Bulan biru bukanlah menunjukkan keadaan bulan yang berwarna biru tetapi istilah yang diberikan bagi bulan mengambang yang jarang. Kebanyakan tahun akan mempunyai dua belas kali fenomena bulan mengambang yang berlaku lebih kurang sekali sebulan, tetapi setiap tahun kalendar Masihi mempunyai 12 kitaran bulan dan lebih 11 hari. Maka, apabila hari yang lebih itu dikumpul, maka, setiap dua atau tiga tahun sekali akan mempunyai tambahan bulan mengambang (setiap 2.72 tahun) dan keadaan ini dinamakan "bulan biru".

Istilah bulan biru (atau blue moon) sering digunakan dalam metafora yang menunjukkan keadaan jarang berlaku, seperti dalam peribahasa Inggeris "once in a blue moon" (sekali dalam bulan biru).

  • Masyarakat dahulu akan memberikan setiap bulan nama mengikut kemunculannya pada tahun tersebut. Bulan yang datang terlalu awal tidak mempunyai nama - dan dipanggil bulan biru.
  • Almanak Petani mentakrifkan bulan biru sebagai bulan mengambang tambahan yang muncul dalam satu musim, satu musim ditakrifkan sebagai tiga bulan mengambang. Jika musim itu mempunyai empat bulan mengambang, maka bulan mengambang yang ketiga dinamakan bulan biru.
  • Dalam separuh kedua abad kedua puluh, takrifan biasa bagi bulan biru merupakan bulan mengambang kedua dalam bulan Masihi (ini adalah salah faham dari Almanak Petani Main pada 1946 yang kemudiannya diterima pakai dan dicerap pada 1999).

Bulan juga mampu kelihatan kebiru-biruan jika mempunyai gangguan atmosfera.

Bulan biru antara 2005 dan 2015 sunting

Berikut merupakan ramalan bagi fenomena bulan biru antara 2005 dan 2015. Tarikh ini menggunakan zon masa UTC, bulan mungkin berubah mengikut zon masa.

Dengan menggunakan takrifan Almanak Petani, (iaitu bulan mengambang ketiga dalam satu musim yang mempunyai empat bulan mengambang), bulan biru akan berlaku pada:

Jika takrifan "Kalendar Bulan Biru" (1946-1999) digunakan (iaitu bulan mengambang kedua dalam mana-mana bulan), maka bulan biru akan berlaku pada [1]:

Kita telah kehilangan takrifan bagi "bulan biru tahunan", aitu bulan mengambang ke-13 dalam tahun yang biasanya mempunyai 12 sahaja, atau, bulan mengambang ke-13 dalam mana-mana tahun (iaitu pada hujung tahun).

Perhatikan pada tahun 2018 (begitu juga 2037, 1961, 1942, 1999 dll.) akan mempunyai bulan hitam (tiada bulan mengambang dalam bulan Februari) akibat bulan biru dalam bulan Januari dan Mac.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting