluk dilindungi oleh Perkhidmatan Taman Negara dan Hidupan Liar sebagai Taman Negara Botany Bay. Pada sebelah utara muara teluk itu ialah tapak bersejarah La Perouse, dan ke selatan ialah Kurnell. Walaupun agak terasing, pantai selatan teluk itu dikuasai oleh campuran luar biasa taman negara yang bersih dan perindustrian berat yang termasuk Loji Penyahgaraman Kurnell, Penapisan Minyak Caltex, rawatan pembetung, dan kemudahan perlombongan pasir bersejarah.[12] Di sebelah selatan teluk itu, sebahagian daripada air telah dipagari di bawah kuasa Perkhidmatan Taman Negara dan Hidupan Liar di Towra Point untuk tujuan pemuliharaan alam sekitar.

Pantai barat teluk itu mempunyai banyak pantai renang popular termasuk Brighton-Le-Sands dan maju dengan perbandaran.

Hidupan laut sunting

Botany Bay mempunyai penduduk marin yang pelbagai, dan kawasan sekitar pintu masuk ialah kawasan yang popular untuk selam skuba. Sejak kebelakangan ini, Botany Bay Watch Project[13] telah bermula dengan sukarelawan membantu untuk memantau dan melindungi kawasan tadahan teluk dan kehidupan laut yang unik.

Perkumpulan naga laut berumpai terbesar di dunia pernah ditinjau didapati di tapak menyelam 'Steps', di sebelah Kurnell di Taman Negara Botany Bay. Naga laut berumpai salah satu daripada beratus-ratus makhluk laut yang ditemui di wilayah Botany Bay. Ikan kerapu biru timur[14], ikan negeri New South Wales; dan biasanya ditemui penyelam sepanjang garis pantai Botani Bay.

Galeri imej sunting

Catatan sunting

  1. ^ a b Templat:NSW GNR
  2. ^ a b Roy, P. S; Williams, R. J; Jones, A. R; Yassini, I; dll. (2001). "Structure and Function of South-east Australian Estuaries". Estuarine, Coastal and Shelf Science. 53: 351–384. doi:10.1006/ecss.2001.0796.
  3. ^ "Meeting at Kamay". Teaching Resources. NSW Government (Department of Education). Dicapai pada 11 Mac 2021.
  4. ^ "Kamay (Botany Bay)". Endeavour Voyage. National Museum of Australia. Dicapai pada 11 March 2021.
  5. ^ Lawrence, Joan (1996). St. George Pictorial Memories: Rockdale, Kogarah, Hurstville. Crows Nest, NSW: Kingsclear Books. m/s. 3. ISBN 0-908272-45-6.
  6. ^ "A Short History of the City of Botany Bay". City of Botany Bay. 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-16. Dicapai pada 7 September 2012.
  7. ^ British Museum Highlights
  8. ^ State Library of Queensland (1773). Entrance of Endeavour River in New South Wales. Botany Bay in New South Wales (Peta). http://www.davidrumsey.com/luna/servlet/detail/RUMSEY~8~1~24019~870064. Diperolehi 7 September 2012.
  9. ^ Wales, Geographical Name Board of New South. "Extract - Geographical Names Board of NSW". www.gnb.nsw.gov.au. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-11-07. Dicapai pada 2016-11-07.
  10. ^ a b Beaglehole (ed.) 1968, p. ccix
  11. ^ Governor Phillip to Lord Sydney, 15 May 1788, cited in Britten (ed.) 1978, pp. 121-123
  12. ^ "Kurnell Peninsula: a guide to the plants, animals, ecology and landscapes". Sydney Metropolitan Catchment Management Authority. 2010. Dicapai pada 7 January 2013.[pautan mati kekal]
  13. ^ "Botany Bay Watch Project". Botanybaywatch.com.au. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 July 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  14. ^ "Marine Blue Groper". Botanybaywatch.com.au. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 July 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

Templat:Sydney Botany Bay suburbs Templat:1stVoyageCookAus Templat:Waterways of Sydney Templat:Bays of New South Wales