Koordinat: 5°50′16″N 101°54′10″E / 5.837647°N 101.902914°E / 5.837647; 101.902914 Bukit Bunga merupakan sebuah pekan terkenal dengan hab membeli-belah yang terletak dibawah pentadbiran dan penguasaan pihak berkuasa jajahan Tanah Merah, ada juga penduduk menanggap pekan ini adalah dalam jajahan Jeli kerana pekan ini dibawah Parlimen Jeli. Bukit Bunga turut menjadi tumpuan para pelancong sama ada luar mahupun dalam negeri kerana disini banyak barangan dari Negara Thai dibawa masuk dan diniagakan disini dengan harga yang berpatutan Kelantan yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand. Merentasi sempadan ialah Ban Buketa yang terletak di Amphoe Waeng, Wilayah Narathiwat.[1]

Sejarah Bukit Bunga sunting

Bukit Bunga mendapat namanya sempena kehadiran pelbagai jenis bunga terutama bunga kemboja yang banyak didapati di atas sebuah bukit berhampiran suatu masa dahulu.

Bunga bunga tersebut dikatakan ditanam oleh seorang raja dari Pattani yang berpindah bersama keluarganya dan telah mendirikan tempat kediaman barunya di atas bukit berkenaan pada awal kurun ke-19.

Terdapat juga versi lain mengenai asal nama bukit tersebut yang dikatakan berasal daripada peristiwa seekor gajah bernama Merbunga yang mati di atas bukit tersebut.

Para penduduk kemudiannya memanggil tempat gajah mati tersebut sebagai Bukit Bunga, namun bukit dikatakan menjadi tempat gajah itu mati telah dijadikan tapak Balai Polis Bukit Bunga.[2]

Kemudahan sunting

  • Dataran Bandar Baru Bukit Bunga
  • Kompleks Niaga Tok Wan Mat (Pasaraya Pantai Timor, Pasaraya KU)
  • Hentian Rehat Dan Rawat Bukit Bunga - diuruskan oleh Majlis Amanah Rakyat
  • Plaza IMT-GT dan Pasar Awam Bukit Bunga
  • Kompleks Imigresen Kastam dan Kuarantin (ICQS) Bukit Bunga

Rujukan sunting