Pergam rawa

spesies burung
(Dilencongkan dari Burung Pergam Rawa)

Pergam rawa (Ducula bicolor) ialah suatu spesies merpati bertampung yang agak besar. Ia dijumpai di hutan, hutan jarang, bakau, ladangan dan semak di Asia Tenggara, menjulat dari Myanmar dan Thailand, ke seluruh Indonesia dan timur ke Filipina dan Semenanjung Kepala Burung di New Guinea. Ia banyak dijumpai di pulau-pulau kecil dan di wilayah pesisir.[2]

Pergam rawa
Pergam rawa di Singapura.
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Columbiformes
Keluarga: Columbidae
Genus: Ducula
Spesies:
D. bicolor
Nama binomial
Ducula bicolor
(Scopoli, 1786)

Ia merupakan salah satu daripada spesies yang digambarkan oleh William Farquhar yang terdapat di Tanah Melayu.[3]

Ciri-ciri sunting

Pergam rawa ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup. Pergam rawa ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh pergam rawa tidak bergigi.

Makanan sunting

Makanan pergam rawa adalah sama seperti apa yang dimakan oleh punai iaitu buah halban, ara, mengkirai dan gucil yang mana banyak terdapat di hutan-hutan tropika. Ia berbuah sepanjang tahun dan tidak bermusim.[perlu rujukan]

Pembiakan sunting

Pergam rawa membiak dengan bertelur. Telur pergam rawa bercangkerang keras.

Habitat sunting

Pergam rawa biasanya hidup di hutan subsekunder. Melalui analisa tahun 1990-2017, jumlah populasi burung ini dilihat semakin berkurang. Hal ini berpunca daripada pemburuan tidak terkawal oleh masyarakat setempat. Menjelang tahun 2025, burung ini dijangka tidak akan kelihatan lagi di beberapa kawasan seperti Terengganu, Pahang, Kelantan dan Kedah.[perlu rujukan]

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ BirdLife International (2020). "Ducula bicolor". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2020: e.T22691799A181754396. doi:10.2305/IUCN.UK.2020-3.RLTS.T22691799A181754396.en. Dicapai pada 12 November 2021.
  2. ^ Baptista, L. F., P. W. Trail, & H. M. Horblit (1997). Family Columbidae (Pigeons and Dovexs). pp. 60-243 in: del Hoya, J., A. Elliott, & J. Sargatal. eds. (1997). Handbook of the Birds of the World. Vol. 4. Sangrouse to Cuckoos. Lynx Edicions, Barcelona. ISBN 84-87334-22-9
  3. ^ Natural History Drawings: The Complete William Farquhar Collection : Malay ...
  • "Ducula bicolor". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2004. 2004. Unknown parameter |downloaded= ignored (bantuan); Unknown parameter |assessors= ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help) Database entry includes justification for why this species is of least concern
  • Frith, H.J. (1982). Pigeons and Doves of Australia. Rigby.
  • Grimmett, Birds of India, Inskipp and Inskipp, ISBN 0-691-04910-6
  • Pizzey and Knight, "Field Guide to the Birds of Australia", Angus & Robertson, ISBN 0-207-19691-5
  • Trounsen and Trounsen, "Australian Birds: A Concise Photographic Field Guide, Cameron House. ISBN 1-875999-47-7.

Pautan luar sunting


Senarai burung  
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z