Brigitte Bierlein
Brigitte Bierlein (lahir 25 Jun 1949) ialah seorang ahli juri Austria. Beliau merupakan peguam pendakwaraya di Pejabat Pendakwaraya, akhirnya menjadi ketua pendakwaraya awam negara bermula pada tahun 1990 sehingga tahun 2002, dan seorang anggota lembaga eksekutif Persatuan Pendakwaraya Antarabangsa bermula pada tahun 2001 sehingga 2003. Pada tahun 2003, Bierlein telah dilantik menjadi anggota Mahkamah Perlembagaan Austria. Sejak bulan Januari 2018, beliau telah berkhidmat sebagai presiden, dan merupakan wanita pertama yang menjawat jawatan ini.
Brigitte Bierlein | |
---|---|
Canselor Austria | |
Memegang jawatan 3 Jun 2019 | |
Presiden | Alexander Van der Bellen |
Menggantikan | Hartwig Löger (pemangku) |
Presiden Mahkamah Perlembagaan | |
Dalam jawatan 23 Februari 2018 – 3 Jun 2019 | |
Dilantik oleh | Kabinet Kurz |
Naib Presiden | Christoph Grabenwarter |
Didahului oleh | Gerhart Holzinger |
Timbalan Presiden Mahkamah Perlembagaan | |
Dalam jawatan 1 Januari 2003 – 22 Februari 2018 | |
Dilantik oleh | Kerajaan Schüssel |
Presiden | Karl Korinek Gerhart Holzinger |
Didahului oleh | Karl Korinek |
Digantikan oleh | Christoph Grabenwarter |
Butiran peribadi | |
Lahir | Vienna, Austria | 25 Jun 1949
Alma mater | Universiti Vienna |
Berikutan peristiwa Ibiza, Presiden Alexander Van der Bellen melantik Bierlein sebagai Kanselor sementara pada 30 Mei 2019. Beliau merupakan wanita pertama yang memegang jawatan ini di Austria dan dijangka akan berkhidmat sehingga pilihanraya seterusnya pada bulan September 2019.[1]
Kehidupan awal sunting
Brigitte Bierlein telah dilahirkan pada 25 Jun 1949 di Vienna.[2]
Beliau mendapat pendidikan di Gymnasium Kundmanngasse, di mana beliau menamatkan pengajian pada tahun 1967.[2]
Bapa beliau merupakan seorang penjawat awam. Manakala ibu beliau pula yang mendapat pendidikan sebagai seorang seniman, adalah seorang suri rumah.[3]
Kehidupan peribadi sunting
Bierlein tidak berkahwin dan mempunyai anak.[3][4] Pasangannnya merupakan seorang pesara hakim.[5][4] Bierlein menyukai hasil seni. Beliau menonton panggung, opera dan melawat muzium. Beliau memiliki lukisan kontemporari, walaubagaimanapun beliau tidak menganggap beliau adalah seorang pengumpul.[3][5] Beliau juga meminati sukan ski dan kapal layar.[4][6]
Anugerah sunting
Rujukan sunting
- ^ Said-Moorhouse, Lauren (30 Mei 2019). "Austria names its first female chancellor". CNN (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 Mei 2019. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ a b "Brigitte Bierlein". Austrian Constitutional Court. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mei 2018. Dicapai pada 13 Mei 2018.
- ^ a b c Jungwirth, Michael; Swoboda, Manuela (21 Februari 2018). "Erstmals eine Frau an der Spitze des Höchstgerichts". Kleine Zeitung. Dicapai pada 13 Mei 2018.
- ^ a b c Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; teks bagi rujukanparadejuristin
tidak disediakan - ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; teks bagi rujukanooen1
tidak disediakan - ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; teks bagi rujukanparadestd
tidak disediakan - ^ "Anfragebeantwortung" (PDF). Austrian Parliament. 23 April 2012. Dicapai pada 15 Mei 2018.
Pautan luar sunting
- Brigitte Bierlein Diarkibkan 2018-05-14 di Wayback Machine—Constitutional Court homepage