Bulan cahaya ialah unit jarak. Ia yang ditakrifkan sebagai jarak yang direntasi cahaya dalam vakum dalam satu bulan penuh (tiga puluh hari dengan setiap hari 86,400 saat) atau 777,062,051,136,000 meter (~777 Tm).

Penjelasan sunting

Perhatikan bahawa nilai ini ialah nilai tepat, kerana meter ditakrifkan dalam kelajuan cahaya. Walau bagaimanapun, sejak istilah "bulan" boleh difahami mengikut beberapa cara berbeza, penggunaan unit tidak disyorkan.

Bulan cahaya jarang digunakan kerana tidak banyak objek astronomi pada jarak magnitud itu; orbit objek Sistem Suria lebih baik diukur dalam hari cahaya atau jam cahaya, manakala jarak antara bintang diukur dalam tahun cahaya. Bagaimanapun, terdapat pengecualian, awan Oort contohnya, terletak 10 hingga 20 bulan cahaya dari Matahari.

Lihat juga sunting