Robert Boyd Holbrook[2] (lahir 1 September 1981) merupakan seorang pelakon dan peragawan fesyen Amerika Syarikat. Beliau pernah muncul dalam beberapa buah filem seperti Milk, Out of the Furnace, Run All Night, A Walk Among the Tombstones, dan Gone Girl, selain muncul sebagai ejen DEA dalam siri aNarcos. Pada tahun 2012, beliau muncul dalam siri Hatfields & McCoys dan 2017, dalam filem Logan.

Boyd Holbrook
Holbrook, Januari 2013
Kelahiran
Robert Boyd Holbrook

(1981-09-01) 1 September 1981 (umur 42)
PekerjaanPelakon, peragawan fesyen
Tahun aktif2001–kini
Maklumat pemodelan
Ketinggian6 ft 2 in (1.88 m)[1]
Warna rambutPerang[1]
Warna mataBiru[1]

Kehidupan awal sunting

Holbrook dilahirkan di Prestonsburg, Kentucky,[2] anak kepada Ellen dan Don Holbrook.[3]

Kerjaya sunting

Holbrook ditemui semasa bekerja separuh masa di Jenny Wiley Theatre di Kentucky.[2][4] Beliau telah menandatangani perjanjian bersama Elite Models pada tahun 2001 dan telah bekerja bersama beberapa agensi model termasuklah Wilhelmina Models. Holbrook telah menjadi pilihan beberapa pereka dan jenama termasuklah Gucci, Jean Paul Gaultier, Versus, Hugo Boss, Bill Blass, Calvin Klein, Moschino, Marc Jacobs, dan DSquared².

Holbrook dan model Omahyra Mota telah dipilih oleh jurugambar Ellen Von Unwerth untuk pameran "Omahyra & Boyd" dan untuk buku pada tahun 2005 (ISBN 2-914171-20-X).[5][6]

Holbrook belajar berlakon dengan William Esper Studio menerusi Program Lakonan Meisner selama dua tahun serta bersama program suara dan pengucapan Shane Ann Younts. Beliau turut menerima Sijil SCPS dari Universiti New York.[1] Beliau turut bekerja bersama jurulatih lakonan Terry Knickerbocker.[7]

Beliau pernah muncul dalam video muzik Permanent Me disamping Tiah Eckhardt.[8]

Pada tahun 2017, Holbrook muncul sebagai watak antagonis dalam Logan.[9][10]

Filemography sunting

Filem sunting

Tahun Filem Peranan Nota
2008 Milk Denton Smith sebagai Robert Boyd Holbrook
2011 Higher Ground Teenage Ethan Miller
The Reunion Douglas Cleary
Moving Takahashi Craig Filem pendek
2012 The Magic of Belle Isle Luke Ford
2013 The Host Kyle O'Shea
Out of the Furnace
2014 The Skeleton Twins Billy
Little Accidents Amos Jenkins
Very Good Girls David Avery
A Walk Among the Tombstones Peter Kristo
Gone Girl Jeff
2015 Run All Night Danny Maguire
2016 The Free World Mo Lundy
Jane Got a Gun Vic Owen
Morgan Skip Vronsky
Cardboard Boxer Pinky
2017 Song to Song Adengan dipotong[11][12]
Logan Donald Pierce
2018 The Predator Quinn McKenna

Televisyen sunting

Tahun Judul Peranan Nota
2009 The Unusuals Punk Episod: "42"
2009 The Beautiful Life: TBL Gabriel Episod: "Pilot"
2010 Tough Trade Jackson Tucker Filem TV
2011 The Big C Mykail 6 episod
2012 Hatfields & McCoys William "Cap" Hatfield Sirimini; 3 episod
2013 Behind the Candelabra Cary James Filem TV
2015–16 Narcos Steve Murphy 20 episod

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d Boyd Holbrook Resume. Archived from the original on February 18, 2012.
  2. ^ a b c Deaton, Jarrid (February 18, 2009). "Stage Presence". The Floyd County Times. Kentucky. Dicapai pada March 13, 2014. ...Holbrook, 28...
  3. ^ "Boyd Holbrook Biography". TVGuide.com. Diarkibkan daripada yang asal pada March 10, 2017. Dicapai pada March 10, 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan) Additional on March 10, 2017.
  4. ^ "Boyd Holbrook". An Evening of Scenes. n.d. Diarkibkan daripada yang asal pada July 6, 2009.
  5. ^ McFadden, William. "Omahyra & Boyd". Ellen Von Unwerth (retrospective site). Diarkibkan daripada yang asal pada February 21, 2006.
  6. ^ "Kamel Mennour Presents Ellen Von Unwerth: Hot things". Parisiana.com. Diarkibkan daripada yang asal pada August 14, 2005.
  7. ^ "Testimonials [Boyd Holbrook]". Terry Knickerbocker Studio. Diarkibkan daripada yang asal pada August 3, 2016. Dicapai pada April 13, 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  8. ^ Permanent Me - "Allison" music video feat. Boyd Holbrook Diarkibkan Julai 6, 2009, di Wayback Machine
  9. ^ Patten, Dominic (April 8, 2016). "'Wolverine 3' Sets 'Narcos' Boyd Holbrook As Chief Villain". Deadline.com. Diarkibkan daripada yang asal pada April 20, 2016. Dicapai pada July 30, 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  10. ^ N'Duka, Amanda (October 10, 2016). "Boyd Holbrook's Villain Character In Wolverine Sequel Unveiled". Deadline.com. Diarkibkan daripada yang asal pada February 10, 2017. Dicapai pada October 20, 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  11. ^ Donnelly, Matt (March 10, 2017). "Christian Bale, Benicio del Toro, Haley Bennett All Cut From Terrence Malick's 'Song to Song' at SXSW". TheWrap.com. Dicapai pada March 11, 2017.
  12. ^ Kimble, Julian (March 7, 2017). "'Moonlight' Star Trevante Rhodes Recalls That Crazy Oscar Win: "Am I Being Punk'd?"". Complex.com. Dicapai pada March 12, 2017.

Pautan luar sunting