Bryce Dallas Howard

Pelakon, penulis dan pengarah Amerika Syarikat

Bryce Dallas Howard (lahir Mac 2, 1981) ialah seorang pelakon, penulis dan pengarah Amerika Syarikat. Beliau membuat penampilan lakonan pertamanya sebagai pelakon tambahan dalam filem bapanya, Parenthood (1989) dan kemudiannya melakonkan peranan-peranan kecil dalam filem serta membuat penampilan pentas untuk beberapa tahun berikutnya. Semasa tempoh ini, beliau juga menghadiri Tisch School of the Arts di Universiti New York, kemudiannya menerima Sarjana Muda Seni Halus dan pergi ke sekolah drama. Selepas mendapat perhatian M. Night Shyamalan, beliau memilihnya untuk berlakon dalam filem The Village (2004) dan kemudiannya dalam Lady in the Water (2006). Lakonannya dalam As You Like It (2006), diarahkan oleh Kenneth Branagh mendapatkannya pencalonan Anugerah Golden Globe. Pada tahun 2006, beliau menulis dan mengarah filem pendek Orchids.

Bryce Dallas Howard
Howard pada tahun 2010
Kelahiran (1981-03-02) 2 Mac 1981 (umur 43)
Pusat pendidikanUniversiti New York
PekerjaanPelakon, Penulis, Pengarah
Tahun aktif1989 - sekarang
PasanganSeth Gabel (k. 2006)
Anak-anak2
Ibu bapaRon Howard
Cheryl Alley
SaudaraPaige Howard (adik)
Clint Howard (bapa saudara)

Howard menjadi lebih terkenal selepas peranannya sebagai Victoria dalam The Twilight Saga: Eclipse (2010). Filem ini serta Terminator Salvation (2009) mencapai kejayaan komersia tetapi mendapat ulasan bercampur daripada pengkritik. Pada tahun 2011, beliau mempunyai watak sokongan dalam 50/50 dan The Help. Beliau juga melakonkan watak utama, Claire Dearing dalam Jurassic World (2015).

Kehidupan awal sunting

Howard dilahirkan di Los Angeles, California, anak kepada penulis, Cheryl Howard Crew (née Alley) dan pelakon-pengarah, Ron Howard, pada Mac 2, 1981. Datuk dan nenek sebelah bapa beliau adalah pelakon, Rance dan Jean Howard. Bapa saudaranya adalah pelakon, Clint Howard. Beliau dibesarkan di Westchester County, New York dan di sebuah ladang di Greenwich, Connecticut. Howard menghadiri Stagedoor Manor, kem seni persembahan di bahagian utara negeri New York bersama pelakon, Natalie Portman. Selepas menghadiri Sekolah Greenwich Country Day School sehingga tahun 1996[1][2] dan menamatkan pengajian dari Sekolah Tinggi Byram Hills pada tahun 1999,[3] Howard belajar di Tisch School of the Arts di Universiti New York selama tiga tahun.[4] Beliau menamatkan pengajian dengan Sarjana Muda Seni halus dalam drama pada tahun 2003.

Karier sunting

1989–2006 sunting

 
Howard bersama Shyamalan pada tahun 2006

Selepas penampilan filem pertamanya, Parenthood, sebagai pelakon tambahan yang tidak dikredit,[5] Howard berperanan sebagai pelakon tambahan dalam filem bapanya, Apollo 13 (1995) dan How the Grinch Stole Christmas.[6] Untuk beberapa tahun berikutnya, Howard muncul dalam pementasan New York. Antara pementasan ini adalah House and Garden, produksi tahun 2002 yang diadakan di Manhattan Theatre Club.[6] Semasa berlakon sebagai Rosalind dalam produksi As You Like It, Howard menarik perhatian pengarah, M. Night Shyamalan.[6] Beliau kemudiannya membintangi Book of Love.

Beliau kemudiannya berlakon dalam The Village (2004). Lakonannya dipuji oleh pengkritik dan Howard dicalonkan untuk beberapa anugerah.[7] The Village mencapai kejayaan komersial tetapi menerima ulasan bercampur.[8][9] Selepas itu, Howard dipilih oleh Lars Von Trier untuk menggantikan Nicole Kidman sebagai Grace Mulligan dalam Manderlay, sekuel kepada Dogville (2003).

Howard bersatu kembali bersama Shyamalan untuk Lady in the Water dimana beliau berlakon sebagai Story.[10][11] Seterusnya, beliau sekali lagi berlakon sebagai Rosalind dalam As You Like It. Howard dicalonkan Anugerah Golden Globe pada tahun 2008. Pada tahun itu juga, beliau menulis dan mengarahkan filem pendek, Orchids.[12]

2007–sekarang sunting

 
Howard di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2008

Pada tahun 2007, Howard membintangi filem blockbuster pertamanya, Spider-Man 3 sebagai Gwen Stacy.[13] Terminator Salvation merupakan projek beliau seterusnya.[14] Dipilih pada bulan Jun 2008, beliau menggantikan Claire Danes sebagai Kate Connor. Ia mengutip $370 juta,[14] tetapi menerima kritikan kurang baik.[15]

 
Howard di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2011

Howard membintangi The Loss of a Teardrop Diamond pada tahun 2009. Beliau melakonkan watak Victoria dalam The Twilight Saga: Eclipse.[5] Ditayangkan pada Jun 30, 2010, filem ini mengutip hampir $700 juta[16] dan walaupun menerima ulasan bercampur,[17] pengkritik memberi ulasan positif terhadap peranan Howard.[18][19]

Pada bulan Disember 2009, Howard dipiih untuk berlakon dalam Hereafter (2010).[20] Filem pertamanya pada tahun 2011 merupakan The Help. Beliau menerima pujian kritis untuk lakonannya dalam filem itu dan menerima banyak pencalonan Anugerah Pelakon Wanita Sokongan Terbaik.[21] Howard kemudiannya berpasukan bersama bapanya untuk membantu menghasilkan Restless.[22] Beliau mempunyai peranan sokongan dalam 50/50. Juga pada tahun 2011, beliau mengumumkan bahawa beliau akan mengarahkan filem bertajuk The Originals. Howard telah menghabiskan tugas mengarah filem pendek, When You Find Me.

Kehidupan peribadi sunting

Howard berjumpa pelakon, Seth Gabel di Universiti New York dan kedua-dua mereka mempunyai hubungan selama lima tahun sebelum berkahwin pada Jun 17, 2006.[13][13] Howard melahirkan anak mereka bernama Theodore pada bulan Februari 2007.[23]

Howard melahirkan anak kedua mereka, Beatrice pada bulan Januari 2012.[24]

Filmografi sunting

Tahun Tajuk Peranan Nota
1989 Parenthood Perempuan berambut perang di tempat penonton Pelakon tambahan
1995 Apollo 13 Perempuan berbaju kuning Pelakon tambahan
2000 How the Grinch Stole Christmas Surprised Who
2001 A Beautiful Mind Harvard Student Pelakon tambahan
2004 Book of Love Heather
2004 The Village Ivy Elizabeth Walker
2005 Manderlay Grace Margaret Mulligan
2006 As You Like It Rosalind
2006 Lady in the Water Story
2006 Orchids Filem pendek; penulis, pengarah
2007 Spider-Man 3 Gwen Stacy
2008 Good Dick Wanita bercium Kameo
2008 The Loss of a Teardrop Diamond Fisher Willow
2009 Terminator Salvation Kate Connor (Katherine Brewster)
2010 The Twilight Saga: Eclipse Victoria
2010 Hereafter Melanie
2011 The Help Hilly Holbrook
2011 50/50 Rachael
2012 The Twilight Saga: Breaking Dawn – Part 2 Victoria Kredit akhir
2013 Call Me Crazy: A Five Film Filem TV; pengarah
2015 Jurassic World Claire Dearing Juga dalam Lego Jurassic World dan Lego Dimensions
2016 Gold Kay
2016 Pete's Dragon Grace
2018 Jurassic World: Fallen Kingdom Claire Dearing
2022 Jurassic World: Dominion Claire Dearing
N/A The Snow Queen Princess Anna

Rujukan sunting

  1. ^ "Actress Bryce Howard Wild About Greenwich". Hartford Courant. Dicapai pada 2015-08-06.
  2. ^ "Greenwich Notable Alumni". GreenwichMag. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-24. Dicapai pada 2015-08-06.
  3. ^ "Raising their voices to raise Byram Hills' 'Guys and Dolls'". lohud.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-30. Dicapai pada 2015-08-06.
  4. ^ "Bryce Dallas Howard profile at". Theater Mitu. |access-date= requires |url= (bantuan)
  5. ^ a b Lipworth, Elaine (2010-06-28). "Twilight: Bryce Dallas Howard interview". The Daily Telegraph. London: Telegraph Media Group Limited. Diarkibkan daripada .co.uk/culture/twilight/7853924/Twilight-Bryce-Dallas-Howard-interview.html yang asal Check |url= value (bantuan) pada 2013-08-19. Dicapai pada 2011-05-24.
  6. ^ a b c "Bryce Dallas Howard". Yahoo!. Yahoo! Inc. Dicapai pada 2011-05-22.
  7. ^ "BRYCE DALLAS HOWARD BIO". Tribute Canada. Tribute Entertainment Media Group. Dicapai pada 2011-05-23.
  8. ^ "The Village (2004)". Box Office Mojo. IMDb Inc. Dicapai pada 2011-05-23.
  9. ^ "The Village (2004)". Rotten Tomatoes. Flixster. Dicapai pada 2011-05-23.
  10. ^ "Lady in the Water". Box Office Mojo. IMDb Inc. Dicapai pada 2011-05-22.
  11. ^ "Lady in the Water". Rotten Tomatoes. Flixster. Dicapai pada 2011-05-22.
  12. ^ "Film Orchids". Palm Springs International Film Festival. |access-date= requires |url= (bantuan)
  13. ^ a b c "Howard's new life includes Spidey and a family". Vancouver Sun. Postmedia Network Inc. 2007-05-03. Dicapai pada 2011-05-22.
  14. ^ a b "Terminator Salvation". Box Office Mojo. IMDb Inc. Dicapai pada 2011-05-22.
  15. ^ Huddlestone, Tom (June 2009). "Terminator Salvation (2009)". Time Out London. Dicapai pada 2011-05-22.
  16. ^ "The Twilight Saga: Eclipse". Box Office Mojo. IMDB Inc. Dicapai pada 2011-05-22.
  17. ^ "The Twilight Saga: Eclipse Movie Reviews, Pictures". Rotten Tomatoes. Flixster. Dicapai pada 2011-05-22.
  18. ^ Honeycutt, Kirk (2010-06-22). "The Twilight Saga: Eclipse – Film Review". Hollywood Reporter. Prometheus Global Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-29. Dicapai pada 2011-05-22.
  19. ^ "Movie Review: The Twilight Saga: Eclipse". Orlando Sentinel. Tribune Company. 2010-06-28. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-03-19. Dicapai pada 2011-05-22.
  20. ^ MCnary, Dave (2009-12-10). "'Hereafter' calls Bryce Dallas Howard". Variety. Reed Business Information. Dicapai pada 2011-05-22.
  21. ^ Sperling, Nicole (2010-05-17). "Octavia Spencer nabs key role in 'The Help'". Entertainment Weekly. Time Warner Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-21. Dicapai pada 2011-05-22.
  22. ^ Zeitchik, Steven (2009-10-08). "Mia Wasikowska in talks for 'Restless'". The Hollywood Reporter. Dicapai pada 2011-05-22.
  23. ^ Serpe, Gina (2007-02-20). "Bryce Dallas Howard Welcomes Son". E! Online. NBCUniversal. |access-date= requires |url= (bantuan)
  24. ^ Raftery, Liz (2012-01-22). "Bryce Dallas Howard Has a Baby Girl". People. Time Warner Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-01. Dicapai pada 2012-01-22.

Pautan luar sunting