Broker maklumat merupakan mereka yang bertindak sebagai gudang maklumat dimana mereka akan mengumpul maklumat dari pelbagai sumber, memproses, membungkus dan menjualnya kepada pengguna. Mereka bertindak sebagai orang tengah yang boleh mengawal pasaran dan harga maklumat. [1] Bermula pada akhir abad ke-20, pembangunan teknologi seperti Internet, peningkatan kuasa pemprosesan komputer dan penurunan kos penyimpanan data telah membuatkan ia mudah untuk organisasi untuk mengumpul, menganalisis, menyimpan dan memindahkan maklumat seseorang dengan jumlah data yang besar. Ini telah membawa kepada industri broker maklumat atau broker data. [1]

Brokers mengumpul maklumat berkenaan orang-perseorangan dari rekod awam dan sumber sulit seperti bancian dan rekod penukaran alamat, kenderaan bermotor dan rekod pemanduan, bahan yang disumbangkan oleh pengguna ke laman rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter dan LinkedIn,[2] laporan media dan mahkamah, senarai pendaftaran pengundian, sejarah pembelian pelanggan, senarai paling dikehendaki dan pengganas, rekod transaksi kad bank, dan sejarah pelayaran web.[3] Data-data yang dikumpulkan akan dijadikan profil individu yang merangkumi pelbagai maklumat seperti umur, bangsa, jantina, tinggi, berat, status perkahwinan, agama, fahaman politik, pekerjaan, pendapatan isi rumah, nilai bersih seseorang, status pemilikan rumah, tabiat pelaburan, pilihan produk dan kepentingan yang berkaitan dengan kesihatan. Broker akan menjual profil-profil ini kepada organisasi lain yang kebiasaannya akan menggunakan maklumat-maklumat ini untuk menjadi sasaran pengiklanan dan pemasaran kepada golongan sasaran, untuk mengesahkan identiti seseorang termasuk untuk tujuan pengesanan penipuan, dan untuk menjual kepada individu dan organisasi supaya mereka boleh menyelidik seseorang untuk pelbagai tujuan.[4] Data brokers also often sell the profiles to government agencies, such as the FBI, thus allowing law enforcement agencies to circumvent laws that protect privacy.[5]

Broker data di Amerika Syarikat termasuklah Acxiom, Experian, Epsilon, CoreLogic, Datalogix, eBureau, ID Analytics, inome, PeekYou, Rapleaf, dan Recorded Future.[4][6] Acxiom claims to have files on 10% of the world's population,[6] with about 1500 pieces of information per consumer.[7] quoted in Senate.gov.[6]

Individu kebiasaannya tidak mengetahui apakah data yang diperoleh oleh broker, bagaimana broker mendapatkannya, atau bagaimana data-data tersebut digunakan. [8]

Mengeluarkan maklumat dari pangkalan data dari organisasi seperti Acxiom dan Epsilon mengambil proses yang panjang dan sukar, terutama apabila sukar untuk mengetahui siapa yang memiliki maklumat mengenai anda. Laman sesawang seperti stopdatamining.me menawarkan pautan ke atas organisasi-organisasi ini dan proses yang boleh membantu mengeluarkan data mengenai seseorang. [9]

Rujukan sunting

  • Carvell, Linda P. (2005). Career Opportunities in Library and Information Science. New York: Checkmark Books. m/s. 75–79, 171–181.
  • Taylor, Allen and James Robert Parish (2009). Career Opportunities in Library and Information Science. New York: Ferguson. m/s. 206–212.
  1. ^ a b "KE ARAH KONSEP MAKLUMAT YANG DIPERDAGANGKAN (TRADABLE INFORMATION) DI SEKTOR AWAM" (PDF). Jan 2003. Dicapai pada Mar 22, 2017. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":0" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ Beckette, Lois (9 November 2012). "Yes, Companies Are Harvesting – and Selling – Your Facebook Profile". Dicapai pada 17 August 2014.
  3. ^ "Congressional Testimony: What Information Do Data Brokers Have on Consumers?".
  4. ^ a b "DATA BROKERS: A Call for Transparency and Accountability" (PDF). Federal Trade Commission. Government of the United States. May 2014. Dicapai pada 13 August 2014.
  5. ^ Etzioni, Amitai (2016). "Reining in Private Agents". Minnesota Law Review. 101: 279–331. SSRN 2869439.
  6. ^ a b c http://www.commerce.senate.gov/public/?a=Files.Serve&File_id=0d2b3642-6221-4888-a631-08f2f255b577
  7. ^ https://www.nytimes.com/2012/06/17/technology/acxiom-the-quiet-giant-of-consumer-database-marketing.html
  8. ^ "Online Information Broker FAQ". Privacy Rights Clearinghouse. privacyrights.org. October 4, 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-19. Dicapai pada May 6, 2014.
  9. ^ http://www.stopdatamining.me/opt-out-list/

Pautan luar sunting