Burrito merupakan salah satu makanan Mexico. Makanan ini terdiri atas tortilla gandum yang diisi dengan pelbagai jenis daging seperti daging lembu atau ayam. Daging-daging yang sudah dimasak ini biasanya dilatakkan di atasnya dan kemudian digulung dengan tortilla tadi. Di Amerika Syarikat, isi dari burrito lebih pelbagai, seperti nasi, kacang merah, kubis, tomato, sos salsa, guacamole, keju dan krim masam dan menyebabkan ukuran burritonya menjadi lebih besar. Tortilla gandum biasanya dipanggang atau dihangatkan sebentar supaya menjadi lebih empuk dan lebih mudah untuk digulung.

Kata burrito, dalam bahasa Sepanyol, bermaksud "keldai kecil". Nama ini mungkin diberikan kerana bentuk hujung tortilla gandum yang telah digulung mirip telinga keledai. Atau mungkin juga burrito mirip dengan bekas yang biasanya dibawa oleh keldai di Amerika Selatan.