Cat

cairan berwarna

Cat (Jawi: چت, serapan kata bahasa Cina ) merupakan satu istilah umum untuk sekumpulan keluaran cecair yang digunakan untuk melitup objek atau permukaan lapisan berpigmen menambah warna baik untuk melindungi mahupun memperindahkan ia. Ia boleh dipakaikan secara langsung menggunakan berus mahupun disembur secara aerosol. Ia merupakan antara ciptaan tertua manusia yang dijumpai seawal 40,000 tahun di lukisan-lukisan gua.[1]

Sebekas cat yang tumpah

Cat boleh dibuat atau dibeli dalam aneka bentuk warna—dan pelbagai jenis seperti cat air atau sintetik.Cat biasanya disimpan, dijual dan digunakan sebagai cecair, tetapi kebanyakannya kering menjadi bahan padu. Kebanyakan cat adalah berasaskan minyak atau air dan setiap satu daripadanya mempunyai ciri yang berbeza. Selalunya, pihak majlis perbandaran tidak membenarkan pembuangan cat berasaskan minyak ke dalam longkang rumah atau pembetung. Pelarut pembersih juga berbeza-beza untuk cat berasaskan air dengan cat berasaskan minyak.[2]

Cat boleh digunakan pada hampir semua objek. Antara kegunaannya ialah dalam penghasilan seni, dalam salutan industri, sebagai bantuan memandu (penanda jalan) atau sebagai bahan awet (untuk menghalang kakisan atau kerosakan air). Cat merupakan satu keluaran separa siap, kerana keluaran akhir adalah perkara yang dicat itu.

Sejarah sunting

Cat ialah salah satu seni kemanusiaan terawal. Sesetengah lukisan gua yang dilukis dengan menggunakan oker merah, kuning, hematit, mangan oksida dan arang mungkin telah dibuat oleh Homo sapien awal sejak 40,000 tahun yang lalu.[3] Cat mungkin berusia lebih tua daripada itu. Pada tahun 2003 dan 2004, ahli arkeologi Afrika Selatan telah melaporkan tentang campuran berasaskan oker buatan manusia berusia 100,000 tahun yang boleh digunakan seperti cat yang ditemui di Gua Blombos.[4] Penggalian lebih lanjut di gua yang sama menghasilkan laporan pada tahun 2011 tentang set peralatan lengkap untuk mengisar pigmen dan membuat bahan mirip cat primitif.

Dinding dalaman di Ness Brodgar yang berusia 5,000 tahun didapati menggabungkan batu-batu individu yang dicat dengan warna kuning, merah, dan oren, menggunakan pigmen oker yang diperbuat daripada hematit serta dicampurkan dengan lemak haiwan, susu atau telur.

Dinding purba berwarna di Dendera, Mesir, yang terdedah kepada unsur selama bertahun-tahun, masih memiliki warna yang terang, sama seperti semasa ia dicat kira-kira 2,000 tahun yang lalu.

Komponen sunting

Secara umum, cat terdiri dari beberapa bahagian asas iaitu:

  • Bahan pengikat (binder): komponen asas membentuk lapisan[5] merekatkan bahan-bahan lain cat pada media,
  • Pigmen: bahan memberi warna yang tampak pada mata[6]
  • Bahan pengisi (filler): pepejal ditambah dalam sebatian cat menguat dan memekatkan cairan cat serta memberikan tekstur dan ciri khas lain[6]
  • bahan pengisi yang berfungsi sebagai komponen utama pembentuk lapisan cat serta sebagai bahan pewarna untuk menciptakan tampilan warna lapisan film cat. kombinasi jenis dan komposisi bahan filler yang baik akan menciptakan sifat daya tutup cat yang baik.
  • Bahan penambah/aditif: bahan tambahan menjadikan cat mudah diaplikasikan dan hasilnya sesuai dengan keinginan.
  • Pelarut: melarutkan bahan-bahan utama cat kepada produk akhir dengan sifat boleh alir,[6] sering digandingkan dengan bahan pengikat.[7][8]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Craughwell, Thomas J., 1956- (2012). 30,000 years of inventions. New York: Tess Press. ISBN 9781603763240. OCLC 801100207.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  2. ^ https://www.hgtv.com/design/decorating/design-101/painting-101-oil-or-latex
  3. ^ Craughwell, Thomas J., 1956- (2012). 30,000 years of inventions. New York: Tess Press. ISBN 9781603763240.
  4. ^ Hillary Mayell (March 31, 2004). "Is Bead Find Proof Modern Thought Began in Africa?". National Geographic News. p. 2. Retrieved May 20, 2016. Work published in 2001 described 28 bone tools and thousands of pieces of ocher—a mineral used to create paint for body decoration and cave painting—dated at roughly 70,000 years old found in Blombos Cave in South Africa. Two pieces of ocher appear to be marked with abstract lines that could be viewed as artistic expression.
  5. ^ "Vermeer's Palette: The Anatomy of Pigment and Binder". Essential Vermeer. Dicapai pada 21 Oktober 2015.
  6. ^ a b c Gürses, Ahmet; Açıkyıldız, Metin; Güneş, Kübra; Gürses, M. Sadi (2016). Dyes and Pigments (dalam bahasa Inggeris). Springer. m/s. 59–60. ISBN 9783319338927.
  7. ^ Wicks, Zeno W., Jr.; Jones, Frank N.; Pappas, S. Peter; Wicks, Doublas A. (2004). Organic Coatings: Science and Technology (ed. 3rd). Hoboken, New Jersey, USA: John Wiley & Sons, Inc. m/s. 5. ISBN 978-0-471-69806-7.
  8. ^ Lambourne, R; Strivens, T A (1999). Paint and Surface Coatings: Theory and Practice (ed. 2nd). Abington, Cambridge, England: Woodhead Publishing Limited. m/s. 6. ISBN 1-85573-348-X.