Callisto atau juga dikenali sebagai Musytari IV merupakan bulan kedua terbesar bagi planet Musytari dan bulan ketiga terbesar dalam Sistem Suria. Ia dijumpai oleh Galileo Galilei pada tahun 1610 dan namanya berasal daripada nama pari-pari di dalam mitologi Yunani. Daripada segi jarak, Callisto ialah bulan terjauh dalam kalangan bulan Galileo dan ia mempunyai jejari orbit kira-kira 1,880,000 kilometer (1,170,000 bt).[3] Ia tidak membentuk sebahagian daripada resonans orbit yang memberi kesan kepada tiga bulan Galileo yang lain (Io, Europa dan Ganymede) dan oleh itu, ia tidak mengalami pemanasan pasang surut yang ketara.[9] Putaran Callisto adalah segerak dengan revolusinya mengelilingi Musytari, jadi hemisfera yang sama sentiasa menghadap ke dalam di mana Musytari sentiasa kelihatan "berdiri tegak" di langit Callisto. Callisto kurang dipengaruhi oleh magnetosfera Musytari berbanding bulan dalam yang lain kerana orbitnya yang lebih jauh.[10]

Callisto
كاليستو
Callisto
Pemandangan rupa muka Callisto yang banyak kawah di kawasan hemisfera anti-Musytari yang diperoleh daripada kapal angkasa Galileo NASA pada 2001. Struktur hentaman Asgard yang besar terletak di bahagian kanan atas.
Penemuan
Ditemui olehGalileo Galilei
Tarikh penemuan7 Januari 1610[1]
Designasi
Sebutan/kəˈlɪst/[2]
Dinamakan sempenaPari-pari Callisto dalam mitologi Yunani
Nama alternatifMusytari IV
AdjektifCallistoan, Callistonian
Ciri-ciri orbit
Periapsis1 869 000 km[a]
Apoapsis1 897 000 km[b]
Paksi semimajor1 882 700 km[3]
Kesipian0.007 4[3]
Tempoh orbit16.689 018 4 d[3]
Kelajuan purata orbit8.204 km/s
Kecondongan0.192° (kepada satah Laplace tempatan)[3]
SatelitMusytari
Ciri-ciri fizikal
Min jejari2410.3 ± 1.5 km (0.378 Bumi)[4]
Luas permukaan7.30 × 107 km2 (0.143 Bumi)[c]
Isi padu5.9 × 1010 km3 (0.0541 Bumi)[d]
Jisim1.075 938 ± 0.000 137 × 1023 kg (0.018 Bumi)[4]
Min ketumpatan1.834 4 ± 0.003 4 g/cm3[4]
Graviti permukaan khatulistiwa1.235 m/s2 (0.126 g)[e]
Halaju lepas2.440 km/s[f]
Tempoh putaranSegerak[4]
Kecondongan paksiSifar[4]
Albedo0.22 (geometri)[5]
Suhu min purata max
• K[5] 80 ± 5 134 ± 11 165 ± 5
Magnitud ketara5.65 (pertentangan)[6]
Atmosfera
Tekanan atmosfera7.5 pbar[7]
Komposisi~4 × 108 cm−3 karbon dioksida[7]
sehingga 2 × 1010 cm−3 oksigen molekul(O2)[8]

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Callisto terdiri daripada bahan batuan dan ais yang hampir sama dengan min ketumpatan kira-kira 1.83 g/cm3. Sebatian pada Callisto yang dikesan secara spektroskopik ialah ais air, karbon dioksida, silikat dan sebatian organik. Siasatan oleh kapal angkasa Galileo mendapati bahawa Callisto mungkin mempunyai teras silikat yang kecil dan mungkin juga lautan air cecair di bawah permukaan pada kedalaman lebih daripada 100 kilometer (62 bt).[11][12]

Lampiran sunting

Nota sunting

  1. ^ Periapsis diperoleh daripada paksi semimajor (a) dan kesipian (e):  .
  2. ^ Apoapsis diperoleh daripada paksi semimajor (a) dan kesipian (e):  .
  3. ^ Luas permukaan diperoleh daripada jejari (r):  .
  4. ^ Isi padu diperoleh daripada jejari (r):  .
  5. ^ Graviti permukaan diperoleh daripada jisim (m), pemalar graviti (G) dan jejari (r):  .
  6. ^ Halaju lepas diperoleh daripada jisim (m), pemalar graviti (G) dan jejari (r):  .

Rujukan sunting

  1. ^ Galilei, G.; Sidereus Nuncius Diarkibkan 2009-08-23 di Wayback Machine (13 Mac 1610)
  2. ^ Dalam transkripsi kamus Amerika Syarikat, kə·lĭs′·tō, atau sebagai [Καλλιστώ] Error: {{Lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)
  3. ^ a b c d e "Planetary Satellite Mean Orbital Parameters". Makmal Perejangan Jet, Institut Teknologi California.
  4. ^ a b c d e Anderson, J. D. (2001). "Shape, mean radius, gravity field and interior structure of Callisto". Icarus. 153 (1): 157–161. Bibcode:2001Icar..153..157A. doi:10.1006/icar.2001.6664. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  5. ^ a b Moore, Jeffrey M. (2004). "Callisto" (PDF). Dalam Bagenal, F.; Dowling, T.E.; McKinnon, W.B. (penyunting). Musytari: Planet, Satelit dan Magnetosfera. Cambridge University Press. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)CS1 maint: multiple names: editors list (link)
  6. ^ "Classic Satellites of the Solar System". Observatorio ARVAL. Dicapai pada 13 Julai 2007.
  7. ^ a b Carlson, R. W. (1999). "A Tenuous Carbon Dioxide Atmosphere on Jupiter's Moon Callisto" (PDF). Sains. 283 (5403): 820–821. Bibcode:1999Sci...283..820C. doi:10.1126/science.283.5403.820. PMID 9933159. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-10-03. Dicapai pada 2013-11-15. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  8. ^ Liang, M. C. (2005). "Atmosphere of Callisto" (PDF). Jurnal Penyelidikan Geofizik. 110 (E2): E02003. Bibcode:2005JGRE..11002003L. doi:10.1029/2004JE002322. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-12-12. Dicapai pada 2013-11-15. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  9. ^ Musotto, Susanna (2002). "Numerical Simulations of the Orbits of the Galilean Satellites". Icarus. 159 (2): 500–504. Bibcode:2002Icar..159..500M. doi:10.1006/icar.2002.6939. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  10. ^ Cooper, John F. (2001). "Energetic Ion and Electron Irradiation of the Icy Galilean Satellites" (PDF). Icarus. 139 (1): 133–159. Bibcode:2001Icar..149..133C. doi:10.1006/icar.2000.6498. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  11. ^ Kuskov, O.L. (2005). "Internal structure of Europa and Callisto". Icarus. 177 (2): 550–369. Bibcode:2005Icar..177..550K. doi:10.1016/j.icarus.2005.04.014. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  12. ^ Showman, Adam P. (1999). "The Galilean Satellites" (PDF). Sains. 286 (5437): 77–84. doi:10.1126/science.286.5437.77. PMID 10506564. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)

Pautan luar sunting