[1]

Buah letup
Buah letup (Physalis peruviana) di pokoknya
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Tribus:
Subtribus:
Genus:
Physalis

Spesies

Lebih kurang 80, lihat teks

Sinonim

Alkekengi Mill.
Herschellia T.E.Bowdich ex Rchb.
Pentaphitrum Rchb.[2]

[3]Buah letup atau physalis (/[invalid input: 'icon']ˈfsəlɪs/, kadangkala /fˈslɪs/)[4] ialah sebuah tumbuhan berbunga ge[5]nus dalam famili nightshade (Solanaceae). Genus ini dikenali dengan ciri buah jingga kecil tak ubah tomato, namun terlindung atau semiterlindung dalam kulit kekertas besar yang berasal daripada kaliks. Banyak spesies Physalis dipanggil groundcherry.[6] Satu nama bagi Physalis peruviana ialah Cape Gooseberry, jangan dikelirukan dengan gooseberry benar, yang berada dalam genus Ribes dalam famili Grossulariaceae.

Pokok ini merupakan tumbuhan herba yang tumbuh 0.4–3 m tinggi, serupa dengan tomato biasa - saudaranya - namun lazimnya dengan batang yang lebih tegar dan tegak; ia boleh jadi pokok tahunan atau saka. Kebanyakannya memerlukan matahari penuh dan suhu hangat hingga panas. Sesetengah spesies sensitif terhadap fros, walaupun yang lain seperti P. alkekengi (tanglung) tahan sejuk dahsyat ketika dorman pada musim sejuk.

Penanaman dan kegunaan sunting

 
Buah Cape Gooseberry bersama sekam

Pokok ini tumbuh dalam kebanyakan jenis tanah dan dapat tumbuh elok dalam tanah tidak subur dan pasu. Ia memerlukan banyak air semasa tahun pertumbuhan, hingga mencapai waktu buah masak. Pokok ini terdedah kepada banyak penyakit dan perosak tomato biasa; perosak lain seperti afid, lalat putih, hamama lelabah, dan kumbang Leptinotarsa juncta juga menyerangnya. Pembiakan ialah melalui biji benih. Kegunaan buah letup ini adalah untuk menyembuhkan penyakit jantung.

Spesies terpilih sunting

 
Thick-leaved Groundcherry
Physalis crassifolia
 
Strawberry Groundcherry
Physalis pruinosa

Sebelum ini dikategorikan sebagai buah letup sunting

Nota kaki sunting

  1. ^ DEY, S.C (2010). FRUIT GROWING IN POTS. INDIA: AGROBIOS INDIA. m/s. 5. ISBN 978-81-7754012-3.
  2. ^ a b "Genus: Physalis L." Germplasm Resources Information Network. United States Department of Agriculture. 2009-09-01. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-25. Dicapai pada 2010-04-14.
  3. ^ DEY, S.C (2010). FRUIT GROWING IN POTS. INDIA: AGROBIOS INDIA. m/s. 5. ISBN 978-81-7754-012-3.
  4. ^ Oxford English Dictionary online, http://dictionary.oed.com/cgi/entry/50178256
  5. ^ Dey, S.C (2010). FRUIT GROWING IN POTS. India: AGROBIOS INDIA. m/s. 5. ISBN 978-81-7754-012-81 Check |isbn= value: length (bantuan).
  6. ^ a b "Physalis". Integrated Taxonomic Information System. Dicapai pada 2011-05-21.
  7. ^ English and Mexican name. Refers to small tomato cultivars elsewhere.
  8. ^ a b c "GRIN Species Records of Physalis". Germplasm Resources Information Network. United States Department of Agriculture. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-05. Dicapai pada 2011-05-21.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting