Bukit Gantang merupakan mukim dalam daerah Larut dan Matang, negeri Perak Darul Redzuan, Malaysia. Mukim Bukit Gantang terletak di bawah pentadbiran Daerah Larut, Matang dan Selama.[1] Mukim ini terletak bersempadanan dengan Mukim Kampung Buaya, Daerah Kuala Kangsar yang memisahkannya dengan sebuah bukit yang dikenali sebagai Bukit Berapit. Terletak pada koordinat 4° 47' 0" Utara, 100° 46' 0" Timur. Kampung Bukit Gantang berhampiran Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan dengan Changkat Jering, Kampung Cheh, Matang, Padang Rengas, Kuala Sepetang dan lain-lain.

Bukit Gantang
Bukit Gantang is located in Bumi
Bukit Gantang
Bukit Gantang (Bumi)
Koordinat: 4°47′00″N 100°46′00″E / 4.7833°N 100.7667°E / 4.7833; 100.7667
Negara Malaysia
Negeri Perak Darul Ridzuan
DaerahLarut, Matang dan Selama
Aras
35 m (115 ft)

Nama gantang diambil daripada nama bukit, ditemui sejenis alat yang dinamakan gantang.[perlu rujukan] Gantang ialah sejenis alat untuk mengukur jumlah beras atau padi. Bentuknya seperti bentuk tong susu tepung Nestle yang bersaiz 2 kilo. Saiz yang lebih kecil ialah cupak. 4 cupak bersamaan 1 gantang.

Kawasan ini merupakan kawasan pertanian khususnya padi sawah , getah, kelapa sawit dan buah-buahan. Bukit Gantang mendapat julukan 'Tropical Fruit Village'. Hampir keseluruhan penduduknya terdiri daripada orang Melayu.

Sejarah awal Bukit Gantang sunting

Satu ketika dahulu, Bukit Gantang pernah dijadikan sebagai sebuah pusat pentadbiran Jajahan Larut oleh Long Jaafar setelah dilantik sebagai Ketua daerah Larut[2] melalui perlantikan oleh ayahandanya Syed Alang Alauddin ibni Sultan Mudzaffar Syah III[3], Maharaja Benua Islam Siam Kedah pada tahun 1856. Syed Alang Alauddin juga bergelar Panglima Bukit Gantang.

Long Jaafar telah mendirikan sebuah kubu pertahanan di Pekan Bukit Gantang bagi menangkis serangan dari Thai dan Kedah semasa zaman pertengahan dahulu. Kota ini juga telah menyaksikan peperangan antara Thai dan Kedah terhadap Kerajaan Negeri Perak dan menyaksikan pertahanan utara negeri Perak jatuh kepada Thai dan Kedah yang mengakibatkan angkatan perang Perak terpaksa berundur ke Kuala Kangsar sebelum perjanjian damai antara Thai dan Perak ditandatangani.

Peperangan Siam dan Perak sunting

Peperangan ini berlaku adalah disebabkan keengganan Kerajaan Perak menghantar Bunga Emas kepada Siam yang menyaksikan bahawa Kerajaan Perak berada dibawah naungan Siam. Walau bagaimanapun, Kerajaan Perak tidak mengiktirafkan. Sultan Kedah telah diarahkan oleh Kerajaan Siam untuk menyerang Kerajaan Perak kerana pada ketika itu Kerajaan Kedah berada dibawah jajahan Siam. Terdahulu dalam tahun 1767, Kerajaan Siam Ayutthaya telah ditawan oleh Sukhuthai dari Lannathai yang beragama Buddha. Dan selepas kejatuhan Kerajaan Islam Patani ke tangan Siam.

Zaman Keemasan Bukit Gantang sunting

Semasa dibawah era pemerintahan Long Jaafar, Bukit Gantang telah dibangunkan dengan pelbagai kemudahan awam seperti bangunan - bangunan kedai, pejabat - pejabat orang besar jajahan, Stesen Keretapi Bukit Gantang dan laluan jalanraya yang menghubungkan Bukit Gantang dengan Sg. Limau yang pada ketika itu dijadikan sebagai pelabuhan utama Jajahan Larut.

Pada masa itu, pendapatan utama bagi Jajahan Larut adalah perlombongan bijih timah yang diusahakan di Taiping yang kebanyakkannnya diusahakan oleh imigran Cina Manchu Islam dari kumpulan Hai San dan Ghee Hin yang beragama Buddha dari Pulau Pinang melalui perjanjian dan konsesi yang dianugerahkan kepada mereka oleh Long Jaafar.

Stesen Keretapi yang pertama dibuat di Tanah Melayu adalah antara Taiping - Port Weld pada tahun 1885.[4]

Zaman Kesuraman Bukit Gantang sunting

Apabila Syed Alang Alauddin mangkat dalam tahun 1862, Long Jaafar telah dilantik menjadi Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah bergelar Sultan Jaafar Mudazam Syah. Baginda kemudiannya melantik Ngah Ibrahim untuk menggantikan tempatnya sebagai Raja Larut. Ngah Ibrahim telah memindahkan Pusat Pentadbiran Jajahan Larut dari Bukit Gantang ke Matang kerana berpendapat bahawa Bukit Gantang terletak agak jauh dari Taiping.

Ketika Pusat Pentadbiran Jajahan Larut di Matang, Ngah Ibrahim telah menjadikan Pelabuhan Kuala Sepetang sebagai pelabuhan laut baru bagi menggantikan Pelabuhan Sungai Limau. Walau bagaimanapun, pergolakan dan campurtangan penjajah Inggeris telah bermula semasa era pemerintahan Ngah Ibrahim yang menyaksikan beliau telah dihukum buang negeri kerana terlibat dengan komplot pembunuhan Residen British yang Pertama di Perak iaitu Sir James Birch. Pada ketika ini, Bukit Gantang hanya menjadi sebuah Pekan Kecil yang mempunyai tinggalan - tinggalan sejarah seperti Kota Bukit Gantang, Tapak Stesen Keretapi Bukit Gantang, Makam Long Jaafar dan ahli - ahli keluarganya, Pejabat Penghulu serta makam - makam lama.

Wakil rakyat sunting

Kampung sunting

Antara kampung di sini ialah:

  • Kampung Bukit Gantang
  • Kampung Lorde
  • Kampung Seberang Ampang
  • Kampung Pauh
  • Kampung Senduk
  • Kampung Cheh
  • kampung Cheh Ulu
  • Kampung Changkat Ibol
  • Kampung Berchat
  • Kampung Banggol Rendang
  • Kampung Kubu
  • Kampung Chengal Jantan
  • Kampung Jelutong
  • Kampung Sungai Petai
  • Kampung Tengah
  • Kampung Dusun Batak
  • Kampung Bendang Nibung
  • Kampung Bukit Geligis
  • Kampung Banggol Nering
  • Kampung Batu Sebelas
  • Kampung Batu Lapan Bendang Siam
  • Kampung Cangkat Jering
  • Kampung Paya

Masjid sunting

Sekolah sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Toponymic Guidelines for Map and Other Editors for International Use" [Dokumen Toponimi Bagi Editor Peta Dan Lain-Lain Untuk Kegunaan Antarabangsa] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi. 2017. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-05-23. Dicapai pada 22 Mei 2021.
  2. ^ Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, Volume 26, Royal Asiatic Society of Great Britain and Ireland. Malaysian Branch, Singapore
  3. ^ The Malaysia's Royal-Pengesahan nama sultan dan jawatan Panglima Bukit Gantang (1857 - 1865)
  4. ^ Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, Royal Asiatic Society of Great Britain and Ireland. Malaysian Branch, Singapore, Project Muse, Vol. 3, pt. 2 comprises a monograph entitled: British Malaya, 1864-1867, by L.A. Mills, with appendix by C. O. Blagden, 1925.

Pautan luar sunting