Buri (Jawi: بوري)[1] ialah alat tiup diperbuat daripada cangkerang gastropoda beberapa jenis siput laut berbeza yang digunakan banyak masyarakat negara Pasifik, Amerika Selatan dan Asia Selatan.[2] Cangkerang ini boleh didatangkan dari pelbagai spesies siput laut terutamanya yang jenis triton, cassis dan strombus di mana lubang tiup ditebuk pada hujung atau sisi pangkal cangkerang; suatu bahagian mulut diperbuat daripada kayu atau buluh juga boleh ditambahkan terpasang pada hujung cangkerang.[3][4]

Pūtātara, alat buri orang Māori dalam pameran di Te Papa, New Zealand

Perkataan buri merupakan turunan akar bahasa Melayu-Polinesia *tabuRi atau *tambuRiq[5][6] menunjukkan kelaziman alat ini pada zaman leluhur Austronesia purba untuk menandakan ketibaan dalam pelayaran kapal,[7]:476-477 walau bagaimanapun penggunaan alat ini banyak berkurangan dengan masuknya pengaruh India atau Barat memasuki kepulauan Asia Tenggara berabad-abad kemudian.[5]

Kegunaan sunting

Buri diterapkan sebagai alat kebesaran kerajaan Merina di pulau Madagaskar ditiupkan hamba lelaki menandakan cemar duli raja atau ratu, bermulanya peperangan mahupun menandakan perkabungan penguasa yang mangkat.[8]

Peniupan buri adakala dimodenkan kepada tujuan tertentu, misalnya di Tonga di mana buri ditiup secara berkumpulan dalam sesebuah pancaragam dalam acara-acara sukan.[4]

Galeri sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Wilkinson, Richard James (1901). "بوري‎ buri". A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 128.   Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
  2. ^ Hopkin, Bart (1996). Musical Instrument Design: Practical Information for Instrument Making, tidak berhalaman. See Sharp. ISBN 9781884365836.
  3. ^ Herbert, Trevor; Wallace, John, penyunting (1997). The Cambridge Companion to Brass Instruments. Universiti Cambridge. m/s. 11-13. ISBN 9780521565226..
  4. ^ a b Clark, Mitchell (1996). "Some Basics on Shell Trumpets". Perfect Sound Forever. Furious.
  5. ^ a b Blust, Robert; Trussel, Stephen. "*tabuRi: conch shell trumpet". Austronesian Comparative Dictionary. Dicapai pada 30 November 2021.
  6. ^ Wolff, John U. (2018). Proto-Austronesian Phonology with Glossary (dalam bahasa Inggeris). Cornell University Press. m/s. 995. ISBN 978-1-5017-3599-8.
  7. ^ Blust, Robert (1995). "The Prehistory of the Austronesian-Speaking Peoples: A View from Language". Journal of World Prehistory. 9 (4): 453–510. ISSN 0892-7537.
  8. ^ Schmidhoffer, August (4–8 Oktober 2005), "Some Remarks On The Austronesian Background of Malagasy Music" (PDF), The 2005 International Forum of Ethnomusicology in Taiwan, Taipei, Taiwan: Universiti SoochowCS1 maint: date format (link)