Buku lima ialah sejenis senjata berbentuk penumbuk yang mempunyai mata berbucu dan digenggam di tangan. Buku lima mudah dibawa ke mana-mana kerana boleh disimpan di poket belakang. Senjata ini digunakan untuk mempertahankan diri daripada serangan musuh secara tiba-tiba.

Buku lima pola klasik

Sejarah dan variasi sunting

Senjata gaya cincin logam dan buku lima wujud sejak zaman purba dan telah digunakan di seluruh dunia selama beratus-ratus tahun. Nihang Singhs menggunakan variasi awal yang digelar Sher Panja pada abad ke-18. Buku jari besi tuang, tembaga, plumbum, dan kayu telah dihasilkan di Amerika Syarikat semasa Perang Saudara Amerika (1861-1865). Askar selalu membeli buku jari besi tuang atau tembaga. Jika mereka tidak dapat membelinya, mereka sendiri akan mengukir dari kayu, atau membuatnya di kem dengan meleburkan plumbum peluru dan menggunakan acuan tanah.[1]

Sesetengah buku lima memiliki cecincin bulat, yang meningkatkan kesan pukulan. Peralatan lain (biasanya tidak dianggap sebagai "buku lima tembaga" atau "buku lima logam" sebenar) dan mungkin mempunyai pancang, mata tajam dan pisau pemotong. Alat-alat ini wujud dalam pelbagai variasi dan dipanggil dengan pelbagai nama, termasuk "pisau sendi (knuckle knives)."

Menjelang abad ke-19, knuckledusters telah dimasukkan ke dalam pelbagai jenis pistol seperti revolver Apache yang digunakan oleh penjenayah di Perancis pada akhir abad ke-19 awal abad ke-20.[2] Semasa Perang Dunia I, pihak Tentera Amerika Syarikat mengeluarkan dua jenis pisau buku yang berbeza, model AS 1917 dan AS model 1918 pisau parit ("trench knives") Mark I. Buku lima dan pisau buku juga turut dihasilklan di England pada masa itu dan dibeli secara peribadi oleh tentera British. Menjelang Perang Dunia Kedua, buku jari dan pisau buku juga agak popular dikalangan kedua-dua tentera Amerika dan British. Model 1918 pisau parit telah diterbit semula bagi pasukan payung Amerika. Komando British juga mempunyai pisau buku Kepala Maut sendiri, menonjolkan pemegang buku lima berbentuk tengkorak tembaga.

Sebuah pisau buku ketara yang masih digunakan adalah Cuchillo de Paracaidista, yang dikeluarkan kepada pasukan payung Argentina.[3] Keluaran model semasa mempunyai bilah kecemasan di palang pemegang ("crossguard") itu. [4]

 
Buku lima yang dibawa pengawal peribadi Abraham Lincoln semasa menaiki kereta api melalui Baltimore.

Perundangan dan taburan sunting

Di Malaysia, mereka yang menyalahgunakan buku lima dan mencederakan orang lain boleh didakwa mengikut Seksyen 326, Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.[5]

Di Kanada, buku lima, juga dipanggil "monyet tembaga", dan senjata lain sepertinya disenaraikan sebagai senjata haram.[6] Perundangan yang sama turut dilaksanakan di Russia dan Australia.

Di Perancis, buku lima adalah sah, dan dijual bebas pada mereka usia sah (melebihi 18 tahun), tetapi membawanya adalah diharamkan. Istilah Perancis "poing américain", yang secara harafian bererti "penumbuh Amerika".[7]

Di Sweden, buku lima adalah sah dibeli dan dimiliki (bagi mereka berusia lebih 21 tahun), tetapi tidak sah dijual atau di bawa di tempat umum. Membawa buku lima tembaga membawa hukuman yang sama seperti membawa pisau, dan jatuh di bawah perundangan yang sama. Ia dikenali sebagai "knogjärn", harafiah "buku besi".

Di Brazil, buku jari tembaga adalah sah dan bebas dijual. Ia dikenali sebagai "Soco ingles," yang bermaksud "Tumbukan Inggeris."

Buku lima adalah haram di United Kingdom,[8] Norway, Portugal, Spain,[9] Austria, Croatia,[10] Jerman, Belgium, Bosnia dan Belanda, membawa hukuman penjara berat dan denda bagi memiliki senjata merbahaya.

Di Amerika Syarikat, buku jari tembaga tidak dikawal selia secara ketara di peringkat persekutuan, tetapi pelbagai negeri, daerah dan bandar memiliki undang-undang melarang pembelian dan/atau pemilikan mereka. Beberapa undang-undang negeri memerlukan pembeli untuk berusia 18 tahun atau lebih. Kebanyakan negeri mempunyai undang-undang yang mengawal selia senjata dibawa, dan banyak secara khusus melarang buku lima atau "buku lima logam." Di mana ia adalah sah, buku lima biasanya boleh dibeli dalam talian atau di pasar lambat, pertemuan bertukar barang, dan di beberapa kedai pedang dan senjata. Sesetengah syarikat mengeluarkan kepala tali pinggang atau pemberat kertas berlainan yang berfungsi sebagai buku lima tembaga dan dijual "untuk tujuan hiburan sahaja," [11] kedudukan perundangan yang mencurigakan. Buku lima yang diperbuat daripada plastik keras, dan bukan logam, telah dipasarkan sebagai "tidak dapat dikesan oleh pengesan logam lapangan terbang." [12] Sejumlah negeri telah mengharamkan buku lima juga turut mengharamkan buku lima plastik. Statut undang-undang jenayah New York menyenaraikan kedua-duanya "buku lima logam" dan "buku lima plastik" sebagai senjata yang dilarang, tetapi tidak menyediakan definisi untuknya. [13] Texas tidak membezakan berkenaan bahan pembuatan, menjadikan permilikan "buku lima" asebagai kesalahan Kelas A. Khususnya, Texas menjadikan ia satu jenayah bagi memiliki, menghasilkan, mengangkut, membaiki, atau menjual senjata (termasuk buku lima) dengan niat atau mengetahui mengenainya.[14]

Rujukan sunting

  1. ^ Photo site with picture and description
  2. ^ Weapon auction site with pictures and descriptions
  3. ^ http://bacotacticoscuchillos.blogspot.com/2010/04/yarara-paracaidista-argentina.html
  4. ^ http://i41.tinypic.com/bdumxl.jpg
  5. ^ Penghantar Surat Mengaku Cederakan Penganggur Guna Buku Lima Bernama
  6. ^ Department of Justice Canada (1998-12-01). "Part 3. Section 15.". Regulations Prescribing Certain Firearms and other Weapons, Components and Parts of Weapons, Accessories, Cartridge Magazines, Ammunition and Projectiles as Prohibited or Restricted (SOR/98-462). Diarkibkan daripada yang asal |archive-url= requires |url= (bantuan) pada 2011-06-05. Unknown parameter |chapterurl= ignored (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)
  7. ^ Pocket Oxford-Hachette French Dictionary. Oxford: Oxford University Press. 2005. ISBN 978-0-19-861071-7.CS1 maint: postscript (link)
  8. ^ "Criminal Justice Act 1988 (Offensive Weapons) Order 1988", legislation.gov.uk (dalam bahasa Inggeris), Arkib Negara, SI 1988/2019
  9. ^ "Reglamento de Armas". noticias.juridicas.com. Dicapai pada 20 August 2012.
  10. ^ "Zabranjeno oružje - idealan dar: kupite bokser za samo 350 kuna". Novi list (dalam bahasa Croatian). 18 February 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-13. Dicapai pada 11 February 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. ^ "14,000 Brass Knuckles Found Disguised As Belt Buckles". Local 6 News. WKMG-TV. 10 April 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-27. Dicapai pada 8 November 2008. External link in |work= (bantuan)
  12. ^ ABC News: "New Undetectable Weapon Could Slip By Security At Airports This Summer"
  13. ^ "New York Penal Law sections 265.00 and 265.01". Dicapai pada 4 March 2013.
  14. ^ "Texas Penal Code § 46.05. PROHIBITED WEAPONS". law.onecle.com. 11 August 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-14. Dicapai pada 4 March 2013.