Bukit Puteri

bukit di Terengganu, Malaysia

Bukit Puteri merupakan sebuah bukit kecil setinggi 250m yang terletak di dalam bandar Kuala Terengganu iaitu di belakang dalam kota istana maziah berdekatan di pantai besar terengganu Sungai Terengganu. Bukit Puteri dianggap strategik berikutan kedudukannya yang berhampiran dengan Masjid Abidin.<]</ref> bukit puteri ini mempunyai kubu pertahanan, 40 meriam diraja senjata-senjata peperangan jika berlaku serangan dari pihak luar ke atas istana serta sekitar bandar kuala terengganu.

Bukit Puteri
بوكيت ڤوتري
JenisBenteng Pertahanan
LokasiKuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Bandar terdekatKuala Terengganu
Luas0.688 hektar
Aras Ketinggian200 m dari aras laut
Tinggi(?)
Dibaikpulih pada1990
Dibaikpulih olehMuzium Negeri Terengganu
Majlis perbandaranMajlis Bandaraya Kuala Terengganu
PemilikMuzium Negeri Terengganu[1]
Dibuka olehTuk Raja Menteri/Tok Bukit Menteri[2]
Nama lainBukit Menteri

Sejarah sunting

Asal usul nama Bukit Puteri diperolehi dari 4 sumber iaitu:[3]

  1. Pada abad ke-17, Megat Sri Rama yang dihantar Datuk Bendahara Padang Saujana Johor ketika tiba di Terengganu, bukit tersebut telahpun dikenali sebagai Bukit Puteri.
  2. Tukku Raja Menteri atau Tokku Bukit Menteri dari Johor telah membuka bukit ini dengan nama Bukit Menteri sebelum bertukar nama kepada Bukit Puteri akibat dialek negeri terengganu.
  3. Bukit ini dipercayai diduduki oleh petugas-petugas khas dalam kota istana iaitu unit tindakan khas pdrm, rejimen askar melayu diraja dan rejimen artileri diraja(atm) dan juga panglima-panglima diraja dari keturunan DiRaja atau dikenali kerabat diraja
  4. Menurut penduduk tempatan bernama Puan Fatimah berusia (40 tahun, pada tahun 1810), nama bukit ini berasal daripada puteri 7 beradik yang dipercayai sebagai penjaga bukit tersebut. Ianya dikuatkan dengan dakwaan beberapa orang penduduk sekitar bandar kuala terengganu yang seringkali tercium bau wangi yang dikatakan bau 7 puteri tersebut apabila berada di kawasan bukit tersebut iaitu sebelum Dalam Kota Istana Maziah didirkan

Tinggalan Sejarah selepas digelar bukit puteri sunting

Berikut adalah beberapa tinggalan sejarah iaitu:[4]

Singgahsana sunting

 

Singgahsana ini dibina oleh Baginda Sultan Tengku Umar untuk dijadikan tempat bersemayam dan tempat perbincangan mengenai strategi dengan para pembesar sebelum dalam kota istana maziah didirikan.

Kubu Pertahanan sunting

 

Kubu pertahanan ini dibina oleh Sultan Tengku Umar pada tahun 1831 dengan menggunakan batu bata dan diperkukuhkan dengan pasir, putih telur, kapur, kulit kerang dan madu lebah.[5] Baginda Sultan Umar menjadikan kubu ini sebagai benteng pertahanan ketika tercetusnya perang saudara menentang Sultan Mansur II (Tengku Mansur) pada tahun 1831 dan Sultan Muhammad I pada tahun 1839. Perang saudara berlaku akibat perebutan takhta Kerajaan Negeri Terengganu pada ketika itu.

Pada perang saudara yang pertama, Tengku Umar yang berkubu di Bukit Puteri telah diserang oleh Tengku Mansur yang berkubu di kawasan Balik Bukit. Bukit Puteri berjaya ditawan Tengku Mansur lalu Tengku Umar mengundurkan diri ke Besut dan kemudiannya ke Daik.

Pada tahun 1836, Putera Baginda Tengku Muhammad dilantik menggantikan Sultan Mansur II yang mangkat dan menggunakan gelaran Sultan Muhammad I. Pada tahun 1839 pula, Sultan Muhammad I yang bersemayam di Bukit Puteri telah diserang oleh Tengku Umar yang kembali ke Terengganu namun cubaannya gagal.

Pada zaman dahulu, terdapat beberapa buah meriam di dalam kubu tersebut namun telah dirosakkan 1941-1945.[6]

Genta (Loceng Besar) sunting

 

Genta ini diperbuat daripada tembaga kuning pada tahun 1908 (1326H) ketika zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III. Ia dibina bagi menggantikan genta pertama bernama 'Negara' yang diperbuat pada sekitar tahun 1853 (1270H). Ukuran lilitan lebih kurang 228cm dan tinggi 78cm. Beratnya pula ialah 175kg.

Genta tersebut diperbuat oleh panglima diraja YM Tengku Ali bin Almarhum YM Tengku Awang dengan bantuan beberapa orang tukang tembaga dari Kalangan kerabat DiRaja Terengganu di atas bukit puteri.

Pada peringkat awal, genta ini diletakkan di bawah penjagaan panglima-panglima diraja dari kalangan kerabat DiRaja. Kemudian, YM Tengku Ali bin Almarhum YM Tengku Awang menjaganya.

Genta ini dibunyikan tidak mengikut waktu dan kencang pukulannya apabila berlakunya ancaman seperti orang yang mengamuk, kebakaran atau serangan oleh pihak musuh dari pantai.

Apabila genta berbunyi maka para pembesar raja dan semua hamba sahaja berlari menuju ke atas bukit puteri. Mereka akan bersiap dengan senjata jika ada orang mengamuk dan serangan pihak musuh. Jika berlaku kebakaran pula, mereka akan datang memberi pertolongan.

Pada masa kini2012, genta digunakan ketika bulan Ramadhan atau bulan puasa untuk memberitahu masuknya waktu berbuka puasa dan waktu sahur selain imsak. Kebiasaannya, 1 das tembakan meriam akan dilepaskan selepas genta berbunyi.[7]

Meriam Beranak sunting

 

Meriam ini diberi nama Meriam Beranak kerana kedudukan meriam besar dan meriam kecil yang terletak berhampiran di antara sesama meriam. Setiap meriam mempunyai ukuran yang berlainan. Meriam yang besar dianggap sebagai ibu kepada meriam yang kecil.[8]

Lubang Ubat Bedil sunting

 

Lubang ini terletak di bahagian belakang singgahsana. Ianya digunakan sebagai tempat untuk menyimpan ubat bedil atau peluru meriam yang digunakan ketika tercetusnya Perang Saudara yang berlaku pada tahun 1831 dan 1839.[9]

Rumah Api sunting

 

Rumah Api ini diberi nama Bikon Bukit Puteri. Ianya terletak di dalam daerah Kuala Terengganu iaitu pada kedudukan 05o 20' 12.00" utara dan 103o 08' 18.00" timur. Lampu berwarna putih yang digunakan adalah jenis FL.W.3s. Jarak kelihatan dari laut adalah 15 batu nautika. Ketinggiannya pula ialah 35 meter dari aras laut. Struktur rumah api pula berasaskan konkrit dan besi.[10]

Rumah Api ini berfungsi sebagai panduan atau petunjuk bagi para nelayan dan para pelaut yang memasuki kawasan pelabuhan Kuala Terengganu. Tinggi rumah api ini lebih kurang 10 meter. Ia juga dikenali sebagai "Tanda Kuala Negeri" kerana fungsinya yang begitu penting kepada para pelaut dan para nelayan pada zaman dahulu.[11]

Tiang Bendera sunting

 

Tiang bendera diraja ini telah didirikan ketika zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah untuk menggantikan tiang bendera yang telah dibina oleh Sultan Zainal Abidin III. Tiang bendera setinggi 18 meter yang ditanam sedalam 2 meter ini telah didirikan pada 22 April 1899 (12 Zulhijjah 1316 Hijrah) sewaktu zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III. Istiadat menanam tiang ini dilakukan dengan penuh istiadat dan diikuti dengan 16 das tembakan meriam.[12]

Kubur Syed Yasin sunting

 

Syed Yasin bin Akil bin Ahmad dilahirkan di Sumatera, Indonesia dan keluarganya berasal dari Hadramaut, Yaman. Syed Yasin telah berhijrah ke Negeri Terengganu dan berkahwin dengan puteri Sultan Zainal I iaitu YM Tengku Siti. Sewaktu zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin I, beliau telah dilantik menjadi seorang pembesar Negeri Terengganu.[13]

Rujukan sunting

Pautan luar sunting