Cable-Satellite Public Affairs Network ("Rangkaian Ehwal Umum Satelit Kabel", C-SPAN) ialah sebuah rangkaian televisyen kabel dan satelit Amerika yang diwujudkan pada tahun 1979 oleh industri televisyen kabel sebagai tujuan perkhidmatan awam bukan untung.

SloganCreated by Cable.
Where History Unfolds Daily

Rangkaian ini mengkhusus kepada perkembangan berkaitan pemerintah persekutuan Amerika Syarikat melalui liputan langsung dan liputan "Kongres ke Kongres Amerika Syarikat" dan prosidingnya; malah juga ehwal badan-badan perundangan luar negara seperti di Kanada, Australia dan British (termasuk Pertanyaan Perdana Menteri mingguan di sana.) dan peristiwa utama lain di seluruh dunia. Liputan mengenai peristiwa politik dan dasar pemerintah tersiar tidak ditapis dan bebas campur tangan (baik daripada syarikat pembekal televisyen kabel mahupun pihak pemerintah sendiri[2]) untuk tontonan orang ramai. Liputan bukan politik termasuk rancangan sejarah, program khusus kepada sastera bukan cereka serta wawancara berkaitan dengan dasar awam.

Rangkaian ini mempunyai 3 saluran televisyen (C-SPAN, C-SPAN2, dan C-SPAN3), sebuah stesen radio (WCSP-FM) dan sekumpulan laman web yang menyediakan media penstriman dan arkib program rangkaian tersebut. Saluran televisyen C-SPAN tersedia untuk kira-kira 100 juta isi rumah kabel dan satelit di Amerika Syarikat, sementara WCSP-FM disiarkan di radio FM di Washington, D.C dan boleh didapati di seluruh AS pada SiriusXM melalui penstriman Internet, dan secara global melalui aplikasi untuk sistem operasi IOS, BlackBerry dan Android.[3][4] Siaraan bawaan rangkaian ini tiada iklan mahupun pemakluman pendanaan.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ "AMC 10 at 135.0°W". lyngsat.com. LyngSat. June 21, 2013. Dicapai pada June 24, 2013.
  2. ^ a b "C-SPAN's 24-Hour Call-In Marathon". c-span.org. C-SPAN. Diarkibkan daripada yang asal pada Ogos 19, 2011. Dicapai pada Jun 4, 2011. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  3. ^ "C-SPAN: The Other Washington Monument". tvnewscheck.com. News Check Media. April 20, 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Februari 2013. Dicapai pada 30 November 2010. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  4. ^ Mixon, Franklin G. (2003). Legislative Television As Political Advertising: A Public Choice Approach. iUniverse. m/s. 2. ISBN 978-0-595-27086-6.

Pautan luar sunting