Brett Ratner (lahir 28 Mac 1969) ialah pengarah muzik video dan penerbit filem Amerika Syarikat. Beliau dikenali secara meluas melalui beberapa filem yang terbitannya antara lain ialah siri filem Rush Hour', The Family Man, Red Dragon, X-Men: The Last Stand, dan Tower Heist. Beliau juga merupakan penerbit siri drama Fox Prison Break, termasuk juga filem komedi Horrible Bosses yang merupakan kesinambungan yang diterbitkan pada 2014.[1][2][3]

Brett Ratner
Ratner di Festival Filem Tribeca 2012
Kelahiran (1969-03-28) 28 Mac 1969 (umur 55)
PekerjaanPembikin filem, pengarah muzik video, pelakon
Tahun aktif1990–kini

Latar belakang sunting

Ratner dilahirkan dan dibesarkan di Miami Beach, Florida, merupakan anak kepada Marsha Pratts, seorang sosialit dan Ronald Ratner.[4] Beliau dibesarkan dalam kelas menengah keturunan Yahudi.[5] Bapanya ialah anak kepada seorang usahawan kaya-raya di Miami. Manakala ibunya dilahirkan di Cuba yang berhijrah ke Amerika Syarikat pada dekad 1960-an bersama ibu bapanya, Fanita dan Mario Presman.[6][7][8] Ibunya ketika itu berusia 16 tahun ketika beliau dilahirkan.[5] Dalam sebuah wawancara, Ratner mengatakan kepada Aventura Business Monthly pada bulan Mei 2011, bahawa beliau tidak mengenali bapa kandungnya, dan hanya menganggap bahawa Alvin Malnik, yang membuka sebuah kedai makan terkenal di Forge restaurant d Miami Beach, ialah bapanya.[9] Namun akhirnya beliau mengetahui, bapa kandungnya ialah seorang gelandangan di Miami Beach, yang kemudian menginspirasi untuk membantu golongan gelandangan dalam rangka menyelesaikan krisis negara.[10] Ratner menyambung pelajarannya di Israel,[8] dan tamat pengajian pada 1986 di Miami Beach Senior High School. Pada tahun 1990, beliau melanjutkan pelajaran Universiti New York.[11][12]

Rujukan sunting

  1. ^ ""Horrible Bosses": Mediocre Black Comedy Mildly Comforting, Rarely Funny". SF Weekly.
  2. ^ "Black Comedy Goes Bawdy in Horrible Bosses". Crosswalk.com.
  3. ^ Glasson, Tom. "Horrible Bosses". concreteplayground.com.
  4. ^ "Untitled". August 21, 1997.
  5. ^ a b Ratner, Brett (July 25, 2012). "Brett Ratner on How His Homeless Father Inspired His Nonprofit Work". The Hollywood Reporter.
  6. ^ Ratner, Brett (2007-07-27). "Beach boy nurtures his roots – Entertainment News, Billion-Dollar Director: Brett Ratner, Media". Variety. Dicapai pada 2011-01-11.
  7. ^ "Untitled". August 8, 2001.
  8. ^ a b "Nancy Jo Sales, "Hollywood Loves Brett Ratner", Vanity Fair, March 2007" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-07-14. Dicapai pada 2011-01-11.
  9. ^ "20 Good Questions with Brett Ratner". Aventurabusinessmonthly.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-04. Dicapai pada 2012-02-27.
  10. ^ Ratner, Brett (July 24, 2012). "My Own Father Was Homeless, Too". The Hollywood Reporter. Dicapai pada August 10, 2012.
  11. ^ NYU's Tisch School of the Arts to Celebrate Broadway and the Performing Arts at Benefit Gala.
  12. ^ Hopkins, Jessica (May 22, 2010). "The film that changed my life: Brett Ratner". Guardian.co.uk.

Pautan luar sunting