Boustead Heavy Industries

Boustead Heavy Industries Corporation Berhad, (MYX: 8133) (BHIC) yang terkenal dengan anak syarikat Boustead Naval Shipyard (BNS) dan sering disingkat BHIC dan BNS ialah kumpulan perindustrian Malaysia yang mengkhususkan dalam industri pertahanan, pembinaan kapal tentera laut dan komersial serta perkhidmatan berkaitan kapal. Tumpuan utamanya adalah pembuatan kapal, fabrikasi struktur luar pantai, serta pembaikan dan penyelenggaraan kapal dan pesawat. Syarikat ini merupakan syarikat awam yang berhad dan pemegang saham terbesar ialah Lembaga Tabung Angkatan Tentera, sebuah badan berkanun kerajaan yang menyediakan faedah persaraan dan skim simpanan untuk pegawai Angkatan Tentera Malaysia, dengan 58.69% kepentingan. Pemegang saham kedua terbesar ialah Kumpulan Wang Persaraan, sebuah syarikat yang diwujudkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai syarikat pelaburan, dengan pegangan sebanyak 7.17%. Syarikat induknya ialah Boustead Holdings.

Boustead Heavy Industries Corporation Berhad
Jenis/bentuk sahSyarikat dagangan awam
Didagangkan sebagaiMYX: 8133
ISINMYL8133OO000
IndustriPertahanan
Binaan kapal
Aeroangkasa
Ditubuhkan2007; 17 tahun yang lalu (2007)
Ibu pejabatKuala Lumpur, Malaysia
Kawasan perkhidmatanAsia Tenggara
Tokoh pentingFeroz Razi Famli (CEO)
KeluaranKapal tentera laut
Kapal komersial
Sturktur luar pantai
PerkhidmatanSistem pertahanan dan elektronik
Pembaikan kapal
MRO pesawat
dll
Hasil RM 2.503 bilion(akhir 2013)
(AS$760 juta)[1]
Pendapatan kendalian RM -89 juta(akhir 2013)
(AS$-27 juta)
Jumlah aset RM 4.348 bilion(akhir 2013)
(AS$1.33 bilion)
Bilangan kakitangan 2160
Syarikat indukBoustead Holdings
Anak syarikatBoustead Naval Shipyard[2]
Boustead Penang Shipyard
Boustead Langkawi Shipyard[3]
Contraves Advanced Devices[4]
Tapak webwww.bhic.com.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

Boustead Heavy Industries telah disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 2007 dan syarikat ini adalah anak syarikat kepada Boustead Hilding. Syarikat ini telah memperoleh dan membentuk banyak syarikat dan berkembang menjadi banyak bidang perniagaan.

Rujukan sunting

  1. ^ "Annual Report 2013" (PDF). Boustead.com.my. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-10-06. Dicapai pada 11 October 2014.
  2. ^ "Welcome to Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd". Bnshipyard.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 October 2014. Dicapai pada 11 October 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ "Boustead Langkawi Shipyard". Blsy.com.my. Dicapai pada 11 October 2014.
  4. ^ "Contraves". Contraves.com.my. Dicapai pada 11 October 2014.

Pautan luar sunting