Carol Owens (lahir 4 Jun 1971) ialah seorang pemain skuasy dari New Zealand yang memenangi Kejohanan Skuasy Terbuka Dunia pada tahun 2000 dan 2003.

Owens dilahirkan di Melbourne, Australia, tetapi menukar taraf kewarganegaraan apabila dia berpindah ke Auckland, New Zealand. Dia mula bertanding pada tahun 1990 dalam Terbuka Switzerland dan berjaya meenduduki tempat ke-17. Pusingan akhir pertamanya ialah ketika Terbuka Jepun pada tahun 1993 (menduduki tempat ke-2 selepas tewas kepada pemain Kanada, Heather Wallace). Kejayaan pertamanya ialah pada bulan oktober tahun yang sama di Adelaide, Australia.

Selepas dia menukar menjadi warganegara New Zealand barulah dia mula bertanding dalam kejohanan dunia. Gelaran pertama Terbuka Dunia bagi Owens ialah pada tahun 2000 apabila dia menewaskan rakan senegara, Leilani Joyce 7-9, 3-9, 10-8, 9-6, 9-1. Kejayaan ini berlaku selepas pertarungan sengit di peringkat separuh akhir menentang Sarah Fitz-Gerald. Semasa Sukan Komanwel 2002 dia memenangi pingat emas dalam acara berpasangan dan perak dalam acara perseorangan. Gelaran Terbuka Dunia kedua datang pada tahun 2003 apabila dia mengalahkan Cassie Campion 3-9, 9-2, 9-7, 9-3. Dalam tahun yang sama dia menjadi pemain No. 1 dunia buat pertama kali.

Keputusan Terbuka Dunia sunting

  • 1990: - tempat ke-33
  • 1991: -
  • 1992: -
  • 1993: -
  • 1994: - tempat ke-5
  • 1995: -
  • 1996: -
  • 1997: - ketiga
  • 1998: - kelima
  • 1999: - Suku akhir (tewas kepada Michelle Martin 9-3, 7-9, 3-9, 2-9)
  • 2000: - Menang (kalahkan Leilani Joyce 7-9, 3-9, 10-8, 9-6, 9-1)
  • 2001: - Separuh akhir (tewas kepada Sarah Fitz-Gerald 1-9, 1-9, 5-9)
  • 2002: - Separuh akhir (tewas kepada Natalie Grainger 9-5, 9-2, 5-9, 1-9, 8-10)
  • 2003: - Menang (kalahkan Cassie Campion 3-9, 9-2, 9-7, 9-3)