Canseleri Hitler, dikenali sebagai Kanzlei des Führers der NSDAP ("Canseleri Führer Parti Nazi" atau KdF) adalah sebuah organisasi Parti Nazi. Juga dikenali sebagai Privatkanzlei des Führers, agensi ini bertugas sebagai canseleri peribadi Adolf Hitler, menangani isu-isu berbeza yang berkaitan dengan perkara-perkara seperti aduan terhadap pegawai-pegawai parti, rayuan dari mahkamah parti, penghakiman rasmi, petisyen pengampunan oleh sahabat-sahabat NSDAP dan hal ehwal peribadi Hitler.

Cop Mohor Canseleri

Organisasi sunting

Canseleri ditubuhkan pada tahun 1934 di Berlin sebagai sebuah agensi berasingan yang selari dengan Reich Chancellery Jerman dibawah Hans Heinrich Lammers dan Canseleri Parti (sehingga 1941: "Staf Timbalan Führer") di Munich, di pimpin oleh Martin Bormann.[1] Kanzlei des Führers diketuai oleh SS-Obergruppenführer Philipp Bouhler dengan gelaran Der Chef der Kanzlei des Führers der NSDAP.[2] Selaku ketua KdF, Bouhler juga memegang pangkat Reichsleiter Nazi. Beliau telah dilantik sebagai ketua pada 17 November 1934 dan menyandang jawatan itu sehingga 23 April 1945;[3] namun sebahagian besar kuasanya dilucutkan dari tahun 1942 keatas untuk diberikan pada Bormann. Pada tahun 1939 KdF memindahkan pusatnya ke bangunan Reich Chancellery baru di Voßstraße No. 4.

 
Philipp Bouhler, ketua KdF dan program Action T4

Berikut adalah lima pejabat utama (Hauptämter) Kanzlei des Führers yang subordinat terus kepada Hitler:

  • Hauptamt I: Privatkanzlei (Hal ehwal Peribadi Führer); ketua: Albert Bormann[4]
  • Hauptamt II: Angelegenheiten betr. Staat und Partei (Hal Ehwal Parti, Negara, dan Angkatan Tentera); ketua: Viktor Brack
  • Hauptamt III: Gnadenamt für Parteiangelegenheiten (Rayuan terus kepada Hitler); ketua: Hubert Berkenkamp; kemudian dari tahun 1941 keatas: Kurt Giese
  • Hauptamt IV: Sozial- und Wirtschaftsangelegenheiten (Hal ehwal ekonomi dan permasalahan sosial); ketua: Heinrich Cnyrim
  • Hauptamt V: Internes und Personal (Urusan peribadi dan Pekerjaan pelbagai pejabat)); ketua: Herbert Jaensch.

Action T4 sunting

Pegawai-pegawai Hauptamt II dibawah Viktor Brack memainkan satu peranan penting dalam mengatur pembunuhan orang cacat fizikal atau mental dalam program "euthanasia" Action T4 , terutamanya kanak-kanak "euthanasia" dari tahun 1939. Dengan perintah 1 September, Hitler melantik Bouhler dan doktor peribadinya Karl Brandt sebagai pesuruhjaya "euthanasia".[5] Untuk melaksanakan deportasi, Gemeinnützige Krankentransport GmbH iaitu organisasi penyamaran telah ditubuhkan, berpusat di Tiergartenstraße No. 4. Ramai pekerja kemudian menyertai Operasi Reinhard yang melaksanakan pembunuhan dibawah Odilo Globocnik dalam Kerajaan Am Poland.

Nota sunting

  1. ^ McNab 2009, m/s. 78–80.
  2. ^ Hamilton 1984, m/s. 251.
  3. ^ Miller 2006, m/s. 157.
  4. ^ Hamilton 1984, m/s. 135, 136.
  5. ^ Facsimile

Rujukan sunting

  • Hamilton, Charles (1984). Leaders & Personalities of the Third Reich, Vol. 1. R. James Bender Publishing. ISBN 0-912138-27-0.CS1 maint: ref=harv (link)
  • McNab, Chris (2009). The Third Reich. Amber Books Ltd. ISBN 978-1-906626-51-8.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Miller, Michael (2006). Leaders of the SS and German Police, Vol. 1. R. James Bender Publishing. ISBN 978-9-3297-0037-2.CS1 maint: ref=harv (link)