Buah keras

spesies tumbuhan

Kemiri (Jawi: کميري),[1] buah keras (Jawi: بواه كراس‎),[2] atau nama saintifiknya Aleurites moluccana[3][4] ialah salah satu spesies tumbuhan dalam keluarga Euphorbiaceae.[4]

Kemiri
Buah keras
Dedaun, bunga dan kekeras
buah pokok kemiri
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
A. moluccana
Nama binomial
Aleurites moluccana
(L.) Willd., 1805

Taburan aslinya tidak dapat ditentukan dengan tepat kerana pokok ini awal-awal lagi telah disebarkan oleh manusia. Pokok ini kini ditemukan secara meluas di kawasan-kawasan tropika Dunia Baru dan Dunia Lama. Tumbuhan ini tersebar sejauh kepulauan Pasifik melalui perkenalan orang-orang Austronesia yang berlayar ke pulau-pulau ini.[5][6][7]

Peristilahan sunting

Nama kemiri didapati di Sumatera dan Semenanjung Malaysia merupakan turunan akar Proto-Austronesia *kamiri yang turut sewarisan dalam bahasa-bahasa serumpun termasuk:[8][9][10]

Nama buah keras pula didapati dalam dialek dituturkan di Kepulauan Riau[11] serta terserap di Sumatera Barat (melalui buah kareh dalam bahasa Minangkabau) dan pulau Nias.[10]

Botani sunting

 
Sebiji buah kemiri.
 
Jambak bunga-bunga kecil kemiri.

Pokok kemiri tumbuh sederhana sehingga boleh mencapai setinggi 40 meter[12][13][4] dengan dahan-dahan yang merampak. Daun-daunnya sederhana dan berbentuk telur ringkas, dengan tiga lobus (kekadang lima, tetapi jarang) dan hujung yang tajam. Panjangnya 10-25 sentimeter dengan lebar 5-12 sm[4] dengan warna yang hijau pucat. Keseluruhan daun muda dan ranting dilitupi bulu-bulu halus.[12][13]

Buah yang dihasilkan dari pokok kemiri berupa suatu buah kekeras bulat, dengan diameter sebanyak 4-6 sentimeter; rasa dan tekstur buah kemiri lebih kurang sama dengan kacang macadamia (rasanya lebih "kasar"). Bijinya mempunyai kulit yang keras dengan isirong lembut dan kaya berminyak;[12] sebanyak 60–66% minyak dapat diperoleh dari isirong sebiji kekeras ini.[10]

Kegunaan sunting

Makanan sunting

Ia sedikit beracun ketika mentah, dan sering dipergunakan dalam masakan serata kepulauan Melayu Nusantara. Isi kekeras dapat dijadikan pembuka selera, ditumbuk bersama sambal belacan mahupun dimasak dalam kari.[4] Di Pulau Jawa, buah keras digunakan untuk membuat kuah yang pekat dan dimakan bersama-sama sayur dan nasi.

Di Hawaii, buah keras juga dipanggang dan dicampurkan dengan pes bergaram untuk menjadi perasa yang dikenali sebagai inamona. Inamona ialah ramuan utama dalam poke, makanan tradisional Hawaii. Pokok ini juga merupakan pokok rasmi Hawaii. [14]

Perubatan sunting

Banyak bahagian buah kemiri telah digunakan sebagai ubat tradisional di kebanyakan kawasan yang ia merupakan pokok asli. Minyaknya merupakan perengsa dan pencahar, dan kekadangnya digunakan seperti minyak jarak. Ia juga dipergunakan sebagai peransang rambut atau penambah kepada sistem-sistem rawatan rambut. Isirungnya boleh digunakan sebagai ubat julap manakala di Jepun, kulit batangnya telah dipergunakan untuk merawat tumor.

Di Sumatera, biji-bijinya ditumbuk lalu dibakar dengan arang untuk disapu pada bahagian pusat badan supaya dapat merawat cirit-birit manakala di Pulau Jawa pula, kulit batangnya dipergunakan untuk merawat cirit-birit dan disenteri. Isirung yang dijadikan pulpa atau daun-daun yang direbus digunakan di Malaysia sebagai tuam untuk merawat sakit kepala, demam, ulser, sendi bengkak, dan gonorea. Seduhan kulit kayu diminum untuk merawat sakit disenteri.[4]

Kegunaan lain sunting

Kandungan minyak dalam isirong buah kemiri banyak dimanfaatkan sejak dahulukala: masyarakat di Tonga menggunakan buah keras (tuitui) masak yang ditumbuk lumat (tukilamulamu) dan dipergunakan sebagai sabun atau syampu. Masyarakat Hawaii menggunakan biji-biji kemiri (kukui) pada batang pelepah kelapa yang dibakar sebagai jamung sehingga boleh dijadikan sukat mengukur masa - setiap biji buah keras dibakar habis setiap lebih kurang 15 minit;[15] masyarakat Sulawesi Selatan turut mempunyai kegunaan sama.[16]

Masyarakat orang Dusun di Sabah, pulau Borneo menggunakan buah kemiri sebagai bahan membuat cacahan.[17]

Minyak buah keras atau kemiri dicatatkan sebagai antara minyak pelarut yang digunakan dalam mendapatkan warna daripada bahan semulajadi untuk tujuan mewarnakan kain.[18] Sehingga hari inipun, pokok-pokok kemiri giat ditanam mendapatkan minyak yang boleh diusahakan dalam pembuatan cat, lilin dan varnis.[4] Setiap pokok boleh menghasilkan 30–80 kilogram buah keras, dengan buah keras menghasilkan 15 - 20% minyak dari segi berat. Kebanyakan minyak digunakan dalam negeri dan tidak didagangkan di pasaran antarabangsa.

Mitos sunting

Di Hawaii, Pokok Buah Keras ialah lambang kesedaran, perlindungan dan keamanan. Pokok ini dianggap sebagai bentuk tubuh Kamapua'a, dewa babi. Salah satu legenda menceritakan tentang seorang wanita yang walaupun mencuba dengan sedaya upayanya untuk menyenangkan hati suami, selalu dipukul olehnya. Akhirnya, suami wanita itu membunuh dan mengebumikannya di bawah sebatang pokok buah keras. Sebagai seorang wanita yang baik hati dan adil, beliau diberikan hidup baru, sedangkan suaminya akhirnya dibunuh.

Rujukan sunting

  1. ^ * "kemiri". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
    • "kemiri". Kamus Melayu Riau-Indonesia. Balai Bahasa Sumatera Utara Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Republik Indonesia. 2018. m/s. 194.
    • "kemiri". Kamus Melayu Sumatera Utara-Indonesia. Balai Bahasa Sumatera Utara Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Republik Indonesia. 2018. m/s. 125.
  2. ^ * "buah keras". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
    • "kemiri". Kamus Melayu Riau-Indonesia. Balai Bahasa Sumatera Utara Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Republik Indonesia. 2018. m/s. 194.
  3. ^ Muhamad Zakaria; Mustafa Ali Mohd. Traditional Malay Medicinal Plants. Institut Terjemahan Negara Malaysia. m/s. 169. ISBN 978-983-068-385-0.
  4. ^ a b c d e f g Hean Chooi Ong (2008). Rempah ratus: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur: Utusan Publications. m/s. 84–85. ISBN 978-967-61-2105-3 Check |isbn= value: checksum (bantuan).
  5. ^ Larrue, Sébastien; Meyer, Jean-Yves; Chiron, Thomas (2010). "Anthropogenic Vegetation Contributions to Polynesia's Social Heritage: The Legacy of Candlenut Tree (Aleurites moluccana) Forests and Bamboo (Schizostachyum glaucifolium) Groves on the Island of Tahiti". Economic Botany. 64 (4): 329–339. doi:10.1007/s12231-010-9130-3. S2CID 28192073.
  6. ^ Weisler, Marshall I.; Mendes, Walter P.; Hua, Quan (2015). "A prehistoric quarry/habitation site on Moloka'i and a discussion of an anomalous early date on the Polynesian introduced candlenut (kukui, Aleurites moluccana)". Journal of Pacific Archaeology. 6 (1): 37–57.
  7. ^ Kirch, Patrick V. (1989). "Second Millennium B.C. Arboriculture in Melanesia: Archaeological Evidence from the Mussau Islands". Economic Botany. 43 (2): 225–240. doi:10.1007/bf02859865. S2CID 29664192.
  8. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2013). "The Austronesian Comparative Dictionary: A Work in Progress". Oceanic Linguistics. 52 (2): 493–523. doi:10.1353/ol.2013.0016. S2CID 146739541.
  9. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*kamiri: the candlenut tree: Aleurites moluccana". Austronesian Comparative Dictionary. Dicapai pada 22 Julai 2021.
  10. ^ a b c Heyne, Karel (1987). Tumbuhan Berguna Indonesia. 2. Jakarta: Yayasan Sarana Wana Jaya. m/s. 1174–1177.
  11. ^ "kemiri". Kamus Melayu Riau-Indonesia. Balai Bahasa Sumatera Utara Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Republik Indonesia. 2018. m/s. 194.
  12. ^ a b c Siemonsma, J. S. (1999). de Guzman, C. C.; Siemonsma, J. S. (penyunting). "Aleurites moluccana (L.) Willd". Proseabase. Bogor, Indonesia: Plant Resources of South-East Asia Foundation. Dicapai pada 2 Februari 2011.
  13. ^ a b van Steenis, C. G. G. J. (1981). Flora, untuk sekolah di Indonesia. Jakarta: PT Pradnya Paramita. m/s. 263.
  14. ^ Pokok rasmi Hawaii
  15. ^ "Candlenut Tree Provides More Than Light". Big Island Now. September 9, 2016. Dicapai pada 2021-05-17.
  16. ^ Andi Arief (2008). "Kearifan Lokal dan Pengelolaan Hutan Kemiri Rakyat di Kabupaten Maros Sulawesi Selatan". Jurnal Hutan dan Masyarakat. 3 (2).
  17. ^ Lindung, Malinggou (2016) Lahan Mongimpapak Kadazan-Dusun. Kadazan Language Foundation, Sabah (in Kadazan)
  18. ^ Che Husna Azhari (Julai 1997). "Teknologi Warna Alam Melayu". Akademika. Universiti Kebangsaan Malaysia. 51: 53–63. ISSN 0126-5008.

Pautan luar sunting