Dalam astronomi, istilah bulan hitam tidaklah begitu sering digunakan. Maka, ia tidak mempunyai takrifan tertentu, tetapi mampu digunakan dalam empat situasi berbeza:

Takrifan Keadaan (UTC)[1][2] Notes
Sebelum Selepas
1. Kemunculan kedua anak bulan dalam bulan kalendar.[3] 30 Ogos 2008, 19:58 UTC 30 Julai 2011, 18:40 UTC Tidak boleh berlaku dalam bulan Februari. Menyerupai takrifan bagi bulan biru untuk dua bulan mengambang.
2. Anak bulan ketiga dalam satu musim yang mempunyai empat anak bulan. 23 Ogos 2006, 19:10 UTC 20 Mei 2012, 23:47 UTC Menyerupai takrifan Almanak Petani bagi bulan biru yang muncul dalam musim yang mempunyai empat bulan mengambang.
3. Ketiadaan bulan mengambang dalam satu bulan. Februari 1999 Februari 2018 Hanya berlaku pada Februari. Januari dan Mac masing-masing mempunyai bulan mengambang kedua (bulan biru secara kalendar).
4. Ketiadaan anak bulan dalam satu bulan. Februari 1995 Februari 2014 Hanya berlaku pada Februari. January dan masing-masing mempunyai anak bulan kedua (lihat takrifan 1).

Nama lain sunting

Dalam mitos dan dongeng orang tua, setiap bulan mengambang mempunyai namanya yang tersendiri. Terdapat pelbagai nama tetapi berikut antara yang sering digunakan:

  • Januari - Bulan serigala
  • Februari - Bulan ais
  • Mac - Bulan ribut
  • April - Bulan menumbuh
  • Mei - Bulan arnab
  • Jun - Bulan wain madu
  • Julai - Bulan jerami
  • Ogos - Bulan jagung
  • September - Bulan menuai
  • Oktober - Bulan pemburu
  • November - Bulan salji
  • Disember - Bulan musim dingin

Bulan mengambang ketiga dalam bulan yang mempunyai empat bulan mengambang dipanggil bulan biru seperti yang ditakrifkan oleh Almanak Petani Maine. Sehingga kini, sering disalah faham yang bulan mengambang kedua adalah bulan biru. Walau bagaimanapun, Majalah "Sky & Telescope" telah mencerap dan melaporkan dengan silap bahawa makna bulan biru adalah bulan mengambang penuh yang kedua dalam isu tahun 1946 dan diguna oleh media lain.

Dalam sesetengah budaya, individu yang tarikh lahirnya jatuh pada atau berhampiran bulan mengambang harus menyediakan kenduri untuk komuniti.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Phases of the Moon". U.S. Naval Observatory, Astronomical Applications Department. Dicapai pada 8 Oktober 2008.
  2. ^ "Earth's Seasons". U.S. Naval Observatory, Astronomical Applications Department. Dicapai pada 8 Oktober 2008.
  3. ^ Odenwald, Sten. "Is there a name for the second New Moon in a month?". Ask the Astronomer. Dicapai pada 2008-10-08.