Bunohan (filem)

Filem Malaysia 2012 arahan Dain Iskandar Said

Bunohan merupakan sebuah filem drama aksi Malaysia 2012 yang mula ditayangkan di pawagam pada 8 Mac 2012. Filem arahan Dain Said menampilkan Faizal Hussein, Zahiril Adzim dan Pekin Ibrahim sebagai pelakon utama filem ini. Filem ini merupakan filem kedua Dain selepas Dukun.

Bunohan
Poster keluaran tayangan.
PengarahDain Said
PenulisDain Said (cerita asal)
Lakon layarDain Said
Dihasilkan olehNadita Solomon
Dibintangi
SinematografiCharin Pengpanich
Disunting olehHerman Kumala Panca
Muzik olehTan Yan Wei
Syarikat
penerbitan
Apparat
Diedarkan oleh
  • Traction Media (Malaysia)
  • Easternlight Films (Antarabangsa)[1]
Tarikh tayangan
8 Mac 2012
Masa tayangan
97 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.81 Juta[2]
Pecah panggungRM780,000[3]

Bunohan telah menyertai Festival Filem Antarabangsa Toronto 2011 dan dipilih sebagai penyertaan rasmi Malaysia ke anugerah Oskar (Anugerah Akademi) 2012 untuk merebut kategori top 5 Filem Antarabangsa Terbaik. Filem ini akan berentap dengan 70 filem antarabangsa yang lain.[4]

Sinopsis sunting

Berlatarkan sebuah kampung di Kelantan, Bunohan menceritakan tentang 3 adik-beradik yang terasing – Adil, Bakar dan Ilham serta bapa mereka yang sakit. Selepas melarikan diri daripada pertarungan maut, Adil ‘Bunga Lalang’ seorang peninju tomoi, terpaksa melarikan diri pula daripada pembunuh upahan bernama Ilham. Kejar mengejar ini telah membawa mereka ke sebuah kampung bernama Bunohan. Apabila mereka bertembung, memori hitam mula menghimpit dan mereka berjumpa seorang guru yang ingin menjadi usahawan yang berjaya.

Kehadiran mereka bertiga di kampung Bunohan telah membangkitkan kembali kisah silam Pok Heng sebagai ayah kepada mereka bertiga. Setiap seorang dari mereka bergelut dengan ketenangan yang tidak tercapai , pengampunan ditenggelami kebencian yang membawa kepada kehilangan jiwa , pengkhianatan yang tidak berkesudahan dan pemBUNOHAN.

Pelakon sunting

Pembikinan sunting

Idea sunting

Idea menerbitkan filem ini telah lama dirancang sejak dahulu. Bermula dengan tajuk `Bunga Lalang’ bersempena nama panggilan Adil dalam gelanggang tomoi, akhirnya ditukar kepada nama `Bunohan’ berikutan latar tempat filem ini. Semasa melakukan penyelidikan, Dain selaku pengarah, telah menemui beberapa orang Kelantan. Mereka memberitahu beliau untuk pergi ke tempat dipanggil `Bunohe’ sebagaimana panggilan masyarakat Kelantan. Beliau pada mulanya tidak percaya. Namun beliau akhirnya telah melawat tempat itu sendiri atas cadangan penduduk tempatan.

Pemilihan Pelakon sunting

 
Faizal Hussein dan Dain Said ketika sesi pengambaran

Empat hingga lima tahun lalu, Dain mempelawa para pelakon untuk membintangi filemnya. Beliau tidak mempunyai ramai watak, tetapi sudah mengetahui pelakon yang bakal membawakan watak dalam filem tersebut. Beliau terus memilih Faizal Hussein sebagai Ilham, kerana beliau pernah bekerja denganya ketika pengambaran filem Dukun (telah diharamkan)

Bagi Faizal, beliau sudah mengetahui tentang tawaran filem ini sebelum pengambaran bermula. Beliau yang memegang watak sebagai pembunuh upahan begitu teruja untuk melakukan watak ini.

 
Pekin Ibrahim menjayakan watak Bakar, seorang anak yang tamak

Bagi watak Bakar, Dain menghadapi masalah kerana beliau buntu untuk mengambarkan cirri-ciri watak ini. Namun, beliau menemui pelakon yang sesuai untuk watak ini. Beliau memilih Pekin Ibrahim untuk membawa watak Bakar. Baliau yang dijadualkan untuk watak kecil selaku pelakon pembantu, berjaya mengagumkan Dain dan terus dianggakt selaku pembawa watak ini. Menurut Pekin, beliau menangis apabila mendapat watak ini, keranan beliau merasakan watak ini mencabar. Beliau membawa watak jahat secara bukan fizikal, sekali gus memberi cabaran buat beliau.

Watak orang Cina fasih loghat Kelantan bernama Jing menjadi salah satu cabaran buat Dain. Beliau mengakui terdapat ramai pelakon Cina berbakat, tetapi tidak ada yang menepati cirri-ciri watak tersebut. Beliau meninjau-ninjau di sekitar kawasan pengambaran dan akhirnya menemui Jimmy Lor. Beliau dilihat bersesuaian dan pernah bekerjasama dengan Faizal Hussein. Jimmy Lor merupakan seorang jurulatih seni mmpertahankan diri.

 
Zahiril Adzim dan Amerul ketika sesi pengambaran

Bagi menampakan susuk ubuh peninju tomoi, Zahiril Adzim selaku watak Adil, terpaksa meluangkan masa menjalani latihan tomoi pada bulan puasa. Beliau merasakan cabaran ketika membawakan watak ini. Beliau turut menyatakan bahawa setiap pelakon yang menjayakan adegan pergaduhan dimita melakukan pergaduahn secara betul. Namun, kecederaan yang dialami tidak membimbangkan.

Lokasi sunting

Pasukan produksi mengenalpasti empat lokasi untuk file mini, jika salah satu lokasi menghadapi masalah cuaca. Bahagian paya bakau diambil di sekitar Terengganu, dengan menggunakan daya kreatif Dain sendiri, bagi menampakan paya bakau sempadan Kelantan-Thailand.

Perjalanan produksi diburukkan dengan musim tengkujuh, menyebabkan pengambaran tergendala selama tiga hari. Kadang-kala, cuaca panas terik di paya bakau memberi cabaran buat pasukan produksi. Bagi adegan terakhir, dimana pertandingan tinju tomoi diadakan, mereka terpaksa melakukan dengan cepat kerana keadaan hujan yang tidak mengizinkan. Pengambaran dilakukan pada waktu malam.

Bagi sinematografi pula, Dain menggunakan khidmat Tong, selaku sinematograf dari Thailand. Beliau yang sudah lama mengharungi kesusahan pengambaran, tidak gentar dengan cuaca. Beliau sudah memudahkan kerja Dain dalam memastikan pengambaran berjalan lancar.

Masalah haiwan liar di kawasan pengambaran turut dialami oleh pelakon-pelakon filem ini. Ketika melakukan adegan di sungai, mereka diberitahu ada buaya di kawasan terebut. Namun, Dain menafikan. Beliau ingin memberitahu bahawa buaya telah lama pupus akibat pemburuan besar-besaran di kawasan tersebut. Apa yang lebih merisaukan ialah haiwan liar yang hidup di kawasan paya bakau itu. Beliau sudah melihat kawasan itu terlebih dahulu. Maka, beliau mengambil langkah keselamatan dengan menempatkan pasukan perubatan jika berlaku sesuatu yang tidak diingini dan menyuruh setiap krew memekik skuat hati apabila berlaku kecederaan. Selain itu, krew-krew membaca doa sebelum memulakan kerja-kerja pengambaran.

Penyuntingan sunting

Kerja-kerja penyuntingan dilakukan sebaik siab setiap babak. Bagi Dain, beliau menginginkan keadaan sebenar dan membuatkan penonton menghayati penceritaan dan alam semulajadi dalam filemnya.

Selain itu, kerja-kerja mengemaskini sistem bunyi dilakukan oleh pengarah sendiri. Bagi beliau, bunyi akan memberi makna kepada sesebuah cerita. Namun, beliau cuba mengimbangi supaya bunti tidak melebihi visual filem ini. Beliau turut meminta bantuan composer Tan Yan Wei (atau Yuan), bagi memberikan muzik yang tidak terlalu menjuruskan kepada muzik etnik. Namun, Yuan tidak sempat melihat hasil penuh file mini, kerana beliau meninggal dunia tidak lama setelah filem ini selesai.

Gangguan sunting

Filem ini turut memberikan seribu kisah misteri semasa pengambaran dilakukan. Krew dan pelakon menyatakan baha mereka diganggu oleh makhluk ghaib yang berada di kawasan tersebut[5].

Maklum Balas sunting

Ulasan sunting

Rata-rata ulasan mengenai filem ini ialah positif.John Anderson dari Variety mengulas filem ini sebagai "segar dengan sentuhan sihir, ganas dan wajar untuk dihasilkan semula untuk pasaran Amerika Syarikat."[6]John DeFore dari The Hollywood Reporter memuji filem ini sebagai "filem seni Malaysia".[7]Neil Miller dari Film School Rejects pula mengulas filem ini sebagai "...antara usaha terbaik Dain Said."[8]Peter Martin dari Twitch Film pula mengulas "...filem ini berhak untuk disaksikan dengan mata sendiri."[9]Ryland Aldrich dari portal yang sama pula memberi filem ini gred "B+".[10]Kong Way Yeng dari Time Out KL menggesa para penonton untuk "...membiarkan Dain Said membuat sihirnya yang tersendiri."[11]John Chew dari Esquire Malaysia memberi satu ayat untuk menggambarkan filem ini iaitu "filem epik Malaysia".[12]Howard Feinstein dari Filmmaker memberi filem ini gred "A-".[10]Muzaffar Mustapha dari Astro Awani pula mengatakan filem ini sebagai "...filem (Malaysia) terbaik yang pernah dihasilkan dalam tempoh dua dekad."[13]Kristin Dreyer Kramer dari portal masa lapang Nights and Weekends pula menggambarkan filem ini sebagai "pengambaraan filem yang menarik".[14]Fikri Jermadi dari portal perfileman Thoughts on Films menngulas filem ini sebagai "filem Malaysia yang menarik."[15]Shazryn Mohd.Faizal dari Utusan Malaysia pula menulis, "...filem ini berada di dalam kelasnya yang tersendiri."[16]Aidil Rusli dari The Malaysian Insider mengulas filem ini ialah "...penanda aras bagi industri perfileman tempatan."[17]

Jason Ratingan dari portal perfileman Just Press Play.net pula mengkritik filem ini kerana "...terlalu bercita-cita besar."[18]Casey Chong dari portal perfileman Moview Review mengulas filem ini sebagai "...jauh dari yang terbaik."[19]Niezam Abdullah dari mStar menggunakan dua perkataan untuk filem ini iaitu "semak" dan "sakit kepala".[2]Stijn Terrie dari portal hiburan Demening memberi filem ini dua bintang dari lima.[20]

Filem ini mendapat Anugerah NETPAC pada Festival Filem Taipei Golden Horse.[21]

Anugerah dan pencalonan sunting

Anugerah Kategori Penerima Keputusan
Anugerah Akademi ke-85[22] Filem Bahasa Asing Terbaik Dain Said Tidak Tercalon
Anugerah Skrin Asia Pasifik 2012[23] Sinematogrfi Terbaik Charin Pengpanich Tercalon
Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2013 Filem Terbaik (Drama) Apparat Sdn. Bhd Tercalon
Pengarah Terbaik Dain Said Tercalon
Fotografi Filem Terbaik Tercalon
Lakon Layar Terbaik Dain Said[24] Menang
Festival Filem Asia Pasifik ke-55[25] Filem Terbaik Apparat Sdn. Bhd Tercalon
Pengarah Terbaik Dain Said Tercalon
Festival Filem Malaysia ke-25 Filem Terbaik Apparat Sdn. Bhd Menang
Pengarah Terbaik Dain Said Menang
Lakon Layar Terbaik Dain Said Menang
Cerita Asal Terbaik Dain Said Menang
Pelakon Lelaki Terbaik Faizal Hussein Menang
Pekin Ibrahim Tercalon
Zahiril Adzim Tercalon
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Hushairy Hussein Tercalon
Amerul Affendi Tercalon
Skor Muzik Asal Terbaik Tan Yan Wei Menang
Penataan Bunyi Terbaik Raja Ahmad Shahidaly/Imaginex Studios Menang
Penataan Seni Terbaik Dain Said Menang
Anugerah Skrin 2012[26] [27] Filem Terbaik Apparat Sdn. Bhd Menang
Lakon Layar Terbaik Dain Said Menang
Pelakon Lelaki Terbaik Faizal Hussein Tercalon
Pengarah Terbaik Dain Said Tercalon
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2012[28] [29] Pengarah Terbaik Dain Said Menang
Pelakon Lelaki Terbaik Faizal Hussein Menang
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Wan Hanafi Su Tercalon
Pekin Ibrahim Tercalon
Hushairy Hussein Menang
Lakon Layar Terbaik Dain Said Tercalon

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Bunohan: Return to Murder (2011)". New York Times. Dicapai pada 2016-01-06. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  2. ^ a b Abdullah, Niezam (15 Mac 2012). "'Bunohan' Menyumbang 'Semak' Dan 'Sakit Kepala'". mStar. Dicapai pada 7 Januari 2016.
  3. ^ Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
    TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2012
  4. ^ "Bunohan calon awal Anugerah Academy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-10. Dicapai pada 2012-10-10.
  5. ^ Misteri mistik di sebalik filem 'Bunohan'
  6. ^ (Inggeris)Anderson, John (11 September 2011). "Review: 'Bunohan'". Variety. Dicapai pada 2016-01-06. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  7. ^ (Inggeris)DeFore, John (15 September 2011). "Bunohan: Toronto Review". The Hollywood Reporter. Dicapai pada 2016-01-06. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  8. ^ (Inggeris)Miller, Neil (26 September 2011). "Fantastic Review: 'Bunohan' is Familiar Drama Disguised as a Kick-Boxing Movie". Dicapai pada 2016-01-06. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  9. ^ (Inggeris)Martin, Peter (26 September 2011). "Fantastic Fest 2011: BUNOHAN Review". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 2016-01-06. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  10. ^ a b (Inggeris)"BUNOHAN". Indiewire.com. Dicapai pada 2016-01-06. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  11. ^ (Inggeris)Yeng, Kong Way. "Bunohan". Dicapai pada 2016-01-06. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  12. ^ (Inggeris)Chew, John (7 Mac 2012). "Review: Bunohan". Esquire. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-09. Dicapai pada 2016-01-06. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  13. ^ Mustapha, Muzaffar (2 Mac 2013). "Bunohan, ada semangat di sebalik kelir". Astro Awani. Dicapai pada 7 Januari 2016.
  14. ^ (Inggeris)Kramer, Kristin Dreyer. "Return to Murder (Bunohan)". Nights and Weekends.com. Dicapai pada 2016-01-06. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  15. ^ (Inggeris)Jermadi, Fikri (29 April 2012). "KILLING FIELDS – BUNOHAN". Dicapai pada 2016-01-06. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  16. ^ Mohd.Faizal, Shazryn (9 Mac 2012). "Bunohan memang kelas A!". Utusan Malaysia. Dicapai pada 7 Januari 2016.[pautan mati kekal]
  17. ^ (Inggeris)Rusli, Aidil (17 Mac 2012). "'Bunohan' — talk of the town". The Malaysian Insider. Dicapai pada 7 Januari 2016.[pautan mati kekal]
  18. ^ (Inggeris)Ratingan, Jason (24 Mei 2013). "Bunohan Charges Respectably but Falters in its Final Act Review". Dicapai pada 2016-01-06. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan); horizontal tab character in |title= at position 57 (bantuan)
  19. ^ (Inggeris)Chong, Casey (3 Disember 2012). "Movie Review: Bunohan (Return to Murder)". Dicapai pada 2016-01-06. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  20. ^ (Belanda)Terrie, Stijin (14 Jun 2012). "Bunohan film Een familievete wordt uitgepraat met vuisten!". Dicapai pada 2016-01-07. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan); line feed character in |title= at position 8 (bantuan)
  21. ^ "Bunohan menang anugerah di Jogja-NETPAC". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-11. Dicapai pada 2014-11-11.
  22. ^ http://www.rotikaya.com/bunohan-tercalon-dalam-anugerah-oscar-untuk-kategori-filem-bahasa-asing/
  23. ^ (Inggeris) 2012 ASIA PACIFIC SCREEN AWARDS NOMINEES
  24. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-02. Dicapai pada 2013-04-18.
  25. ^ http://www.firstpost.com/bollywood/gangs-of-wasseypur-bags-four-nominations-in-asia-pacific-film-festival-542446.html
  26. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-11. Dicapai pada 2012-11-12.
  27. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-11. Dicapai pada 2021-08-17.
  28. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-04. Dicapai pada 2012-10-08.
  29. ^ http://perangfilem1.blogspot.com/2012/10/keputusan-anugerah-majlis-pengkritik.html

Pautan luar sunting