Brian Harold May CBE (lahir 19 Julai 1947) ialah seorang pemuzik, penggubah lagi dan ahli astrofizik kelahiran England. Beliau merupakan gitaris utama dan pengasas bersama kugiran Queen dengan Freddie Mercury dan Roger Meddows-Taylor.

Brian May
CBE
Sir Brian May membuat persembahan pada tahun 2022
Latar belakang
Nama lahirBrian Harold May
Kelahiran (1947-07-19) 19 Julai 1947 (umur 76)
Hampton, London, England
GenreMuzik rock
Pekerjaan
  • Pemuzik
  • penyanyi
  • penggubah lagu
  • record producer
  • penulis
  • ahli astrofizik
Instrumen
  • Guitar
  • vocals
Tahun aktif1963–kini
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
PendidikanHampton Grammar School
Pusat pendidikanImperial College London (BSc, PhD)
PasanganChristine Mullen
(k. 1976; c. 1988)

Anita Dobson
(k. 2000)
Anak-anak3
AnugerahInductee, Rock & Roll Hall of Fame (2001)
CBE (2005)
Kerjaya saintifik
TesisA survey of radial velocities in the zodiacal dust cloud (2008)
Penasihat kedoktoran
Pengaruh
Laman web rasmibrianmay.com

Awal hidup sunting

Brian Harold May lahir pada 19 Julai 1947 di Hampton, kawasan Middlesex;[3] beliau anak tunggal kepada Harold May, seorang pelukis pelan dalam Kementerian Penerbangan Britain (Ministry of Aviation) kelahiran England[4][5] dan Ruth Irving (Fletcher), seorang kelahiran Scotland.[6]

Beliau menjalankan pengajiannya dalam bidang matematik dan fizik di Imperial College London sehingga lulus ijazah Sarjana Sains dalam bidang Fizik dengan jayanya pada tahun 1968.[7][8]

Kerjaya muzik sunting

1968–1970: Smile sunting

Pada 1968, May dan seorang rakan belajar iaitu Tim Staffell membentuk suatu kugiran muzik; mereka turut disertai seorang pelajar perubatan bernama Roger Taylor yang menguji bakat sebagai pemain dram di sana. Kugiran ini memebuat kontrak dengan Mercury Records pada tahun 1969, serta pertama kalinya membuat rakaman di kemudahan disediakan Trident Studios pada tahun sama. Staffell pada ketika ini menghadiri Ealing Art College dengan seorang rakan bernama Farrokh ("Freddie") Bulsara, di sanalah Bulsara diperkenalkan kepada kugiran ini.

Smile terbubar setelah Staffell memutuskan bertukar kugiran ke Humpy Bong pada tahun 1970;[9] anggota-anggota lain ada terfikir mahu berhenti bermain muzik namun dipujuk Freddie (pada ketika ini telah menukar nama keluarganya kepada Mercury[9]) untuk bersambung. Freddie turut menjadi vokalis utama, di sinilah kugiran ini berubah bentuk dengan nama barunya iaitu Queen.[9]

1970–1995: Queen sunting

2000-an, kolaborasi baru dengan artis lain (Queen + ) sunting

Kerja solo lain sunting

Pada 21-22 April 1983, May berada di Los Angeles bersama Eddie Van Halen; mereka pada asalnya melepak semata-mata namun hasil pergaulan mereka membawa kepada suatu album mini dihasilkan bersama berjudul Star Fleet Project.

Kerjaya saintifik sunting

 
May di Johns Hopkins University pada 31 Disember 2018

Dari tahun 1970 hingga 1974, beliau menjalankan pengajian kedoktorannya di Imperial College London[1] membuat penyelidikan terhadap kesan habuk terhadap sinaran cahaya yang terpantul serta kelajuran habuk yang trerapung dalam Sistem Suria. Beliau terpaksa menghentikan pengajiannya selepas Queen menjadi terkenal lalu menjelajah ke serata dunia untuk melakukan persembahan mereka selepas 1974, namun beliau ada menulis bersama beberapa laopran kajian berdasarkan pemerhatian dilakukan di Balai Cerap Teide, Tenerife, Sepanyol.[10][11]

Pada 17 November 2007, beliau dilantik sebagai Canselor Liverpool John Moores University[12] serta diberikan kefeloan terhormat atas sumbangannya kepada membentuk pemahaman orang ramai terhadap sains pada tahun 2008.[13] Beliau memegang jawatan canselor itu sehingga tahun 2013.[14]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d May, Brian Harold (2008). A survey of radial velocities in the zodiacal dust cloud (PDF) (Tesis). Imperial College London. Bibcode:2008srvz.book.....M. doi:10.1007/978-0-387-77706-1. hdl:10044/1/1333. ISBN 9780387777054. OCLC 754716941. Templat:EThOS  
  2. ^ a b c Brian May di Mathematics Genealogy Project
  3. ^ "MAY, Dr Brian Harold" (ed. dalam talian Oxford University Press). Oxford. U247368.(langganan diperlukan)
  4. ^ Huntman, Ruth (17 October 2014). "Brian May: Me, my dad and 'the old lady'". The Guardian. Dicapai pada 25 October 2014.
  5. ^ "Brian's Soapbox April 2013". brianmay.com.
  6. ^ "I'm Exactly Half English and Half Scot..." Brian's Soapbox. 13 September 2014.
  7. ^ "List of lists: Celebrities and remarkable people". Telegraph.co.uk. 22 Mei 2008. Dicapai pada 27 September 2014.
  8. ^ Brian May. riaus.org.au
  9. ^ a b c Queen Biography 1970, Queen Zone, diarkibkan daripada yang asal pada 23 Julai 2011 Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  10. ^ Hicks, Tom R.; May, Brian H.; Reay, N. Ken (1972). "MgI Emission in the Night Sky Spectrum". Nature. 240 (5381): 401–402. Bibcode:1972Natur.240..401H. doi:10.1038/240401a0. ISSN 0028-0836.
  11. ^ Hicks, T. R.; May, B. H.; Reay, N. K.; Ring, J. (1974). "An Investigation of the Motion of Zodiacal Dust Particles--I: Radial Velocity Measurements on Fraunhofer Line Profiles". Monthly Notices of the Royal Astronomical Society. 166 (2): 439–448. Bibcode:1974MNRAS.166..439H. doi:10.1093/mnras/166.2.439. ISSN 0035-8711.
  12. ^ "New Chancellor confirmed". Ljmu.ac.uk. Liverpool John Moores University. 23 November 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 September 2010. Dicapai pada 24 Oktober 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  13. ^ "May installed as uni chancellor". BBC News. 14 April 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 April 2008. Dicapai pada 14 April 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  14. ^ Anthony, Andrew (13 March 2011). "Wonders of the Universe; The Sky at Night". The Guardian. London. Dicapai pada 23 Mei 2012.

Pautan luar sunting