Burung Berkek Bintik

Burung Berkek Bintik, Gallinago stenura, adalah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya ialah Gallinago stenura. Burung Berkek Bintik merupakan burung peranduk gempal kecil ("small stocky wader"). Ia membiak di utara Russia dan berhijrah untuk menghabiskan masa luar mengawan di Asia selatan dari Pakistan, Malaysia ke Indonesia. Ia merupakan burung "snipe" berhijrah biasa in selatan India, Sri Lanka dan kebanyakan Asia Tenggara. Ia berpindah randah ke barat laut dan utara Australia, dan ke Afrika Timur Kenya.

Burung Berkek Bintik
frames
Pengelasan saintifik



Ciri-ciri sunting

Burung Berkek Bintik ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Berkek Bintik adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Berkek Bintik tidak bergigi.

Burung Berkek Bintik sepanjang 25–27 cm sama dengan burung Berkek Ekor Kipas yang beparuh lebih panjang dan berekor lebih pendek. Burung Berkek Bintik matang memiliki kaki hijai kelabu dan paruh lurus panjang dan gelap. Badannya bertompok kelabu di bahagian atas, dengan garis bewarna perang muda ("cream lines") pada bahagian belakang. Burung Berkek Bintik cerah di bahagian bawah dengan dada belang kuning air dan perut putih. Burung Berkek Bintik memiliki garis gelap pada mata, dengan garis cerah di atas dan bawahnya. Kedua-dua jantina sama rupa, dan burung tidak matang berbeza hanya dari segi perincian bulu kepala.

Sayap burung Berkek Bintik kurang meruncing berbanding burung Berkek Ekor Kipas, dan tiada sisi putih seperti spesies itu. Ekor yang lebih pendek dan laluan penerbangan lebih rata apabila digempak turut memudahkan membezakannya dengan burung Berkek Ekor Kipas.

Burung Berkek Bintik sering menunjuk secara berkumpulan, dengan lagu tcheka kuat dan berulang yang memiliki keriuhan bunyi fizzing dan berdesing, dan juga bunyi berwisel yang dihasilkan semasa penerbangan oleh bulu pelepah luaran seperti pin yang memberikan nama Inggeris ("Pintail Snipe") spesies ini. Panggilan biasa adalah bunyi squik lemah.

Makanan sunting

Burung Berkek Bintik mencari makan di lumpur atau tanah lembut, mencari atau mematuk makanan dengan melihat. Burung Berkek Bintik makan serangga dan cacing tanah, juga sesetengah bahan tumbuhan.

Pembiakan sunting

Habitat pembiakannya adalah paya lembap dan kawasan tundra di Artik dan boreal Russia.

Habitat sunting

Burung Berkek Bintik Birds dalam keadaan tidak mengawan menggunakan pelbagai tanah paya, sering kali bersama burung burung Berkek Ekor Kipas, tetapi juga boleh didapati di habitat lebih kering berbanding saudaranya. Burung Berkek Bintik bersarang di tempat elok tersembunyi di atas tanah.

Rujukan sunting

Bacaan lanjut sunting

Kenalpasti sunting

  • Carey, Geoff and Urban Olsson (1995) Field Identification of Common, Wilson's, Pintail and Swinhoe's Snipes Birding World 8(5): 179-190



Senarai burung  
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z