Budaya kapitalisme

Budaya Kapitalis adalah terma yang digunakan untuk merujuk kepada beberapa perkara; cara hidup rakyat yang hidup di dalam masyarakat kapitalis, kesan ekonomi kapitalis secara global atau negara terhadap penduduk, dan pemikiran perniagaan yang diterapkan terhadap individu yang memakmurkan sistem ekonomi kapitalis.[1]

Ciri-ciri utama pemikiran ini adalah kepercayaan terhadap segala aktiviti perniagaan yang melibatkan pencarian keuntungan secara maksima tanpa atau sedikit campurtangan dari kerajaan dan masyarakat. Aktiviti perniagaan adalah keutamaan bagi sistem manakala kerajaan bukanlah penggerak utama dalam sistem tetapi sekadar berfungsi sebagai penyokong terhadap aktiviti perniagaan serta meningkatkan fungsi-fungsi yang dapat menyumbang kepada peningkatan aktiviti perniagaan.[2][3]


Rujukan sunting

  1. ^ Robbins, Richard (2005). Global Problems and the Culture of Capitalism. Pearson. m/s. 13. ISBN 978-0205917655. The culture of capitalism is devoted to encouraging the production and sale of commodities. For capitalists, the culture encourages the accumulation of profit; for laborers, it encourages the accumulation of wages; for consumers, it encourages the accumulation of goods. In other words, capitalism defines sets of people who, behaving according to a set of learned rules, act as they must act
  2. ^ Ed Rooksby (2010). "Who's correct about human nature, the left or the right?". The Guardian. Dicapai pada 20 November 2010.
  3. ^ Bruce Thornton (2016). "Two sheers for capitalism". Frontpage Magazine. Dicapai pada 24 February 2016.

Pautan luar sunting