Budae jjigae (sebutan bahasa Korea: [pudɛ tɕ͈iɡɛ]; secara harfiahya "stew tentera") adalah sejenis jjigae (sup Korea pekat serupa dengan stew Barat). Tidak lama selepas Perang Korea, makanan adalah sukar didapati di Seoul, Korea Selatan. Sesetengah orang telah menggunakan makanan lebihan dari pangkalan tentera Amerika Syarikat di kawasan Uijeongbu, kawasan Pyeongtaek (juga dikenali sebagai Songtan)[1] atau kawasan Munsan, seperti sosej, Spam, atau ham, dan dimasukkan ke dalam sup pedas tradisional diperisa dengan gochujang (pes cili merah) dan kimchi.

Budae jjigae
EponimAngkatan Amerika Syarikat Korea Sunting ini di Wikidata
JenisJjigae
Tempat asalKorea
Bahan utamaHam, sosej, Spam, Kimchi, Gochujang, baked beans Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Budae jjigae
Hangul부대찌개
Hanja찌개
Perumian Semakanbudae jjigae
McCune–Reischauerpudae tchigae

Budae jjigae masih popular di Korea Selatan. Hidangan ini sering menggabungkan bahan-bahan moden seperti mi segera dan hirisan keju Amerika. Bahan-bahan lain mungkin termasuk daging lembu kisar, hirisan sosej, kacang panggang, minari, bawang, bawang hijau, teok, tauhu, cili, makaroni, bawang putih, cendawan, dan sayur-sayuran lain mengikut musim.[2]

Asal usul sunting

Hidangan ini berasal semasa Perang Korea, dan menjadi popular kemudiannya, apabila orang mempunyai sedikit makan. Orang membuat hidangan ini dengan menggabungkan sisa Spam dan hot dog dari kemudahan di pangkalan Tentera Amerika Syarikat dengan apa-apa sahaja yang boleh didapati.[3] Semua sisa-sisa itu dicampurkan dengan air dalam periuk besar dan direbus.[4] Hidangan ini juga dirujuk sebagai Johnson Tang (존슨 탕), menggabungkan nama keluarga Johnson untuk Presiden Lyndon B. Johnson, dan tang (, ) iaitu sejenis perkataan yang bermaksud sup.[5][6]

Bandar Uijeongbu, yang bersempadan dengan Seoul ke selatan dan mempunyai banyak pangkalan tentera, terkenal dengan budae jjigae. Pada abad ke-20, bandar Uijeongbu menetapkan bahawa hidangan itu disebut sebagai Uijeongbu jjigae untuk membuang konotasi tentera atau peperangan dalam namanya, walaupun tidak banyak restoran mengikuti garis panduan ini. Beberapa restoran telah mula memanggil produk mereka Uijeongbu budae jjigae. Terdapat juga penduduk tempatan yang merujuknya kepada sebagai "Uijeongbu Budaejjigae Street" di mana terdapat banyak restoran buddae jjigae.[7][8]

Pangkalan tentera telah lama ditutup, cerita-cerita siri televisyen fiksyen terkenal, "M.A.S.H." (Frommer’s Shortcuts, 2012) terus dipertontonkan kepada seluruh masyarakat baki tentera yang masih berada di sekitar Uijeongu, Korea Selatan. Aktiviti bandar dalaman Uijeongu, Korea Selatan terus menunjukkan hiruk-pikuk kehidupan harian Korea dan ketenteraan, kebudayaan dan masakan. Apabila berjalan di jalan-jalan bandar pada lewat musim luruh serta Uijeongbu Budae Jjigae Street, seseorang pasti merasakan kedinginan musim sejuk mula menghampiri, masa yang sama mengenali bau perubahan musim, dicampur dengan aroma yang amat menggalakkan daripada juadah istimewa Uijeongu, Budae Jjigae, yang juga disebut sebagai, Stu Tentera.

Budae Jjigae, telah dibawa ke bandar Uijeongbu oleh Askar Amerika dan PBB semasa Perang Korea. Askar menggunakan apa sahaja makanan yang tinggal dalam kantung mereka, kerana makanan amat sukar didapati di seluruh rantau ini. Tanah-tanah menyediakan sayur-sayuran dan mereka mencampurkan catuan sisa-sisa makanan seperti hot dog, spam, garam, lada; kubis, makaroni, kimchi, tauhu, mi ramen, dan barang-barang dalam tin untuk membuat campuran stew atau sup campuran. Ramai individu telah mendakwa Budae Jjigae bukan hanya mewakili sejarah Askar Amerika, tetapi ia juga hidangan menarik dan menjadi sup yang menyembuhkan mabuk bagi rakyat tempatan yang mungkin telah amat gemar untuk menikmati minuman keras Korea yang sangat terkenal, soju.

Berjalan lalu di kedai-kedai, gerai tepi jalan, dan kedai-kedai makan di Uijeongbu, setiap orang pasti akan terlihat tingkap restoran Budae Jjigae dan memerhatikan kuahnya disediakan oleh chef Korea. Hidangan yang mudah, tetapi sedap. Walaupun ramai warga tua Korea melihat Budae Jjigae sebagai memori mengenai konfrontasi Askar Amerika dan kemusnahan yang dibawa masuk ke dalam dan di seluruh negara mereka. Generasi muda pula telah menganggap hidangan ini mengumpulkan ahli keluarga dan rakan-rakan bersama-sama untuk menikmati sup pedas dengan daging lembu dan mi yang dapat dimakan sepanjang tahun, tetapi amat lazat sepanjang bulan-bulan musim sejuk, kerana ia memanaskan badan dan mengisi perut.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "수도권III 우리 동네 명물 송탄의 부대찌개". The Chosun Ilbo (dalam bahasa Korean). 3 December 2009. Dicapai pada 1 April 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ Lee, Hyo-won (24 June 2010). "Life post-June 25, 1950: Korean War's impact on local diet & fashion". Korea Times. Dicapai pada 1 April 2013.
  3. ^ Williamson, Lucy (19 September 2013). "Why is Spam a luxury food in South Korea?". BBC News. Dicapai pada 19 September 2013.
  4. ^ "Korean Food: Stews". Life in Korea. Dicapai pada 1 April 2012.
  5. ^ Lee Yong-sung; Kim Hyun-chul (30 December 2004). "From Trash to Delicious Treasure". The Korea Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-01-13. Dicapai pada 1 April 2012.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  6. ^ Kang, Michelle (16 November 2012). "Grandma bone soup is not what you think it is". Joongang Daily. Dicapai pada 1 April 2013.
  7. ^ "Uijeongbu restaurant owners take pride in army base stew". Korea Times. 26 June 2012. Dicapai pada 1 April 2013.
  8. ^ Kim, Violet (6 April 2012). "Food map: Eat your way around Korea". CNN Travel. Dicapai pada 2012-04-12.

Pautan luar sunting