Tukang kubur (burung)

(Dilencongkan dari Burung Tukang Kubur)

Tukang kubur (Caprimulgus macrurus) ialah spesies tukang dalam keluarga Caprimulgidae. Ia ditemui di sepanjang kaki bukit Himalaya selatan, timur Asia Selatan, Asia Tenggara, dan utara Australia. Spesies tersebut ialah penduduk negara Australia, Bangladesh, Bhutan, Brunei, Kemboja, China, India, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Nepal, Pakistan, Papua New Guinea, Filipina, Singapura, Thailand, Timor-Leste, dan Vietnam.[1] Habitat semulajadinya ialah hutan tanah pamah lembap subtropika atau tropika, hutan bakau subtropika atau tropika, dan hutan pergunungan lembap subtropika atau tropika.

Tukang kubur
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Caprimulgiformes
Keluarga: Caprimulgidae
Genus: Caprimulgus
Spesies:
C. macrurus
Nama binomial
Caprimulgus macrurus
(Horsfield, 1821)

Di Malaysia, ia kerap dilihat di tanah perkuburan pada waktu malam, maka terhasillah nama lazimnya, iaitu "burung tukang kubur".

Pemerihalan sunting

Ukuran badannya pada umumnya sekitar 30 sentimeter.[2] Pada bahagian tengah bulu primer terluarnya adanya bintik-bintik putih; ada juga tanda jalur warna putih yang lebar pada bulu ekor terluarnya.[2]

Hubungan dalam kepercayaan masyarakat sunting

Menurut kepercayaan dahulu orang Perak di Semenanjung Malaysia, bunyi hingar kawanan burung tersebut pada waktu malam menandakan ketibaan suatu semangat yang digelar "Hantu Pemburu" (berkaitan dengan betara Shiva) yang merayau di hutan belantara dengan beberapa ekor anjing dipercayai membawa bala penyakit atau kematian; masyarakat Perak sebaik mendengar kicauan hingar dari kawanan burung tersebut akan sering memukul sengkalan (sejenis alat mengisar rempah) sambil menyeru “Nenek, bawa hatinya” agar semangat tersebut menyangka seruan tersebut datang dari para pengikutnya (raʿiyat) lalu menjauhi kawasan punca seruan tersebut.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ a b BirdLife International (2016). "Caprimulgus macrurus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016: e.T22725708A94900378. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-3.RLTS.T22725708A94900378.en. Dicapai pada 15 November 2021. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "iucn status 15 November 2021" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ a b Alya Fathiya (2009). Beraneka Ragam Burung (Aves). Bandung: PT Sandiarta Sukses. m/s. 41. ISBN 978-602-8148-43-6.CS1 maint: ref=harv (link)
  3. ^ Skeat, Walter William (1900). "Chapter 5: Magic Rites connected with the Several Departments of Nature". Malay Magic. London: Macmillan and Co., Limited. m/s. 112–116 – melalui Project Gutenberg.

Galeri sunting