Camat ialah ketua kecamatan yang berkedudukan di bawah dan bertanggungjawab kepada Bupati melalui Setiausaha Kabupaten/Kota. Beliau dilantik daripada para pegawai perkhidmatan awam Kabupaten/Kota yang memenuhi syarat oleh Bupati/Walikota atas cadangan Setiausaha Daerah Kabupaten/Kota. Tugas Camat adalah sebagai penyeleras pemerintahan yang melaksanakan tugas-tugasnya di bawah bidang kuasa Bupati, sesuai dengan keperluan kecamatannya, serta juga kegiatan-kegiatan pemerintahan yang lain berdasarkan Peraturan Perundangan. Seorang Camat membawahkan Lurah, tetapi tidak membawahkan Kepala Desa.

Perkataan camat asal Jawa (Hanacaraka: ꦕꦩꦠ꧀) serapan sěmat dalam bahasa Sunda (Aksara: ᮞᮨᮙᮒ᮪) bererti sebatang jarum buluh yang disematkan menutup bungkusan daun pisang dikiaskan kepada peranan seorang camat mengukuhkan pentadbiran seorang wedana di atasnya.[1]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Van Marle, H. W. (1860). "Beschrijving Van Een Kaloerahan in De Noorder-Afdeeling Van Het Regentschap Tjiandjoer, Residentie Preanger-Regentschappen". Bijdragen tot de Taal-, Land- en Volkenkunde van Nederlandsch-Indië (dalam bahasa Belanda). 8: 3. ISSN 1383-5408. 'Tjamat' is een verbastering van het Sundaneesch sěmat en beteekent een bamboezen pennetje, ter grootte van eeri speld, waarmede een pisangblad in den vorm van een zak wordt vastgespel o er wat in de doen. De allegorische beteekenis daarvan is de volgende: als men een pisangblad oprolt tot een zak, even als men Wei peperhuisjes van papier maakt, en men geeft daaraan green verderestevigheid, dan zal deze zak zich bij het vttllen weder ontvouwen; ten eindfc dit te voorkomen, steekt men daaraan een bamboezen speld', sěmat. ven als die sěmat dient om de zak sterk te maken, zoodient ook de Tjamat om het Disfcrictshoofd, Wedana, sterk te maken. Het is dan dezelfde persoon voor den Wedana, als de Patih voor den Regent, een persoon, aan wien alle zaken van het district worden opgedragen.